29 Nov 2017

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit || Seminggu sekali atau dua minggu sekali biasanya kami beli ayam untuk bekalan memasak. Kalau masak ayam banyak kali minggu tu, cepat lah ayam habis. Kalau tak, lambat sikit ayam habis. Tapi setiap kali beli ayam, mesti tak tahu nak masak apa dengan dada ayam. farah dan hubby pula dua-dua tak suka bahagian dada ayam. Memang kadang-kadang lama dia duk dalam peti beku. 
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Jadi sebagai penyelesaian, farah potong dada ayam siap-siap jadi bentuk dadu kecil. Simpan ikut paket 100gram setiap paket. Setiap kali masak farah guna je satu paket. Cukup untuk kami berdua. Kalau rasa tak cukup farah guna dua paket. 

Masakan guna dada ayam pun biasanya agak terhad. Biasalah. Kalau dada ayam tu besar, rasa dia agak tawar bila masak, lagi lah kami tak suka. 

Sebab tu lah farah masak resepi yang guna dada ayam yang dah potong. Contohnya macam ayam goreng kunyit. Ha, ayam dah dipotong kecil. nak makan pun sedap. Bila potong kecil, baru lah dada ayam tak rasa tawar sangat kan?

Tak mau tunggu-tunggu lagi, jom masak ayam goreng kunyit!!

AYAM GORENG KUNYIT


Bahan-bahan:
2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
100gram dada ayam - potong dadu. perap dengan garam kunyit.
Kacang panjang - ikut lah banyak mana. Potong serong dan panjang.
Lobak merah - potong nipis. 
Cili merah - hiris nipis. farah tak letak sebab takde hehe
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Masukkan dada ayam yang sudah diperap dengan garam dan kunyit. Kacau sentiasa supaya tidak hangus. 

2. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Kacau lagi supaya sebati dengan ayam. 

3. Bila ayam hampir masak, masukkan kacang panjang, lobak merah dan cili merah. 

4. Kacau seketika. Masukkan garam dan gula. Kacau sebati. 

Siap!!
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Hubby suka ayam goreng kunyit macam ni. Lagipun ni salah satu cara nak habiskan dada ayam. Selalu bila beli ayam seekor, mesti dada ayam tak laku haha. 

Kadang-kadang rasa meratah pun sedap kalau makan macam ni. Masak pun sekejap je. 

Ada juga hari yang farah buat ayam goreng kunyit sebagai lauk untuk nasi goreng yang hubby bawa bekal ke tempat kerja. Sedap sikit nak makan nasi goreng ada lauk asing kan?

Selamat mencuba!!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign