Sebelum ni farah ada kongsi resepi pajeri nanas. Resepi boleh tengok sini. Masa masak pajeri, farah cuba guna separuh nanas yang farah beli. Lagi separuh farah guna untuk masak nanas tumis air.
Resepi nanas tumis air hari ni dari buku masakan yang sama juga. Farah suka resepi ni. Senang untuk diikuti untuk orang yang tak pernah masak nanas tumis air.
Ha, tips masak resepi ni. Jangan tinggal dapur masa tengah tunggu mendidih. Sat lagi hangit macam nanas farah haha. Nasib baik hangit sikit je.
Jom cuba resepi Nanas Tumis Air!
NANAS TUMIS AIR
Resepi asal |
Bahan-bahan A:
1 biji nanas saiz sederhana
1 batang lobak merah dihiris kecil
2 sudu makan gula
3 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan minyak masak
garam secukup rasa
Bahan-bahan B:
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1 inci halia - dimayang
Cara-cara:
1. Kupas kulit nanas dan buang mata nanas. Potong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air, serbuk kunyit, gula dan garam.
4. Apabila mendidih, masukkan nanas, lobak merah, cili merah dan cili hijau.
5. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dengan nasi minyak atau nasi beriani.
KOMEN FARAH
Sedap oh sedap! Farah suka nanas tumis air. Ni kali pertama farah cuba buat. Senang je rupanya.
Hubby pun cakap sedap. Berbanding dengan pajeri nanas, kami berdua lebih suka nanas tumis air.
Bagi hubby manis dah cukup, bagi farah kena tambah gula satu sudu lagi hehe. Jadi kalau korang jenis yang suka manis, tambah la gula sikit lagi. Ikut selera masing-masing.
Yang farah masak nampak lebih kurang dengan gambar dalam buku. Jadi kira lulus la kot hihi.
Dah cuba Nanas Tumis Air? Jom masak!
Selamat mencuba!
^-^
ReplyDelete