Blog Farah Sanusi

22 May 2016

MAJLIS AKAD DAN PERKAHWINAN NADIA & ANAS (29.04.2016 - 30.04.2016)

Assalamualaikum




Kemain lama tak update blog. Azam tahun baru nak update tiap-tiap hari memang kelaut lah hahaha. Sebenarnya mula hujung bulan satu haritu bos farah cuti. Jadi kerja busy sikit sampai kena bawak balik kerja ke rumah. Maka dengan rasminya tak bukak langsung blog hehe.

Walaupon tak sempat update blog, farah masih lagi ambil gambar bila masak. Nanti baru nak post.
Dah berkulat abih gambo-gambo masakan nih.



Okay lah. Berbalik ke tajuk kali ni. Haritu akhirnya balik kampung setelah sekian lama tak keluar pulaucheer2 onion head hehe. Balik sebabnye adik nak kahwin. Mula-mula tu macam tak caya jugak bila Nadia kata nak kahwin. Yela kan, rase macam adik kena rampas kahkahkah. Dalam hati ni dok berbelah bagi (macam lah anak aku nak kawen hehe). haa..ni yang orang panggil sister complex kot keke. Bukan sebab ape sebenarnya, Nadia tu kecik tuit orangnye, rase cam budak-budak lak. Tapi bila pikir-pikir Naya ni sama tua ngan hubby, baru bapat terima. Mengada tak?hahaha.

Farah ni memang pelik-pelik sikit. Dulu masa abang sulung kahwin, tahun tu abang beraya belah kakak ipar. Pastu tak leh terima sebab rasa abang kena rampas hahaha. Padahal abang susun elok-elok ikut giliran. Kak Azy sori nabeg onion head, dulu ai tak matured. Loni matured doh hehe.

Balik rumah dengan harapan dapat amek gambar banyak-banyak. Malangnye malam akad je dapat ambil. Hari kenduri tu kena jaga Medina, orang lain pun sibuk. jadi tak de gambar langsung. Ade lah save gambar yang orang lain upload kat whatsapp/fb. Mintak halal yee.

Lame dah rasenye takde kenduri kat rumah. Last skali kenduri kami lah 3 tahun lepas. Yang bestnye sebab dapat jumpa semua adik beradik. Yelah bila semua dah besar, dah kerja, jumpa pon bila raya je. Bukan senang nak balik kampung sekaligus.


Kawan nadia ni sorang2 kita tau nama ha3. Rasanya kawan orang lain sorang dua je kita tau nama takpon tak tau langsung.
Seronok tengok gelagat si Wisya ni. Tengah moody sebab demam tapi posing gambar still menjadi.
Ayat glamour wisya kali ni,

"tokseyyyy"



"Buat gini wisya"

"Gini la mama, baba"
Pengantin dok bersiap nak akad, Kita pi join sekaki lah. Suruh posing tapi cameraman tak tau nak kasi arahan hahaha. Terkeluar lah segala pose-pose kaku. 
Lagi satu Nadia ni gerak tak henti, habis gambo blur... Kamera kita murah je  + cameraman amateur hehe.  


bukan senang nak posing ni wehhh. orang dok pewit2 kat tepi hahaha

Sori sis. Gamba lawa tunggu abe li bui

gorgeous every single time

Al-Fateh merenung masa depan



Abah tengah bersiap sedia

Muka bridesmaid syahdu blako 

Duk dak duk dak




Aku nikahkan dikau..

thumbs up gitu hehe



Fokus gambar atas ni bukan pengantin tapi umi. Tengok umi dah 50-an pon maintain cun gorgeous stunning berseri. Tu pasal orang muda pon jeles kekekeevil smile onion head.

Nampaknye hubby lah yang paling hepi lepas selamat akad nikah hehe. Hepi dapat adik ipar baru kot




No 1

No 2

No 3

No 4

No 5. oh mai. ai kelihatan extra large disitu

No 1 + No 7


Lawa-lawa blako nih

Forever young aunties

Gen77 mai sokmo bekwoh. Makaseh sudi mai

Tak cukup semua yang ade tapi takpe. Makaseh untuk semua sedara mara yang sudi balik bantu majlis

Oh ai suka gambar candid yang nampak hepi hehe






Dear Nadia & Anas,

Tahniah untuk adinda berdua. Cewah ayat skema tak tahan hahaha embarrassed3 onion head. Sama segak sama padan. Semoga berbahagia hingga ke syurga.



Salam sayang,

crazy monkey 011
Baca Selanjutnya »

4 Jan 2016

MINI FRENCH MACARON

Assalamualaikum



Hujung minggu haritu teringin nak buat french macaron. Bila google tengok resepi, bahan yang guna tak lah banyak sangat. Cuma ramai orang kata leceh nak buat macaron ni. Sebab lepas pipe kena biar macaron ni kering sekurang-kurangnya 30 minit. Bab ni orang tak sabar. Tapi sebenarnya step ni penting. Sebab bila kita bagi dia rehat, baru lah macaron ni tumbuh kaki-kaki dia. French macaron ni agak manis. Tapi resepi ni manis dia sedang-sedang untuk farah. Hubby cakap sedap maknanya ok lah keke.



Farah ikut resepi ni dan masak dalm 3 batch sebab oven farah kecik je. Batch 1 habis hanguscrying3 onion head. masa tu oven set 150c dalam masa 15 minit. Jadi batch 2 farah buat 140c 15 minit. Masih lagi ada sedikit hangus. Batch 3 farah buat 140c 10 minit. Haaa, baru lah cantik macaronnye. Jadi bila buat tu suhu kena ikut oven masing-masing ya. 

Step mula-mula lukis bulat-bulat atas baking paper. Resepi cakap jarakkan 3 cm tapi ai degil embarrassed3 onion headhaha. farah lukis dekat-dekat sebab nak jimat ruang. Bila pipe terlebih (farah beginner bab piping ni), habis melekat antara satu sama lain. Jadi kalau uolls jenis degil macam farah, pipe jangan kasi penuh bulat tu sebab nanti dia melebar sikit. Untuk lebih selamat, jarakkan antara bulatan.



MINI FRENCH MACARON
OLEH: FARAH SANUSI
RESEPI ASAL: AZLITA

BAHAN-BAHAN
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

CARA-CARA

1. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas baking paper. Jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray. Ketepikan.

lukis bulat-bulat saiz 20 sen

2. Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan.

3.  Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang dengan menggunakan mixer dan berkelajuan max.

4. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus putar sehingga adunan  kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh.

5. Masukkan 1/4 daripada campuran serbuk almond dan gula icing tadi ke dalam putih telur.

6. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula.

7. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sikit-sikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.

8.  Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.(Farah buat satu color je)

9.  Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg (ziplock bag pon boleh)

10. Picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas baking paper tadi.

pipe kan satu-satu

pipe jangan penuh bulatan supaya tak melimpah

11. Hentak tray atas meja supaya gelembung udara boleh keluar. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons berlubang bila dibakar.

untuk cucuk-cucuk gelembung udara

12. Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

kalau dekat sangat dia lekat-lekat gini

13. Panaskan oven 150C (farah gunakan 140C). Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

14. Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 - 20 minit. (farah bakar 10 minit)

tengah masak

15. Setelah masak, letakkan macrons bersama baking paper atas rack dan biarkan ia sejuk.

letak atas cooling rack sekali ngan baking paper

first batch abes hangus
nampak sangat hangus
akhirnye batch ke-3 menjadi





kuit miut je macaron ni

SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign