Assalamualaikum
Hari ni farah nak kongsi resepi puding kastad jagung. Puding jagung sebenarnya ada banyak versi. Ada yang guna agar-agar dan ada yang tak guna agar-agar. Farah suka puding tapi tak suka agar-agar yang rasa dia agak keras/kental/tegang dan sebagainya hehe. Jadi farah dok cari resepi puding jagung yang tak perlu guna agar-agar. Kebetulan buku resepi yang farah baru beli waktu raya yang lepas ada resepi puding jagung. Tapi puding kastad jagung namanya. Lagi sedap lah ade dua bahan kegemaran farah, kastad dan jagung hehe.
Farah beli buku Chef Norzailina Nordin. Nanti nak cuba semua resepi dalam buku ni. |
Farah buat puding ni untuk bawa masa ada jamuan di tempat kerja. Alang-alang teringin nak makan puding. Farah buat dalam bekas yang besar sebab tak ada bekas kecil untuk bawa. Tapi bila potong puding ni dia senang pecah sebab dia tak ada agar-agar. Lembut sangat pudingnya. Lagi senang kalau makan guna sudu terus. Kalau korang nak cuba buat puding ni, jangan guna bekas besar ye. Guna bekas yang kecil yang sesuai untuk seorang makan. Baru lah tak bersepah bila makan hehe.
Farah cuba buat guna acuan sebab dalam buku ada guna acuan. Tapi nak keluarkan dia susah yang amat ! Sampai guna lidi untuk tarik keluar haha. |
Farah buat dalam loyang macam ni. Korang jangan buat bekas besar tau. Buat bekas kecil baru senang nak makan. |
PUDING KASTAD JAGUNG
resepi asal: Chef NorzailinaBahan-bahan:
1 cawan tepung kastad
700ml air
370ml susu cair
3/4 cawan gula pasir
1 tin jagung manis ala krim
Cara-cara:
1. Larutkan tepung kastad dalam air. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Masukkan susu cari dan gula. Kacau dalam api kecil sehingga mendidih.
3. Masukkan jagung manis ala krim selepas kastad menjadi pekat dan kacau rata.
4. Tuangkan kedalam acuan/bekas. Biarkan sejuk.
TIPS:
Untuk yang tak pernah masak guna tepung kastad, penting untuk tau yang tepung kastad perlu dibancuh dengan air dulu sebelum dimasak. Kalau tak nanti berketul-ketul jadinya.
Susu cair dalam resepi tulis 370ml. Bila farah sukat satu tin susu tu memang 370ml. Kalau korang malas nak sukat guna je terus satu tin. tapi lebih baik sukat sebab susu dalam tin tak sama besar hehe.
Gula kalau tak suka manis kurangkan je. Farah rasa ikut resepi ni ok dah manisnya. Tak lebih tak kurang.
Nak makan simpan dalam peti kasi sejuk dulu. Baru mengancam rasa dia hihii.
Testing the cookbook (kesedapan): 5/5
SELAMAT MENCUBA !!
Babai~
salam Farah, sorry baru dapat jengah blog farah.. cantik cantik dah gambaq farah.. tengok puding tu pun sedapnyaaaaaaaaa
ReplyDeleteYeke? tenkiu kak eny! tapi banyak lagi kena belajar pasal lighting hehe.
DeletePuding ni memang sedap. Tak tipu hehe. Dua kali dah buat.