Blog Farah Sanusi

13 Feb 2017

Petua Hilangkan Cirit Birit Bayi

Kalau tanya semua ibu bapa bila masa yang paling susah jaga anak,  farah rasa semua pun pendapat sama. Masa anak sakit. Masa ni lah kita rasa biar lah kita yang sakit, biar lah kita yang tak sihat.

Sebagai ibu bapa kita mesti nak yang terbaik untuk anak-anak. Sape tak nak anak sihat kan? 

Minggu lepas, farah cirit birit selama 4 hari. Ni lah yang paling teruk yang farah pernah alami. Sampai rasa nak pakai pampers haha. Alhamdulillah lepas tu farah ok. Rasanya silap makan. Sebab sehari sebelum tu memang ada beli daging bakar. Rasa dia lain dari biasa tapi farah makan sampai habis jugak. Sape suruh makan banyak. Padan muka. 

Sehari lepas farah sembuh, medina tiba-tiba tunjuk simptom cirit birit. Mula-mula dia muntah waktu tengah tidur. Kami ingat tak ada apa-apa. Ingatkan muntah susu je. Lepas tu muntah tak henti-henti. Minum sikit pun muntah. Makan minum apa-apa pun muntah.

Kami bimbang tak tau nak habaq. Pi klinik, doktor bagi ORS suruh minum sebab takut dehydrated. Masalahnya minum ORS pun muntah huhu. Hari kedua tu medina memang lembik, tak bercakap, baring je 24jam. Boleh kira berapa jam dia sedar, yang selebihnya tidur je. 

Banyak kali jugak kami pi klinik, tapi doktor kata tak cukup lembik untuk hantar ke Emergency. Sebab medina ni bila dok tempat baru, memang mata dia melilau. Dok rumah tak ada tenaga, tiba-tiba depan doktor boleh pulak dia melompat haha. Heran gila.

Lepas tu kami monitor sendiri je kat rumah, cuba jugak bagi ORS. Makan memang dah tak nak langsung. Sampai lah malam hari kedua tu, hubby telefon operator hospital untuk consult. Rasanya hospital sambung ke triage. Depa kata suruh pi emergency sebab masa tu medina dah demam sekali. Demam pun tak boleh control sebab makan ubat pun muntah balik. 
Sampai hospital macam biasa lah, medina start aktif hehe. Kepala tengok kiri kanan. Mulut dah pot pet pot pet sikit-sikit. Tapi doktor masukkan air jugak sebab dah sehari tak minum dan tak kencing. Nak masuk air ni pun kesian. Kita orang tua pakai branula pun sakit, apatah lagi budak kan. Meraung lah. Kita yang tengok ni dalam hati meraung sekali.
Masa tengah masuk air, tidur tak sedar sebab penat sangat.
Bila anak sakit macam ni korang google tak cara nak atasi sakit? Mesti ada google kan? Haa..farah pun sama hehe. Bila google, farah jumpa petua untuk atasi/ mengurangkan cirit birit untuk bayi atau kanak-kanak.

Petua ni farah dapat dari blog Malysianwow. Kopipes je bagi korang baca.


Jika bayi mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. (Jika susu formula hendaklah cairkan susu dari biasa).

Cuba berikan beberapa hirup air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) beberapa kali dalam sejam. ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit. 

Jangan berikan dia jus buah, air glukos atau minuman berkarbonat (gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit semakin teruk).

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit tanpa arahan doktor kepada bayi anda. Ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius jika diberi kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Untuk mengelakkan bayi anda menjangkitkan cirit-birit kepada kanak-kanak lain, jangan bawa dia ke pusat jagaan atau taska sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas episod cirit-biritnya yang terakhir dan jangan bawa dia berenang untuk dua minggu seterusnya.

Selagi bayi tidak muntah-muntah dengan kerap, boleh berikan makanan pejal. Jika bayi berusia enam bulan atau lebih, boleh berikan makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. 

Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi dia minum untuk mengelakkan nyahhidrat. 

Ibu bapa perlu memberi lebih perhatian pada perubahan keadaan anak jika berlarutan segera membawa anak ke klinik berhampiran jika masalah cirit-birit berlanjutan.

Antibiotik jarang diberi untuk kes cirit-birit akut kecuali dalam kes tertentu. Ada kalanya antibiotik itu sendiri boleh menyebabkan cirit-birit.

Ubah pemakanan anak buat sementara waktu dengan memberinya makanan lembut seperti bubur, susu tanpa laktosa, bijirin, yogurt, buah-buahan seperti pisang dan sayur celur.

Beri air rebusan nasi kepada anak. Cara menyediakannya mudah, masak nasi sehingga menjadi bubur dan ambil airnya. Sejukkan air ini (atau sehingga suam) dan berikannya kepada anak anda.

Antaran minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa cirit-birit ialah:
  •         Garam Oral Rehidrasi (ORS)
  •         Susu ibu
  •         Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
  •         Sup
  •         Air nasi (air didih)
  •         Air buah-buahan
  •         Teh cair
  •         Air kelapa muda
  •         Perbanyakkan meminum air masak 


Ini ada beberapa petua untuk hilangkan cirit-birit sekadar untuk rujukan. Boleh cuba. Tapi jika berlarutan kene dapatkan rawatan doktor cepat-cepat.



1.  1 sudu tepung gandum dibancuh dengan segelas air suam. Bila semua sudah larut boleh la diberi bayi minum. Boleh juga masukkan dalam botol susu, supaya senang minum. InsyaAllah, cirit-birit akan sembuh. Boleh diamalkan untuk semua peringkat umur. 

2.  Rebus kentang sehingga empuk tanpa ditambah garam atau perisa lain dan dimakan. InsyaAllah, cirit birit akan hilang bersama najis.


Ni lepas balik dari hospital. Masa ni medina segar sikit dah, dah mula nak main. Tengok katil kami memang tak pasang cadar masa ni. Sebab medina dok muntah je selalu. Kejap-kejap kena tukar cadar hehe.

Jadi petua mana farah guna? 
Sebenarnya farah nak bancuh tepung gandum, tapi tepung gandum kat rumah expired tak sempat nak beli hehe. Nak rebus kentang, tapi medina tak nak makan, nanti tak leh makan jugak.

Akhirnya, ape yang kami buat?

Kami bagi susu setiap sejam. Tapi susu kena cairkan dan kami kurangkan kuantiti. Misalnya biasa bagi 6oz setiap 2 jam, tukar je 3oz setiap sejam. Untuk bancuhan susu pulak kurangkan bilangan senduk susu. Contohnya biasa 2oz air=2 sudu, tukar ke 2oz air=1sudu.

Alhamdulillah bila buat macam ni medina tak muntah. Walaupun selera makan masih tak ada, sekurang-kurangnya dia ada minum air jugak. Sekarang dia dah makin sihat. Seminggu cirit berat turun 600g jugak lah. 

Lepas ni kami kena beringat jugak. Kena jaga kebersihan lebih mantap lagi tambah-tambah bila kami sendiri yang sakit.

Baca Selanjutnya »

31 Jan 2017

Balik kampung || J Babies Spa Kota Bharu, Kelantan

Dah lama sangat rasanya tak balik kampung. Tahun Baru Cina kali ni kami sekeluarga balik Besut untuk beraya  hehe. Orang lain raya kita pun sibuk nak raya kan?
Pagi-pagi naik feri, muka dua-dua sembab hihi.
Dua tiga hari sebelum balik, abah umie kongsi gambar kat whatsapp. Rumah banjir!! Banjir sampai air dah masuk dalam rumah. Farah rasa dah lama air tak masuk rumah bila banjir. Dulu masa kecik-kecik memang selalu, tapi lepas abah sambung rumah, tinggikan bahagian rendah, air dah tak masuk.
Masa ni abah balik kejap dari sekolah sebab nak tolong alihkan kereta pi tepi jalan.
Bila banjir, abah umie je ade kat rumah. Angkut barang pun berdua je. Masa ni la rasa bersalah, masa ni lah rasa nak pindah dok rumah sebelah. Bimbang oii. Mak ayah tak ada depan mata. Nasib baik lepas tu adik bongsu balik rumah. Lega sikit hehe.

Farah sempat merasa banjir kali ni. Air tak dalam sangat masa tu Alhamdulillah. 


Bila banjir aktiviti abah mesti lah round tengok air. Alang-alang Farah mengidam keropok lekor , jadi abah bawa pi Kuala Besut untuk beli. Kedai yang kami nak pi beli tak buka. Jadi beli je kat kedai mana yang ada. 
Sebelum  tu singgah makan Char Kuey Tiaw udang. Boleh tahan sedapnya.
Dapat air Farm Fresh free lepas beli keropok hehe. Ni dapat free sebab expired  hari yang sama.

Ok dah cerita banjir ngan keropok hehe. Balik kali ni farah bawa medina pi baby spa. Rasa macam nak bagi medina berendam. Dah lama rasanya dia tak mandi berendam hehe. Bila dok fikir nak buat, baru lah farah teringat yang farah belum kongsi pengalaman farah bawa medina ke baby spa kat Kelantan dulu. 

Aduhaiii. Teruk betul. Punya lah lama. Selalu  terlupa. Bila dah beribu-ribu gambar ada dalam henfon, ada je yang terlepas pandang. Lepas ni nak kena cari cara untuk bagi tak lupa entri yang nak buat haha. Ada idea tak?

J Babies Spa ni terletak di Aeon Mall, Kota Bharu Kelantan. Farah bawa medina ke sana masa balik kampung untuk raya korban. Lama dah kan? Hehe. Masa balik kampung memang dah plan awal-awal nak bawa dia ke sana. Teringin sangat nak bagi dia cuba berenang sebab  dia suka main air.
Kat Aeon Mall ni best sebab bilik menyusu dia selesa sangat. Nak dodoi baby pun best.
Sebelum ni medina berenang dalam tab kecil. Sekarang dah 10 bulan kena guna tab mandi yang besar. Tab mandi ke kolam eh? Entah la, hentam je haha. Tab mandi besar ni lambat sikit nak panas air dia, kena tunggu sampai pukul 1.30 tengahari baru panas. 

Mula-mula dah malas nak tunggu sebab kami sampai awal. Farah ngan hubby pi kat kedai buku Popular dulu sebab memang nak cari buku untuk medina. Sedar-sedar bila keluar dah dekat 1.30 tengahari. Dapat lah kami pi hehe.

Farah ambil pakej berenang je. Urut tak ambil sebab medina tengah mengantuk, dia tak nak baring. Kalau main air masa mengantuk takpe, dia tak  marah hihi.

Kalau berenang 30 minit RM 45 untuk bukan ahli.
Ada tempat gunting rambut. Farah gunting rambut sendiri je kat rumah haha.
Ni la tab mandi besar. Medina mandi sorang-sorang memang puas hati.
Ni tempat pedicure kalau tak silap.
Ni tab mandi yang kecil. Dulu medina guna yang ni.
Yang kecil ni boleh muat seorang je kot,
Dulu mandi pakai pelampung leher ni. Tapi medina tak suka sangat.

Ni masa dulu. Tengah urut sebelum berenang.
Ni yang sekarang. Panaskan badan kejap je sebelum masuk dalam air.
Sebelum masuk depa akan bawak pi sentuh air sikit. Baru lah baby tak terkejut tiba-tiba masuk dalam air. 
Kalau budak yang jenis tak takut air, suka mandi macam medina  ni tak de masalah untuk berendam. Tak nangis pun orang tinggal dia hehe.
Lepas mandi kami pusing Aeon. Terserempak dengan kawan lama masa belajar dulu. Kawan hubby lah hehe. Hubby kata dia tak ingat nama hubby sebab sepanjang borak langsung dia tak sebut nama haha. Lama sangat ke tak jumpa sampai tak ingat nama? Rasa macam tak lebih lagi 3 tahun.

Sekarang dok menghitung hari bila nak balik kampung lagi.



Baca Selanjutnya »

7 Dec 2016

Women's Dresses Terkini

 Today we’ll have a look at a must have for every woman - women’s dresses! Don’t you just love how amazing it makes you feel when putting on your favourite Little Black Dress? Did you know? Muslimah’s can also wear dresses because there are maxi dresses as well. Not just mini or midi dresses. So there is no excuse for you to look and feel good in a beautiful dress. Okay let’s have a look at what women’s dresses you must own.


1. Classic Little Black Dress
 The Little Black Dress or LBD is iconic. Plus, there’s no rule in what length or type it can be. Different individuals have a different type of black dress that they feel comfortable and confident in wearing so find yours today! This is also the number one dress for every fashionista and hijabista! Muslimah women can find a classic black maxi dress for a trendy yet classy outfit.


2. Midi Professional Dress
 For every working modern woman, you must have a professional midi dress to wear to the office or an important meeting. It gives you the confidence boost and you’ll appear as stylish as ever. The midi dress is not too long and not too sort making it a must have favourite for the ladies in the work industry.


3. Fun Flirty Dress
Girls just want to have fun and it’s even better in a flowy dress for date nights with your loved one or best friends! Pick from skater dresses, summer dresses to bodycon dresses for those who love feeling sexy. Dress up from head to toe in a fun flirty dress for a feminine look and you’ll be sure to be a star wherever you go.


Do you love dresses? What’s your favourite dress? Come on let’s buy women’s dresses online today for better options and easier shopping!
Baca Selanjutnya »

8 Nov 2016

Girls Night Out || Shell Out Restoran 1 Malaysia, Langkawi

Sebenarnya dah lama farah teringin nak ber-shell out. Tapi shell out ni makanan laut. Lepas tu ada kerang. Farah dengan hubby tak makan kerang, jadi sebab tu kami tak pernah cuba shell out. Ada juga tempat yang menu dia tak ada kerang, tapi susah nak cari.
Baru-baru ni kawan farah dapat tawaran bertukar tempat kerja ke tempat yang di mohon. Alang-alang tu kami plan lah nak keluar makan malam sama-sama. Farah tak pernah lagi keluar rumah tanpa hubby malam-malam. Sebelum ni ada keluar, tapi hubby ade berdekatan hehe.

Nak keluar pun banyak benda farah fikir. Nak bawa kereta tak kenal jalan lah, malam-malam silau sampai tak nampak kereta lah. Nasib baik kawan farah kata nak ambil farah kat rumah, jadi farah tak perlu memandu sendiri hehe.
Asalnya kami plan nak makan steambot grill. Penat google cari kedai mana ada steambot grill kat Langkawi. Akhirnya jumpa juga kedainya. Sehari sebelum, farah telefon kedai tu untuk tanya jalan untuk ke kedai tu. Masa telefon dia kata kedai buka malam yang kami nak pergi. Tapi bila kami sampai malam tu, kedai tutup rupanya. Kecewa gilaaaaa. Dah berangan-angan nak makan steambot tapi tak dapat. 
Ni Kedai Shell Out
Kedai steambot tu di Restoran 1 Malaysia di Jeti Kuah. Kat sini ada banyak kedai-kedai lain. Disebabkan tak nak kena pi cari kedai lain, kami pun pilih je nak makan Shell Out kat situ. Farah tak pernah makan Shell Out lagi. Kira langkah kanan jugak lah hehe.

Servis kat kedai ni ok jugak. Adik yang datang serve meja tu siap tanya lagi macam mana makan yang disediakan hehe. Bukan selalu orang tanya sedap ke tak, bila orang tanya tu rasa macam spesel pulak kekeke.
Aiskrim talam
Kat situ ada jugak kedai pencuci mulut. Kami order Aiskrim Talam sebab bebudak ni kata glamour kat facebook.

KOMEN FARAH

Shell Out tu farah suka. Mula-mula nak pilih set tu tengok ada set yang ada ikan. Tak tau pulak ada ikan. Selama ni tengok orang post gambar kat facebook nampak kerang udang ketam je banyak hehe. Ikan celup tepung tu memang sedap. Kulit dia rangup, boleh ratah-ratah.

Udang goreng butter dia pun sedap. Bila makan tak muak. Farah rekomen korang cuba udang ni. Ketam pulak farah tak suka sangat. Isi dia liat semacam. Nak makan susah. Oh, ni kali pertama makan scallop. Ok je rasa dia. Macam isi ikan. Lepas ni bole bagi hubby cuba makan kot hehe.

Dalam menu tulis set yang kami pilih ada sayur. Tapi sayur yang ada berapa kerat je hehe. Memang tak cukup untuk 4 orang. Masa adik waiter tanya macam mana makanan farah ada bagitau sayur tak cukup. Kalau korang nak sayur banyak mungkin boleh cakap awal-awal masa order.
Menu untuk pencuci mulut. Boleh order dengan wasap tau. Tapi kami order manual hehe.
Aiskrim talam pulak bagi farah biasa je dan farah rasa harga dia agak mahal kalau banding dengan kuantiti. Farah memang susah nak impressed sikit hehe. Bagi farah talam dia terlalu besar, menyebabkan makan dalam talam tu nampak sikit. Tapi pisang goreng dia sedap!
Biskut ngan kek. Farah tak makan kek tu. Biskut tu kami hancurkan sikit letak dalam aiskrim.
Buah-buahan
Pisang goreng dia best! Bahagian luar tu rangup yang amat.
Strawberi. Tiba-tiba rasa nak gi Cameron pulak dah.
Aiskrim kalau letak dalam mangkuk yang besar dan takde kaki, mungkin talam tak nampak kosong sangat.

Rasanya lepas ni nak pusing-pusing cari makan Shell Out lain kat sini hehe.

All the best Ain kat OMFS !!!


Babai!




Baca sini:

Baca Selanjutnya »

24 Oct 2016

Asam Pedas Ikan Kembung

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
Resepi asal: Azlita

Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung ~ bersihkan dan potong 2
10 batang bendi
1 kuntum bunga kantan
1 cekak daun kesum – farah tak letak
1 batang serai ~ dititik
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 cawan air asam
air secukupnya 


Bahan Kisar
15 ~ 20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
3 batang cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan- farah bakar dulu



Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan, bahan kisar bersama serai yang di titik hingga harum dan terbit minyak
2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya dan biarkan kuah mendidih
3. Masukkan daun kesum, dan perasakan dengan garam secukup rasa
4. Kemudian masukkan ikan
5. Biarkan ia merenih dan ikan empuk
6. Akhir sekali masukkan bunga kantan dan bendi
7. Biarkan bendi lecur sebentar dan sedia untuk di hidangkan 



Baca Selanjutnya »

23 Oct 2016

Mengidam Pelam Teloq

Minggu lepas tiba-tiba mengidam nak makan masam. Dulu masa kat kampung tepi rumah tok memang ada pokok pelam. Nak makan pi je panjat pokok. Sekarang dok rumah sewa mana ada pokok pelam hehe. 
Kat sini banyak pokok pelam epal. Rasa kalau nampak pokok pelam kat kawasan kampung mesti pelam epal. Farah tak suka sangat pelam epal. Tapi kalau tak ada pilihan hentam jugak lah.

Pelam kecik ni orang kelantan panggil pauh ringan. Orang kedah pula panggil pelan telur@teloq. Dulu farah tak tau orang paggil pelam teloq, penat nak terangkan kat orang pelam jenis ape bila farah cari pelam ni. Hhaha. 

Kalau kat sini cari kat market kuah je ada. Tu pun kena pi pagi-pagi. Pi petang memang takde dah. 
Makan cicah garam pun dah sedap hihi

Baca Selanjutnya »

19 Oct 2016

Susah Ke Nak Buat Makanan Bayi?


Hari ni medina sebenarnya dah 7 bulan lebih. Alhamdulillah. Kejap je rasa dah setengah tahun. Trauma bersalin belum hilang kot? Hehe. Masa dah masuk 6 bulan, berdebar juga nak bagi medina makan. takut dia tak suka, takut salah bagi makan, takut tersedak, macam-macam lah.

Dah la penat fikir nak bagi makan apa untuk makanan yang pertama. Akhirnya ikut buku baby, ada tulis puree epal. Jadi farah buat keputusan untuk buat puree epal.
Tak suka! Medina tak suka puree epal haha. Bila makan dia buat muka macam makan benda masam. Kelakar ade, comel pon ade hihi. Walaupun medina tak suka, farah bagi juga makan untuk 4 hari sebab kami ikut 4-days rule. 

Bila dah hari ke-4 dia macam ok. Dah boleh makan. Kalau duduk dengan mama masa kami pi kerja, mama kata dia suka makan. 

Seronok sebenarnya masak untuk bayi ni. Macam buat eksperimen hehe. Banyak lagi farah tak cuba. yang dah cuba baru brokoli, bubur, pisang, betik, ayam, bilis, labu. Minggu ni rasa nak buat kentang pulak. Korang ada cadangan resepi apa lagi?
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign