Blog Farah Sanusi

28 Nov 2017

Resepi Cek Mek Molek

Resepi Cek Mek Molek || Hari hujan lebat memang sedap kalau dapat makan kuih cek mek molek panas-panas. Dengan gula cair kat dalam, sekali gigit boleh melecur lidah haha. 

Resepi Cek Mek Molek
Resepi Cek Mek Molek
Kebetulan haritu farah beli ubi keledek tapi tak habis guna bila masak. Ada lah tinggal sikit. Teringat pula kat cek mek molek. Dah lama tak merasa cek mek kat kampung sendiri. Di negeri lain bukan tak ada. Tapi kurang manis. Macam tak ada gula je. Tak umph lah bila makan kurang manis.

Farah pun merajinkan diri buat cek mek hehe. Tak susah mana buat cekmek ni. Cuma nak menggentel biar bentuk cantik tu yang farah tak pandai. Farah tengok orang lain buat cantik bujurnya, hujung pula tajam elok. Jeles tau.

Apa lagi, jom buat cek mek molek!!


CEK MEK MOLEK


Bahan-bahan:
Ubi keledek
Tepung gandum
Gula

Cara-cara:

1. Buang kulit ubi keledek. Potong saiz biar agak kecik supaya senang masak. 

2. Rebus ubi sehingga masak. Angkat dan toskan. Biarkan sejuk sebentar. 

3. Lenyek ubi keledek sehingga betul-betul lumat. Farah guna lesung je. 

4. Selepas semua ubi dah dilenyek, campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul. Jangan banyak sangat kalau tak nanti cek mek keras. Kena pandai-pandai agak. 

5. Ambil sedikit adunan yang dah siap dan leperkan atas tapak tangan. Letak sedikit gula ditengah, kemudian tutup dan bentukkan membujur. Gula pun jangan terlebih kalau tak bila goreng nanti tembus.

6. Panaskan minyak untuk menggoreng dengan api sederhana. Goreng cek mek sehingga masak. Jangan guna api besar sebab kalau tak bahagian luar dah masak tapi gula tak cair habis. 

Siap!

Nak makan waktu panas kena berhati-hati, air gula panas sangat nanti melecur lidah. 

Farah tak pandai sangat bentukkan cek mek, jadi rupa dia gemuk macam dugong haha. Takpe lah asal rasanya sedap. Terubat lah rindu nak makan cek mek kan.

Selamat mencuba!!
Resepi Cek Mek Molek
Resepi Cek Mek Molek


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:
Baca Selanjutnya »

27 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Kicap

Resepi Nasi Goreng Kicap || Nasi goreng kicap ni nasi goreng kegemaran hubby. Katanya lagi hitam lagi bagus. Lagi dia suka. Haa, gitu. Hitam itu menawan kot haha. 

Waktu farah masak nasi goreng kicap ni sebab nak habiskan sayur yang ada. Setiap sayur ada sikit-sikit. Dah tak ada idea, masak lah nasi goreng kicap. 
Resepi Nasi Goreng Kicap
Resepi Nasi Goreng Kicap
Jom buat nasi goreng kicap!

NASI GORENG KICAP

Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi
3 biji bawang merah - mayang
2 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 biji telur
sedikit dada ayam - potong dadu
baby corn - potong nipis
bunga kubis - potong kecil
sawi - potong memanjang
kicap secukupnya
garam secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. 

2. Pecahkan telur. tunggu sedikit masak kemudian gaul sehingga hancur. 

3. Masukkan ayam. Kacau sehingga hampir masak. 

4. Masukkan baby corn, sawi, dan bunga kubis. Gaul rata. 

5. Masukkan nasi. Kacau hingga sebati. 

6. Masukkan kicap. Kacau supaya sebati dengan nasi. 

7. Perasakan dengan garam. 

Siap!
Resepi Nasi Goreng Kicap
Resepi Nasi Goreng Kicap
Resepi campak-campak senang je hehe. Kicap tu kalau suka banyak, letak banyak lah. Farah memang tak pernah sukat kicap bila buat nasi goreng kicap. Main buh je hihi. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:



Baca Selanjutnya »

26 Nov 2017

Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi

Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi || 20 November yang lepas,selesai majlis makan malam pergigian daerah Langkawi bagi tahun 2017. Alhamdulillah tamat juga majlis kali ini berjaya diadakan di Hotel Seaview Langkawi. 
Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Semua yang hadir pada malam tersebut.
Tahniah farah ucapkan kepada semua jawatan kuasa yang bertungkus lumus dalam menjalankan tugas dan memastikan majlis berjalan dengan lancar pada malam tersebut. Bukan mudah untuk menganjurkan program. Tambah-tambah lagi bagi yang belum pernah mengarah sesuatu program. 

