Blog Farah Sanusi

2 Jan 2018

Resepi Petola Masak Lemak Putih

Resepi Petola Masak Lemak Putih || Assalamualaikum semua. Ha, resepi pertama untuk 2018 hehe. Petola masak lemak putih. Ada ke petola masak lemak tak putih? Haha. Farah tak pernah jumpa lagi yang kuning. Kalau ada sila kongsi resepi di ruang komen ya hehe. 
Resepi Petola Masak Lemak Putih
Resepi Petola Masak Lemak Putih
Farah buat petola masak lemak putih ini waktu petola tak habis tempoh hari. Tak tahu nak masak apa, senang-senang buat masak lemak saja. Buat pun tak lah banyak sangat sebab nak habiskan petola. Cukup untuk sekali makan berdua. 

Sebelum ini farah pernah tanya hubby, dia lebih suka kan petola masak lemak atau petola masak tumis air. Hubby kata mana-mana pun tak apa, sama je. Tapi farah perasan bila hubby makan masak lemak, hubby makan lebih banyak berbanding tumis air. Waktu makan dia cakap,

“sedappp..sedappp”

Ha tudia hehe. Sedap masak lemak la kot. Sejujurnya farah pun lebih suka masak lemak. Bila makan farah suka letak kuah masak lemak banyak lepas tu tambah kicap sikit. Fuuuh, mengancam. Makan memang tak kira berapa pinggan menambah hehe. Tapi tu lah masalahnya, berselera sangat pula makan kalau sedap haha. Ada santan pula tu. Ish ish ish.  

Sekali sekala makan tu tak apa lah kan. Jangan tiap-tiap hari makan makanan bersantan. Sendiri kena beringat. 

Ok tunggu apa lagi, mengomel panjang pulak. Jom buat petola masak lemak putih!

PETOLA MASAK LEMAK PUTIH

Resepi asal: resepisedap-nennie

Bahan-bahan:
2 biji petola - potong bulat
2 paket campuran suhun/fucuk - rendam dalam air supaya lembut. farah tak letak sebab takde.
1 genggam ikan bilis - tumbuk
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
1 kotak santan 
Garam secukup rasa 
Sedikit air

Cara-cara:

1. Masukkan santan, bahan yang ditumbuk dan air kedalam periuk. Didihkan dengan api sederhana.

2. Kacau sentiasa hingga santan masak. 

3. Masukkan petola. Masak hingga petola masak. 

4. Masukkan suhun/fucuk. Kacau. 

5. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Petola Masak Lemak Putih
Resepi Petola Masak Lemak Putih


Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

1 Jan 2018

Tahun 2018, Masa Untuk Mulakan Hidup Baru

Tahun 2018, Masa Untuk Mulakan Hidup Baru || Alhamdulillah. Di izinkan Allah untuk menempuh 2017 dengan baik. Hari dah pun masuk 2018. Bangun pagi hari ini rasa lain tak? Ada aura tahun baru tak? Hehe. 
Tahun 2018, Masa Untuk Mulakan Hidup Baru
Tahun 2018, Masa Untuk Mulakan Hidup Baru

Rasanya tahun ini kalau buka facebook, twitter, instagram, youtube dan media social mesti penuh dengan ucapan selamat tahun baru dan azam tahun baru. 

Azam tahun baru? Hmmm. Rasa nya kena belek semua azam tahun 2017 ini hehe. Jap. Jap. 
Tahun 2017 farah tak update entri azam tahun baru pun haha. 2016 je ade. Takpe kita tengok apa azam tahun 2016 farah. Ada buat ke tak.

AZAM 2016
•solat sunat taubat, tahajud, hajat, witir dan dhuha setiap hari•bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari•baca al-Quran sekurang-kurangnya 2 helai sehari•membesarkan perniagaan•kebebasan kewangan•belajar lebih banyak resepi masakan•sambung belajar dalam masa 5 tahun•nak kurus ofkos keke•update blog tiap-tiap hari (mampukah?)•buat tabung sedekah subuh dan tabung warna

Hokay, kena undur balik masa. Haha. Banyak betul yang tak terbuat. Bisnes pun dah berhenti dah. 

Azam farah sentiasa farah bawa ke hadapan. Maksudnya bila tak tercapai lagi untuk tahun tu, tahun seterusnya cuba lagi. Bukannya kalau tak capai tu farah give up je. 
Contohnya tabung. Farah tak buat tabung subuh dan tabung warna. Tapi tahun 2017 ini cara simpanan farah lebih baik dari sebelum ini. 

1. Tabung umrah dan haji

2. Tabung travel

3. Tabung balik kampung

4. Tabung rumah

5. Tabung haji medina

6. Tabung insuran kereta

7. Tabung lain

Jenis-jenis tabung ini bergantung pada individu masing-masing lah. Simpanan berapa pun terpulang ikut kemampuan. Ada orang buat simpanan kat rumah, letak dalam bekas berasingan. Farah tak berapa faham cara simpan dalam bekas. Maksudnya kena keluarkan duit dari bank untuk simpan dalam bekas? Kalau farah buat macam tu rasanya lagi tinggi kebarangkalian untuk guna duit tu sebab ada depan mata (dasar tak tahan nafsu haha).

Tapi bagi yang rasa cara simpan dalam bekas lebih baik, teruskan. Tak ada betul salah cara buat tabung. Ikut masing-masing. Farah memang tak suka pegang duit kat tangan sebab senang nak guna tanpa sedar hehe. 

Tahun ini farah ada plan baru yang dah lama farah impikan. Tak dapat nak cerita dan kongsi lagi dengan orang. Harap-harap akan istiqamah dan berjaya dengan plan baru farah ini hehe. Rasanya tak mudah nak jalankan dengan berbadan dua dan akan bercuti tiga bulan. Tapi kita cuba yang terbaik. 

Selamat Datang 2018!

Baca Selanjutnya »

31 Dec 2017

Resepi Telur Masak Kurma

Resepi Telur Masak Kurma || Masakan kurma bukan lah masakan yang selalu farah masak. Sebab farah lebih gemarkan makan nasi dengan kuah banjir. Jadi farah lebih sukakan kuah yang tak berapa pekat. Tapi kali ini hubby kata boleh lah cuba biat telur masak kurma. Hubby pun bukan suka sangat masak kurma, tapi sekali sekala boleh aje nak makan. 
Resepi Telur Masak Kurma
Resepi Telur Masak Kurma
Mula-mula tanya hubby nak telur masak kurma ke ayam masak kurma. Hubby pilih telur sebab katanya banyak sangat telur kat rumah haha. Memang banyak pun yang ada. Kami duduk berdua je, tapi beli telur satu papan. Kalau lambat pakai takut telur rosak pula kan. 

Farah buat telur kurma ini rebus kemudian goreng. Farah tak pasti orang lain goreng ke tak. Kalau tengok di kedai, jarang-jarang farah jumpa telur masak kurma di goreng. Biasanya cuma rebus biasa. Hubby minta goreng dulu, jadi farah goreng lah hehe. 

Jom buat telur masak kurma!

TELUR MASAK KURMA
resepi asal: mamawandiha

Bahan-bahan:
3 biji telur - rebus, kupas dan goreng sebentar
1 biji ubi kentang - potong kecil supaya senang masak
5 biji bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
3 sudu besar rempah kurma - campurkan dengan air untuk dijadikan pes
2 cawan santan
1 keping asam keping
Garam & gula secukup rasa 
Minyak untuk menumis
1 cili merah untuk hiasan

Bahan-bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
2 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. 

2. Tumis bahan tumis sebentar, masukkan bahan yang ditumbuk. Tumis sebentar hingga naik bau. 

3. Masukkan pes kurma. Kacau rata dengan api kecil. Tumis hingga naik minyak. 

4. Masukkan santan, ubi kentang, garam dan gula. Masak sehingga ibu kentang lembut. Kacau selalu supaya santan tidak membuak-buak. 

5. Masukkan asam keping dan telur yang telah digoreng. Masak sebentar. 

6. Hias dengan cili merah. 

Siap!
Resepi Telur Masak Kurma
Resepi Telur Masak Kurma
Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

30 Dec 2017

Resepi Sambal Kicap

Resepi Sambal Kicap || Sebelum ini farah ada kongsikan resepi bihun goreng singapore. Tapi hari ini nak kongsi pula resepi sambal kicap untuk dimakan dengan bihun goreng singapore. 
Resepi Sambal Kicap
Resepi Sambal Kicap
Sambal kicap ini ada orang buat kisar, dan ada orang tumbuk sahaja bahan-bahan. Terpulang yang mana suka. Tapi resepi kali ini farah kongsi versi kisar sahaja. 

Jom buat sambal kicap!

SAMBAL KICAP


Bahan-bahan:
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih - bakar terlebih dahulu
1 sudu gula pasir
Garam
Kicap manis
Sedikit perahan limau nipis

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan dan kisar. 

Siap!

Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

29 Dec 2017

Resepi Bihun Goreng Singapore

Resepi Bihun Goreng Singapore || Waktu belajar di USM Kelantan dulu, ada salah sorang kawan farah dan hubby tinggal berdekatan universiti kami. Bila hari raya dia akan ajak ke rumah untuk jamuan rumah terbuka. Pernah sekali tu mak dia buat bihun goreng singapore. 
Resepi Bihun Goreng Singapore
Resepi Bihun Goreng Singapore
Dalam memori farah, farah tak berapa ingat sangat rasa bihun goreng kat rumah dia. Tapi hubby selalu sebut. Katanya sambal kicap yang mak kawan kami buat tu sedap. Jadi bihun goreng singapore tu pun rasa sedap. Dan bihun goreng singapore tu lah paling sedap hubby pernah makan haha. 

Ini yang susah nak lawan ini. Hubby dah ada rasa bihun goreng dalam kepala dia yang dia nak. Mana lah kita dapat buat sama kan? Mustahil lah. 

Farah redho je sebenarnya kalau tak sesedap bihun dalam memori hubby haha. Asalkan bihun kita goreng tu boleh makan sudah. Kalau tak suka sangat masak sendiri haha. Jahat tak?

Jom buat bihun goreng singapore!

BIHUN GORENG SINGAPORE

Resepi asal: rasarempah

Bahan-bahan:
1 bungkus bihun - farah guna separuh je. Rendam dalam air biasa sekurangnya 30 minit
kemudian toskan.
10 ekor udang saiz sederhana - cuci dan basuh
Sedikit kubis - potong kecil
1 biji lobak merah saiz kecil - potong panjang dan nipis
1 labu bawang besar- kisar
3 ulas bawang putih - kisar
½ inci halia - kisar
1 sudu besar udang kering - kisar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Garam secukupnya

Cara-cara:
1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar hingga naik bau. 

2. Masukkan udang. Kacau dan masak sehingga udang hampir masak.

3. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam. Kacau sebati.

4. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau. 

5. Masukkan bihun. Kacau sehingga semua rata dan bihun lembut dan masak. 

6. Perasa kan dengan garam.

Siap!
Resepi Bihun Goreng Singapore
Resepi Bihun Goreng Singapore


Bihun goreng singapore biasanya makan dengan sambal kicap pedas. Hubby bila makan bihun goreng singapore memang dia akan minta sambal kicap pedas sekali. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

28 Dec 2017

Resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah || Hujung minggu yang lepas farah tanya hubby nak makan apa untuk hujung minggu. Paksa dia buat senarai makan pagi, tengahari dan malam siap-siap untuk jumaat sabtu haha. Senang kerja ai tak payah fikir. Salah satu tu hubby kata nak mee goreng basah. 
Resepi Mee Goreng Basah
Resepi Mee Goreng Basah
Rasanya sebelum ini farah tak pernah buat mee goreng basah yang betul-betul. Mee goreng ada lah kot. 

Resepi ini farah dapat dari blog resepicheff. Boleh tahan juga sedap resepi ini haha. Memang kena simpan resepi ini sebab lain kali tak payah nak cari dah resepi lain. Farah tak suka sangat cuba banyak resepi sebab takut tak sedap. Buat penat je masak haha. 

Jom buat mee goreng basah!


MEE GORENG BASAH


Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - farah guna separuh je. 
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili api - tumbuk
5 ekor udang - cuci
1 paket fishball - kerat 4
1 ikat sawi - kerat panjang
1 biji tomato - belah 6
1 sudu cili kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
5 sudu kicap
1 cawan air
Garam 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis cili kisar, bawang putih dan cili api sehingga garing dan naik bau. 

2. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau sebati. Masak hingga sedikit menggelegak. 

3. Masukkan air. Tunggu menggelegak, kemudian masukkan udang, fishball dan sawi. 

4. Bila udang masak, masukkan tomato dan mee. Kacau sebati. Masukkan garam jika perlu. 

5. Bila dah masak, boleh tutup api. 

Siap!
Resepi Mee Goreng Basah
Resepi Mee Goreng Basah


Udang tu farah guna udang besar. Hubby tak makan udang, jadi untuk farah sorang je hehe. Cili kisar sebenarnya guna lebih banyak dalam resepi asal, farah letak sikit sebab medina nak makan sekali. Cili api dalam resepi asal guna 10 biji haha. Tak tergamak farah nak letak 10 biji. Cukup lah sikit-sikit. 

Waktu makan mee ini menyesal masak separuh bungkus hehe. Tak cukup rupanya. Patut masak lebih sikit. 

Selamat  mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

27 Dec 2017

Resepi Petola Tumis Air

PETOLA TUMIS AIR

Resepi Petola Tumis Air
Resepi Petola Tumis Air
Bahan-bahan:
3 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang petola  - potong bulat
1 plastik kecil soun - rendam dengan air terlebih dahulu
1 batang cili merah - hiris
Sedikit lada hitam - tumbuk
Garam
Air secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan lada hitam. Kacau sekejap. Masukkan air. 

3. Selepas air mendidih, masukkan petola. Masak sehingga petola lembut. Kemudian masukkan soun dan cili merah. 

4. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Petola Tumis Air
Resepi Petola Tumis Air


Selamat Mencuba!

Baca sini:
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign