Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi || 20 November yang lepas,selesai majlis makan malam pergigian daerah Langkawi bagi tahun 2017. Alhamdulillah tamat juga majlis kali ini berjaya diadakan di Hotel Seaview Langkawi.
|
Semua yang hadir pada malam tersebut. |
Tahniah farah ucapkan kepada semua jawatan kuasa yang bertungkus lumus dalam menjalankan tugas dan memastikan majlis berjalan dengan lancar pada malam tersebut. Bukan mudah untuk menganjurkan program. Tambah-tambah lagi bagi yang belum pernah mengarah sesuatu program.
Farah pun salah seorang jawatan kuasa yang terlibat dengan majlis makan malam kali ini. asalnya farah tak nak jadi jawatan kuasa. Sebab nak pi makan, ambik video dengan rileks haha. Tapi kesian pula nak tolak. Staff pergigian bukan lah ramai. Kalau ramai tak nak jadi jawatan kuasa, susah lah.
Tema kali ini kami sepakat pilih Masquerade. Pakaian kami tak tetapkan syarat. Asalkan pakai topeng sudah. Tujuan kami untuk memudahkan semua yang hadir. Ye la kan, bukan semua sanggup habiskan duit untuk beli baju baru untuk majlis makan malam.
|
Ucapan Pengarah Projek |
|
Ucapan Pengerusi Kelab Kebajikan |
|
Ucapan wakil Pegawai Pergigian Daerah |
Kami sediakan doorgift untuk setiap tetamu yang hadir. Kami sepakat pilih glass water bottle untuk doorgift. Sebab kami nak benda yang boleh digunakan. Tak nak lah nampak comel tapi tak ada kegunaan. Kan?
Kami juga adakan persembahan bagi setiap klinik dan pejabat. Maksudnya ada 4 persembahan. Untuk persembahan ada hadiah hamper disediakan bagi tempat pertama hingga tempat keempat. Pemenang pula dipilih melalui undian.
|
Persembahan Klinik Pergigian Padang Matsirat. Baby Shark dan I am Me. |
|
Persembahan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Langkawi. Tak Tun Tuang. |
|
Persembahan Klinik Pergigian Kuah. Penguin dance. |
|
Persembahan Klinik Pergigian Air Hangat. Sketsa video. |
|
Tempat ke-4 |
|
Tempat ke-3 |
|
Tempat ke-2 |
|
Tempat Pertama |
Cabutan bertuah disediakan untuk 44 orang yang bertuah. Asalnya cuma 36 hadiah, tapi AJK hadiah dapat cari hadiah yang lebih murah dan berbaloi, dapat lah tambah jumlah hadiah. Tapi ada 7 orang yang kurang bertuah sikit tak dapat hadiah hehehe. Alhamdulillah farah dan hubby dikira bertuah la kot sebab dapat juga cabutan. Kalau ikutkan sebelum ni kami tak bertuah langsung.
Yang terakhir, kami sediakan anugerah King dan Queen bagi pakaian yang terbaik. Pemilihan King dan Queen juga berdasarkan undian semua tetamu. Hubby dapat anugerah King. Haha. Tak sia-sia beli suit.
|
King and Queen of the Night |
Yang farah agak terkilan sebab pegawai pergigian daerah kami tak dapat hadir sama disebabkan hal kerja yang belum selesai. Tapi nak buat macam mana kan.
Harap-harap tahun-tahun selepas ini pun akan diadakan majlis atau family day untuk staf pergigian Langkawi. Bukan selalu dapat berkumpul semua kan. Waktu ini lah nak jumpa yang jarang jumpa dan berbual.
|
Sempat lah bergaya sekejap sebab cameraman suruh posing hehe. |
|
Pegawai pergigian di KP Air Hangat. Girls only hehe. |
Babai~
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/