Farah pun salah seorang jawatan kuasa yang terlibat dengan majlis makan malam kali ini.  asalnya farah tak nak jadi jawatan kuasa. Sebab nak pi makan, ambik video dengan rileks haha. Tapi kesian pula nak tolak. Staff pergigian bukan lah ramai. Kalau ramai tak nak jadi jawatan kuasa, susah lah. 

Tema kali ini kami sepakat pilih Masquerade. Pakaian kami tak tetapkan syarat. Asalkan pakai topeng sudah. Tujuan kami untuk memudahkan semua yang hadir. Ye la kan, bukan semua sanggup habiskan duit untuk beli baju baru untuk majlis makan malam. 
Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Ucapan Pengarah Projek


Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Ucapan Pengerusi Kelab Kebajikan


Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Ucapan wakil Pegawai Pergigian Daerah
Kami sediakan doorgift untuk setiap tetamu yang hadir. Kami sepakat pilih glass water bottle untuk doorgift. Sebab kami nak benda yang boleh digunakan. Tak nak lah nampak comel tapi tak ada kegunaan. Kan?

Kami juga adakan persembahan bagi setiap klinik dan pejabat. Maksudnya ada 4 persembahan. Untuk persembahan ada hadiah hamper disediakan bagi tempat pertama hingga tempat keempat. Pemenang pula dipilih melalui undian.
Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Persembahan Klinik Pergigian Padang Matsirat. Baby Shark dan I am Me.


Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Persembahan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Langkawi. Tak Tun Tuang.


Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Persembahan Klinik Pergigian Kuah. Penguin dance.


Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Persembahan Klinik Pergigian Air Hangat. Sketsa video.

Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Tempat ke-4


Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Tempat ke-3


Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Tempat ke-2


Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Tempat Pertama

Cabutan bertuah disediakan untuk 44 orang yang bertuah. Asalnya cuma 36 hadiah, tapi AJK hadiah dapat cari hadiah yang lebih murah dan berbaloi, dapat lah tambah jumlah hadiah. Tapi ada 7 orang yang kurang bertuah sikit tak dapat hadiah hehehe. Alhamdulillah farah dan hubby dikira bertuah la kot sebab dapat juga cabutan. Kalau ikutkan sebelum ni kami tak bertuah langsung.

Yang terakhir, kami sediakan anugerah King dan Queen bagi pakaian yang terbaik. Pemilihan King dan Queen juga berdasarkan undian semua tetamu. Hubby dapat anugerah King. Haha. Tak sia-sia beli suit.
Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
King and Queen of the Night
Yang farah agak terkilan sebab pegawai pergigian daerah kami tak dapat hadir sama disebabkan hal kerja yang belum selesai. Tapi nak buat macam mana kan. 

Harap-harap tahun-tahun selepas ini pun akan diadakan majlis atau family day untuk staf pergigian Langkawi. Bukan selalu dapat berkumpul semua kan. Waktu ini lah nak jumpa yang jarang jumpa dan berbual.



Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Sempat lah bergaya sekejap sebab cameraman suruh posing hehe.

Dental Night Dinner Pergigian Langkawi 2017 di Hotel Seaview, Langkawi
Pegawai pergigian di KP Air Hangat. Girls only hehe.
Babai~






Baca Selanjutnya »

25 Nov 2017

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur || Benda paling farah tak suka sekali, kepala gatal-gatal sebab kelemumur. Kadang-kadang stress tengok bahu ada putih-putih. Ada juga waktu kelemumur banyak sangat sampai atas bantal pun ada putih-putih. 

Sebenarnya dah macam macam syampoo farah cuba. Pi watson, Guardian cuba itu ini. Kadang-kadang beli satu set penjagaan rambut untuk kulit kepala berkelumumur. Tapi hasilnya sama juga. 
Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur 

2 minggu lepas terjumpa lah Magic Jelly Lovera ini. Farah ada terbaca yang dia berkesan untuk kelemumur. Mula-mula tu tak percaya juga lah. Yelah kan. Dah penat cuba produk sana sini. Tapi hati terbuka juga nak cuba hehe. 

Farah guna sekali sehari je untuk 2 minggu ini. Waktu malam sebelum tidur. Farah sapu kat kepala, bagi kena kulit kepala sekali. Baru 2, 3 hari ini farah perasan, kepala tak gatal. Belek-belek depan cermin, kelemumur pun segan silu nak muncul haha. 

APA DIA MAGIC JELLY INI?

