Masakan ayam adalah masakan yang farah rasa selesa.
Kebanyakan resepi tak susah. Melainkan ayam panggang oven, ayam bakar pi piknik
dan lain-lain hehe. Kalau yang tu susah sebab farah tak pernah buat bahan perap
ayam untuk barbeku.
Selera hubby ni special sikit. Tekak tak suka udang, sotong,
daging dan segala jenis kerang. Nak senang cerita, kebanyakan yang boleh makan cuma
ayam, ikan dan ketam hehe. Nasib baik ketam boleh. Kalau tak, merana lah farah
tak boleh masak masakan laut.
Ikan pula tak boleh ikan sungai. Tapi farah pun tak boleh
tahan ikan sungai jadi tak da masalah la hihi.
Rasanya sejak kahwin, farah memang masak ayam kebanyakannya.
Sebab farah rasa ayam dengan ikan, ayam lagi berbaloi. Ikan lebih mahal. Ada juga
masak ikan, tapi jarang. Masakan ayam yang paling kerap farah buat, ayam masak
merah atau mungkin ada yang panggil ayam sambal. Mana-mana pun boleh la. Sama je.
Farah bukan pandai masak. Awal-awal kena mengaku. Tapi farah
suka masak. Sape tak suka tengok laki makan apa yang kita masak kan? Tengok pun
dah kenyang. Tak payah makan tak pe (konon) haha.
Dulu farah pernah tanya hubby
kalau masakan ayam, apa yang dia paling suka. Jawapannya ayam masak merah. Kalau
ikan pula ikan masak kicap.
Ha, senang kan? Takde lah cerewet sangat pun. Dulu hat tu lah farah dok masak. Hubby pulak
jenis yang kalau dia suka, makan hat tu sebulan pun dia ok.
Sekarang tak boleh la macam tu kan? Sebab tu lah sekarang
farah masak ikut buku sebagai panduan hehe. Tak payah pening-pening fikir menu
nak masak apa. Pilih je yang mana ada.
Kali ni farah nak kongsi resepi ayam masak kicap. Resepi ni
tak sama dengan yang farah selalu masak. Lain tak bermaksud tak elok. Cuma lain
lah. Farah dulu main masak je. Bukan betul pun.
Tak tahu nak masak apa hari ni? Jom cuba resepi ayam masak
kicap ni.
Ayam Masak Kicap
Resepi asal |
Bahan-bahan A:
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji tomato (dipotong 4)
1 pokok daun bawang
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Bahan-bahan B: Dihiris
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang di hiris sehingga wangi.
Masukkan ayam dan goreng sekadar masak.
Masukkan air, kicap pekat, dan sos tomato. Biarkan hingga mendidih.
Apabila mendidih, masukkan tomato dan daun bawang.
Gaulkan dan angkat.
Sedia dihidang.
KOMEN FARAH
Resepi senang dan sedap. Biasanya bila farah masak ayam masak kicap, farah akan goreng ayam terlebih dahulu. Resepi ni tak perlu goreng ayam dahulu. Kira lebih sihat dari resepi yang farah biasa buat kot hehe.
Farah tak pernnah letak sos tomato bila buat masak kicap. Tapi rupanya sedap juga bila kita letak sos tomato dalam masak kicap. Rasa berbeza dari biasa.
Untuk tomato pula, farah lebih sukakan tomato lembik bila masak. Jadi farah masak tomato lebih lama.
Resepi ayam masak kicap ni farah rasa foolproof. Kalau korang tak pernah masak pun boleh buat.
Selamat mencuba!
lepas ni memasak,farah dah pro lah..hehe
ReplyDelete~ Kisahsidairy~
Kena selalu praktis kalau nak pro ni hehe😆
Delete