Mata rabun atau tak nampak lepas cabut gigi. Benda ni bukan lah benda yang baru farah dengar. Dah lama. Dah selalu. Dah lali.
Semalam farah buat rawatan sekolah. Selepas beberapa pelajar buat rawatan, masuk pelajar perempuan yang seterusnya. Pelajar yang ni ada 6 batang gigi kekal yang perlu cabutan. Termasuk lah 2 batang gigi kacip hadapan atas dan bawah. Yes, GIGI KEKAL. Budak baru belasan tahun, dah tak ada gigi.
Semalam farah buat rawatan sekolah. Selepas beberapa pelajar buat rawatan, masuk pelajar perempuan yang seterusnya. Pelajar yang ni ada 6 batang gigi kekal yang perlu cabutan. Termasuk lah 2 batang gigi kacip hadapan atas dan bawah. Yes, GIGI KEKAL. Budak baru belasan tahun, dah tak ada gigi.
Untuk pengetahuan semua, pelajar yang dibuat rawatan gigi hanyalah yang mendapat kebenaran bertulis dari ibu/bapa. Pelajar ni masuk dan cakap, " mak tak bagi cabut gigi depan, takut efek mata."
Bila dengar ayat efek mata tu dah lemah dah. Bukan mudah kita nak educate orang. Bukan senang nak bagi orang percaya yang cabutan gigi tidak akan menyebabkan masalah mata.
Memandangkan ibu pelajar yang tidak beri kebenaran (dalam surat bertulis dah beri kebenaran untuk cabutan), farah cuma cakap sikit je dekat pelajar tu yang cabutan gigi tak akan menyebabkan masalah mata. Selepas tu suruh dia bawa ibu ke klinik untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.
Susah sebenarnya nak lawan mitos tradisional ni. Kadang-kadang memang rasa nak biar je. Ikut hangpa lah nak percaya apa. Tapi tak boleh. Bila fikir tanggungjawab kena sampaikan juga ilmu, educate lah juga. Terpulang pada individu tu sendiri nak terima ilmu kita atau tak.
Terfikir juga dari mana datangnya cerita mata rabun sebab cabut gigi. Ada research kah? Dalam 1000 orang yang cabut, berapa orang yang rabun selepas tu? Orang yang rabun tu ada cek power mata sebelum dengan selepas ke?
Macam-macam lagi soalan farah terfikir hihi. Apa-apa pun, farah harap korang tanya doktor gigi masing-masing kalau ada kemusykilan dalam hati. Jangan terus percaya apa orang cakap.
Your tooth fairy,
FS
Hadoii sebut sal cabut gigi ni rasa seriauuu jerk..
ReplyDeleteawat seriauuu haha..
Deletepernah tanya gak.. hihi dah besar ni baru tau tu mitos jek sebenarnya
ReplyDeleteNasib baik dah tau.. ni ada lagi orang besar tak tau hehe
DeleteSaya memang dah rabun pun before gigi geraham sebatang ni kena cabut hehe
ReplyDeleteSame lerr. Ni tak aci la hihi
Delete