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur 

Magic jelly ini diperbuat daripada Aloe Vera, Jicama (sengkuang), Chamomile dan Cucumber. Ha, dengar nama pun dah tahu semua bahan-bahan tu bagus untuk kulit kan? Aloe Vera pun memang digunakan beribu tahun sejak zaman cloepatra. Sebut cleopatra semua orang tahu untuk kecantikan kan?

Magic Jelly ini bebas paraben dan merkuri. Jadi tak perlu risau untuk guna. 

Satu beg mesti ada satu Magic Jelly Lovera. Sebab apa? Kalau ada tengah jalan-jalan dengan keluarga, tiba-tiba ada orang terluka ke, kena air panas ke, boleh terus sapu Magic Jelly


KEBAIKAN MAGIC JELLY UNTUK KULIT

  • Merawat jerawat denga  berkesan
  • Menghilangkan kulit kusam
  • Memudarkan parut lama dan baru
  • Memudarkan dark spot
  • Melegakan ekzema
  • Merawat sunburn
  • Mengecilkan pori
  • Membantu melegakan alahan dan kulit sensitif
  • Anti-penuaan
  • Memulih dan merawat kulit dari dalam
  • Kulit lebih licin dan gebu


KEBAIKAN MAGIC JELLY UNTUK RAMBUT

  • Membantu mengurangkan kelemumur
  • Melicinkan rambut kusut
  • Boleh digunakan sebagai serum rambut
  • Membantu pertumbuhan rambut


KEBAIKAN MAGIC JELLY UNTUK LAIN-LAIN

  • Untuk kesan terbakar dan luka
  • Bibir pecah dan kering


MAGIC JELLY JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI

  • Skin moisturiser
  • Makeup remover
  • Face serum
  • Hair serum
  • Eyelash serum (lengthening and growth)
  • Lips rescue moisturiser
  • Makeup-primer

TESTIMONI MAGIC JELLY LOVERA

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera


Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera


Cara order Magic Jelly korang boleh rujuk di SINI. Cara dia ada detail ditunjukkan. 

Untuk maklumat lanjut boleh jenguk-jenguk sini:

Website:

Instagram:

Facebook:

Magic Jelly:



Baca Selanjutnya »

24 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Cina || Farah masak nasi goreng cina kali ni untuk bawa bekal ke kerja. Waktu kecil dulu nasi goreng cina ni salah satu nasi goreng kegemaran farah. Bila ke kedai mesti order nasi goreng cina. Sekarang dah besar ni dah kenal banyak jenis masakan panas, tak lah selalu sangat order nasi goreng cina hehe. 
Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina
Farah memang suka letak telur hancur dalam nasi goreng. Hampir setiap kali masak nasi goreng, farah akan letak telur hancur. Hubby pun lagi suka kalau ada telur. Kecuali kalau farah masak sekali untuk medina, baru lah tak letak telur sebab medina alahan. 

Biasanya farah masak hemtam saja campak-campak. Tak pernah pula cari resepi nasi goreng cina sebab agak mudah untuk buat. Tapi kali ni saja nak tengok orang lain masak macam mana. Farah cuba resepi kak aziejaya

Resepi kak aziejaya ada gaul nasi putih dengan marjerin sebelum masak. Ha, yang ni lah yang lain. Farah belum pernah lagi gaul nasi dengan mentega bila goreng nasi goreng cina. Macam menarik kan?

Untuk lauk farah letak udang dan ayam. Udang tu lauk farah, ayam pula lauk hubby. Hubby tak suka udang. Kalau letak ketam dia makan lah ehhehe. 

Jom masak nasi goreng cina!

NASI GORENG CINA


Bahan-bahan:
Sedikit dada ayam - potong dadu
5 ekor udang - cuci dan belah belakang
2 mangkuk nasi
Seikat sawi - potong panjang
1 biji telur
2 sudu mentega
3 biji bawang merah - mayang
1 biji bawang putih - ketuk dah cincang
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
Minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara:

1. Masukkan mentega kedalam nasi dan gaul rata. 

2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 

3. Masukkan ayam dan udang. Masak sehingga separuh masak. Masukkan lada sulah. 

4. Tarik semua bahan ke tepi, pecahkan sebiji telur. Tunggu hingga separuh masak dan kacau hingga hancur. 

5. Gaul semua bahan tadi semula. Masukkan sayur sawi. Gaul. 

6. Masukkan nasi. Gaul sehingga sekata. 

7. Masukkan garam atau perasa secukupnya. Gaul.

Siap!!
Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina
Sedap nasi goreng cina ni. Licin farah makan hehe. Cara masak pun mudah je. 

Sayur sebenarnya tak kisah lah nak guna sayur apa. Farah suka sawi, sebab tu farah letak sawi. Nak letak lobak merah pun boleh je. 

Selamat mencuba!!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

23 Nov 2017

Resepi Puding Laici

Resepi Puding Laici || Waktu makan malam pergigian hari isnin yang lepas, setiap klinik ada buat persembahan dan ada hadiah disediakan untuk persembahan. Klinik farah dapat tempat kedua untuk persembahan hehe. 
Resepi Puding Laici
Resepi Puding Laici
Waktu tu tak sangka sebenarnya dapat nombor dua. Sebab klinik kami je yang buat persembahan tayangan video. Klinik lain semua buat persembahan tarian atau nyanyian atas pentas. Alhamdulillah dapat juga nombor. Tak sia-sia tidur lewat buat video hehe. 

Kami dapat hadiah hamper. Dalam tu ada lah satu tin laici. Depa ni pun suruh farah buat puding laici guna laici tu. 

Terhasil lah puding laici kali ni. 

Puding laici ni sedap makan sejuk. Jadi korang sabar lah sekejap sementara menunggu puding sejuk dalam peti. 

Jom buat puding laici!!

PUDING LAICI

resepi asal: azlita masam manis

Bahan-bahan:
10gram agar-agar serbuk - original
5 cawan air
8 sudu besar gula 
1 tin susu cair
1 tin buah laici - kisar dengan 1 cawan air laici dalam tin. kisar kasar je, jangan sampai halus lumat.
1 tin buah laici untuk hias - air buang

Cara-cara:

1. Masakkan agar-agar serbuk dengan air sehingga mendidih.

2. Masukkan gula. Biarkan mendidih sekali lagi.

3. Selepas mendidih, tutup api. 

4. Masukkan air laici kisar tadi dan susu cair.

5. Tuangkan dalam acuan. 

6. Sejukkan sebentar. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.

7. Hias dengan buah laici yang diasingkan tadi.

Siap!
Resepi Puding Laici
Resepi Puding Laici
Puding ni sedap sebab ada laici yang di kisar dengan air laici. Bila makan memang ada rasa laici setiap kali gigit. Laici yang kita guna untuk hias kan tak banyak sangat. Jadi tak semua orang dapat rasa laici sebijik. Ha, sebab tu lah pentingnya kisar sedikit laici. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

baca sini:
Baca Selanjutnya »

22 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple || Minggu ni asyik rasa nak makan nasi goreng sebagai bekal sarapan ke kerja. Tapi tak nak lah asyik nasi goreng sama. Kalau boleh, lima hari kerja, lima hari nak nasi goreng lain-lain hehe. 

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Hubby tengah diet sekarang. Katanya dah gemuk (mengada je). Tapi bila farah tanya nak bawa bekal nasi goreng tak, mesti dia nak hehe. 

Esoknya farah tanya hubby makan habis tak bekal. Habis hubby kata. Makan lewat sikit dalam pukul 11 pagi.  Pukul sebelas tu sarapan apenya. Orang makan la pukul 8 tu. Haha. Tapi tak kisah lah. Asal makan habis. 

Nasi goreng tomyam ni farah tiba-tiba terfikir nak buat. Jarang rasanya kami makan nasi goreng tomyam di kedai. Masak kat rumah pula tak pernah lagi setakat ni. 

Resepi yang farah buat ni tak lah mewah sangat. Sayur pun farah cuma letak baby corn dengan kubis bunga je. Tengok warna nasi macam tak ada warna sangat hehe. Tapi yang penting rasa tomyam tu tetap ada. 

Jom buat nasi goreng tomyam!

NASI GORENG TOMYAM


Bahan-bahan:
2 biji bawang merah - potong nipis/mayang
1 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 biji telur
5 ekor udang
sedikit dada ayam - potong dadu
1 batang serai - farah tak letak
2 helai daun limau purut - farah tak letak
2 batang baby corn - potong serong nipis
sedikit kubis bunga
2 mangkuk nasi
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes tomyam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Goreng telur dan jadikan telur hancur. Ketepikan.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau. 

3. Masukkan serai, sos tiram, pes tomyam dan kacau. 

4. Masukkan ayam dan udang. Kacau. Tambah sedikit air supaya tak kering sangat. 

5. Kacau hingga udang dan ayam masak. Masukkan sayur. Kacau sebentar. Kemudian masukkan telur hancur tadi.

6. Masukkan nasi. Kacau sebati.

7. Akhir sekali masukkan garam/perasa dan daun limau purut. Kacau. 

Siap!

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Biasanya nasi goreng tomyam akan letak daun limau purut dan serai. Farah tak letak sebab takde. Rasa kurang umph sikit tapi masih ada rasa tom yam. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

baca sini:
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign