Resepi Puding Laici || Waktu makan malam pergigian hari isnin yang lepas, setiap klinik ada buat persembahan dan ada hadiah disediakan untuk persembahan. Klinik farah dapat tempat kedua untuk persembahan hehe.
Resepi Puding Laici |
Waktu tu tak sangka sebenarnya dapat nombor dua. Sebab klinik kami je yang buat persembahan tayangan video. Klinik lain semua buat persembahan tarian atau nyanyian atas pentas. Alhamdulillah dapat juga nombor. Tak sia-sia tidur lewat buat video hehe.
Kami dapat hadiah hamper. Dalam tu ada lah satu tin laici. Depa ni pun suruh farah buat puding laici guna laici tu.
Terhasil lah puding laici kali ni.
Puding laici ni sedap makan sejuk. Jadi korang sabar lah sekejap sementara menunggu puding sejuk dalam peti.
Jom buat puding laici!!
PUDING LAICI
resepi asal: azlita masam manis
Bahan-bahan:
10gram agar-agar serbuk - original
5 cawan air
8 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 tin buah laici - kisar dengan 1 cawan air laici dalam tin. kisar kasar je, jangan sampai halus lumat.
1 tin buah laici untuk hias - air buang
Cara-cara:
1. Masakkan agar-agar serbuk dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih sekali lagi.
3. Selepas mendidih, tutup api.
4. Masukkan air laici kisar tadi dan susu cair.
5. Tuangkan dalam acuan.
6. Sejukkan sebentar. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
7. Hias dengan buah laici yang diasingkan tadi.
Siap!
Resepi Puding Laici |
Puding ni sedap sebab ada laici yang di kisar dengan air laici. Bila makan memang ada rasa laici setiap kali gigit. Laici yang kita guna untuk hias kan tak banyak sangat. Jadi tak semua orang dapat rasa laici sebijik. Ha, sebab tu lah pentingnya kisar sedikit laici.
Selamat mencuba!
baca sini:
Sedapnya... Bolehlah try nanti
ReplyDelete