Blog Farah Sanusi

28 Dec 2017

Resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah || Hujung minggu yang lepas farah tanya hubby nak makan apa untuk hujung minggu. Paksa dia buat senarai makan pagi, tengahari dan malam siap-siap untuk jumaat sabtu haha. Senang kerja ai tak payah fikir. Salah satu tu hubby kata nak mee goreng basah. 
Resepi Mee Goreng Basah
Resepi Mee Goreng Basah
Rasanya sebelum ini farah tak pernah buat mee goreng basah yang betul-betul. Mee goreng ada lah kot. 

Resepi ini farah dapat dari blog resepicheff. Boleh tahan juga sedap resepi ini haha. Memang kena simpan resepi ini sebab lain kali tak payah nak cari dah resepi lain. Farah tak suka sangat cuba banyak resepi sebab takut tak sedap. Buat penat je masak haha. 

Jom buat mee goreng basah!


MEE GORENG BASAH


Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - farah guna separuh je. 
3 ulas bawang putih - tumbuk
5 biji cili api - tumbuk
5 ekor udang - cuci
1 paket fishball - kerat 4
1 ikat sawi - kerat panjang
1 biji tomato - belah 6
1 sudu cili kisar
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
5 sudu kicap
1 cawan air
Garam 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis cili kisar, bawang putih dan cili api sehingga garing dan naik bau. 

2. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau sebati. Masak hingga sedikit menggelegak. 

3. Masukkan air. Tunggu menggelegak, kemudian masukkan udang, fishball dan sawi. 

4. Bila udang masak, masukkan tomato dan mee. Kacau sebati. Masukkan garam jika perlu. 

5. Bila dah masak, boleh tutup api. 

Siap!
Resepi Mee Goreng Basah
Resepi Mee Goreng Basah


Udang tu farah guna udang besar. Hubby tak makan udang, jadi untuk farah sorang je hehe. Cili kisar sebenarnya guna lebih banyak dalam resepi asal, farah letak sikit sebab medina nak makan sekali. Cili api dalam resepi asal guna 10 biji haha. Tak tergamak farah nak letak 10 biji. Cukup lah sikit-sikit. 

Waktu makan mee ini menyesal masak separuh bungkus hehe. Tak cukup rupanya. Patut masak lebih sikit. 

Selamat  mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

27 Dec 2017

Resepi Petola Tumis Air

PETOLA TUMIS AIR

Resepi Petola Tumis Air
Resepi Petola Tumis Air
Bahan-bahan:
3 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang petola  - potong bulat
1 plastik kecil soun - rendam dengan air terlebih dahulu
1 batang cili merah - hiris
Sedikit lada hitam - tumbuk
Garam
Air secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan lada hitam. Kacau sekejap. Masukkan air. 

3. Selepas air mendidih, masukkan petola. Masak sehingga petola lembut. Kemudian masukkan soun dan cili merah. 

4. Masukkan garam secukupnya. 

Siap!
Resepi Petola Tumis Air
Resepi Petola Tumis Air


Selamat Mencuba!

Baca sini:
Baca Selanjutnya »

26 Dec 2017

Resepi Ayam Goreng Berempah

Resepi Ayam Goreng Berempah || Bukan senang sebenarnya nak buat ayam goreng berempah. Ini kalu kedua farah buat. Sebelum ini guna resepi lain, tapi tak simpan pula resepi yang dulu tu. Jadi kali ini terpaksa cari resepi baru. 
Resepi Ayam Goreng Berempah
Resepi Ayam Goreng Berempah
Resepi kali ini farah dapat dari my-resepi. Kalau tengok gambar di resepi asal, nampak sedap ayam berempahnya hehe. Sebab tu lah farah cuba resepi ini. 

Hari tu hubby yang minta farah buatkan ayam goreng berempah. Farah sebenarnya tak gemar sangat ayam goreng. Sebab kering. Hehe. Nanti kena buat lauk lain pula untuk kuah. Leceh la. Tapi sekali sekala tak apa lah kan. 

Jom buat ayam goreng berempah!


AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil mengikut saiz yang kita nak
*5 ulas bawang putih
*2 biji bawang besar
*1 inci kunyit hidup
*1 inci halia
*5 batang serai
*1 sudu besar ketumbar
*1 sudu besar jintan manis
*1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar serbuk kari 
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari
Garam 

Cara-cara:

1. Kisar bahan-bahan bertanda *.

2. Campurkan bahan kisar tadi bersama serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, daun kari dan tepung jagung.

3. Lumurkan dengan ayam yang telah dipotong. Perapkan sekurang-kurangnya 30 minit. Lebih lama lebih sedap. 

4. Goreng di dalam minyak seperti biasa. 

Siap!
Resepi Ayam Goreng Berempah
Resepi Ayam Goreng Berempah
Tips kisar serai. Potong serai pendek-pendek dulu baru lah kisar bersama bahan lain. Kalau tak potong nanti serai tak berapa lumat. 

Ayam goreng farah hangit sikit. Lain kali jangan tinggal dapur masak goreng ayam haha. 

Selamat mencuba!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

25 Dec 2017

Resepi Daging Masak Kicap

Resepi Daging Masak Kicap || Pada asalnya farah nak masak daging masak kicap berkuah macam umi selalu masak. Tapi waktu nak masak tu tiba-tiba teringat daging masak kicap bila beli nasi bungkus pagi. 
Resepi Daging Masak Kicap
Resepi Daging Masak Kicap
Lepas tu farah pun cari lah resepi daging masak kicap yang tak banyak kuah. Jumpa lah resepi dari aziekitchen ni. Ha, resepi ni sebijik dengan yang farah cari hehe. Tapi farah derhaka sikit. Resepi asal ada guna cuka. Farah tak guna cuka. Tapi rasanya farah rasa cukup sedap dah. 

Jom masak daging masak kicap!

DAGING MASAK KICAP


Bahan-bahan:
100gram daging  - perap dengan garam dan kunyit
1 biji bawang holland  - hiris bulat. farah tak ada bawang holland jadi farah guna bawang merah je.
1 biji cili merah  - hiris serong
Kicap manis
Garam

Cara-cara:

1. Rebus daging dalam air. Air tak perlu banyak, hanya perlu cukup untuk daging masak. Rebus hingga daging empuk dan air kering.

2. Masukkan minyak masak. Goreng daging hingga sedikit perang. 

3. Masukkan kicap. Kacau rata.

4. Masukkan bawang holland dan cili merah. Kacau. 

5. Perasakan dengan garam. 

Siap!

Resepi Daging Masak Kicap
Resepi Daging Masak Kicap

Selamat mencuba!

Baca sini:
Baca Selanjutnya »

24 Dec 2017

Petua Hilangkan Batuk

Petua Hilangkan Batuk || Beberapa minggu ini farah tengok ramai yang batuk. Dari yang tua hingga yang muda malahan bayi pun ada menghidap batuk. 
Petua Hilangkan Batuk
Petua Hilangkan Batuk
Dua hari ini pula hubby dan farah mula gatal tekak. Kami dah mula bimbang. Takut-takut batuk teruk dan jangkit kepada medina pula. Hubby kalau sakit biasanya bukan sejenis. Mesti nak pakej. Kalau demam ada selsema lah, batuk lah hehe. 

Jadi farah bimbang juga kalau hubby demam sebab batuk dan sakit tekak. Memang sekarang ada makan ubat juga, tapi bagi farah apa salahnya kita cuba juga petua tradisional untuk merawat batuk. Tambah-tambah lagi tengah berbadan dua ini, tak elok makan ubat batuk. Nak makan ubat batuk pun kena pilih jenis mana yang boleh makan.   

PETUA HILANGKAN BATUK

1. Madu

Rasanya semua orang tahu kot madu baik untuk batuk. Boleh makan macam tu je atau kalau kurang gemar madu macam farah ini, buat air panas segelas, campur dengan lemon atau limau nipis. Tips untuk madu. Jangan guna sudu besi ya. Guna sudu plastik atau kayu sahaja. Sudu besi boleh menghilangkan khasiat yang ada pada madu. 

2. Halia

Ini salah satu cara kegemaran farah. Ambil satu inci halia. Buang kulit dan hiris nipis. Campur dengan segelas air panas. Biarkan dalam 10 minit. Kemudian minum air tadi. Buat dua kali sehari. Farah suka campur dengan madu atau limau nipis atau lemon. 

3. Kunyit

Ini petua yang farah baru tahu. Tak pernah pula cuba. Tapi kunyit memang kita tahu banyak khasiatnya. Apa salahnya cuba kan? Rebus segelas air, masukkan satu sudu kecil kunyit rebus sekejap. Bila air dah suam boleh diminum. 

4. Limau nipis dan Kicap

Yang ini memang kali pertama dengar. Ini petua orang dahulu lagi. Campur satu sudu kicap dengan perahan limau nipis. Selepas minum kicap campur limau ini, minum pula air panas. Buat dua kali sehari. 

5. Minum banyak air

Bila badan sihat tanpa penyakit sekalipun kita memang digalakkan minum banyak air. Kalau tak sihat mestilah kena minum banyak air juga kan? Minum air boleh membantu melembabkan tekak kita terutamanya bila banyak sangat batuk. 

6. Tidur tinggikan kepala

Posisi tidur memang penting untuk memastikan lendir atau hingus turun ke belakang.

7. Mandi air panas

Mandi air panas boleh menyegarkan badan kita disamping membuka sinus hidung dan melonggarkan kahak. 

8. Sup ayam

Sup ayam selalunya orang panggil sup antibiotik. Sebab memang bagus untuk demam, batuk dan selsema. Lagi bagus kalau guna ayam kampung berbanding ayam daging. 

9. Lada hitam

Lada hitam pun boleh dimakan bersama madu juga. Campur sedikit lada hitam dengan satu sudu madu. Bancuh dengan air panas. Biarkan sebentar dan minum. Buat dua kali sehari.

10. Buah anggur

Buah anggur katanya boleh mengeluarkan lendir di saluran paru-paru. Cara nya buat jus dan minum dua kali sehari. Tapi kalau terlebih, boleh pula menyebabkan batuk makin teruk. Jadi farah tak sarankan guna cara ini.

11. Coklat

Yang ini mesti ramai yang suka hehe. Coklat dikatakan mengandungi theobromine yang memberi tekanan kepada saraf vagus. Saraf vagus ini lah yang menghasilkan reaksi batuk. 

12. Bawang putih campur madu

Ini tips yang farah jumpa di siraplimau. Cincang halus 3-4 biji bawang putih. Campur dengan 1 cawan madu. Tutup dan simpan selama 3 jam. Selepas 3 jam boleh makan 1 sudu teh dan diulang setiap sejam. Menarik kan? 

Farah kebanyakannya minum air suam dengan madu dan halia. Hubby pula memang farah bagi air madu paling kurang dua kali sehari. Pagi sebelum kerja dan petang waktu makan malam. 
Petua Hilangkan Batuk
Petua Hilangkan Batuk
Ada juga orang kata bagus minum madu pagi-pagi waktu perut kosong. Farah selalu lupa nak minum bila bangun tidur sebab kalut nak masak hehe. 

Sila lah cuba. Semoga dapat membantu.


Baca sini:
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Baca Selanjutnya »

23 Dec 2017

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api || Hari tu teringin nak makan udang. Tapi tak berapa larat nak masak. Teringat pula masak lemak cili api. Nak masak tak lah leceh mana. Jadi farah buat udang masak lemak cili api. 
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api
Nak masak udang selalu kena fikir dulu. Sebab hubby tak suka udang. Jadi bila nak masak masak udang, farah kena masak lauk lain juga untuk hubby. Kalau tak, tak makan lah dia hehe. 

Kebetulan hari tu hubby ada mesyuarat, jadi dia kata tak perlu masak untuk dia. Ha, lega lah sikit. Tak perlu letih nak masak banyak-banyak lauk kan? Kita pun bukan larat sangat lepas balik kerja hihi. 

Jom masak udang masak lemak cili api!


UDANG MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan:
500 gram udang
½ inci halia - kisar
1 inci kunyit hidup - kisar
3 biji bawang merah - kisar
2 biji bawang putih - kisar
5 cili api - kisar
2 batang serai - ketuk
Santan - farah agak-agak
Garam secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau hingga naik bau dan sedikit garing. 

2. Masukkan santan. Kacau. Masak hingga mendidih.

3. Masukkan udang.

4. Masukkan garam secukupnya. Masak hingga udang masak. 

Siap!
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api

Selamat mencuba!!

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

22 Dec 2017

Keyboard Bluetooth Logitech Memudahkan Kerja




Keyboard Bluetooth Logitech Memudahkan Kerja || Tak tahu dah berapa lama farah fikir nak beli keyboard bluetooth. Nak beli asyik tak jadi je. Sebabnya farah dah ada laptop. Buat kerja pun kebanyakannya memang guna laptop. Bila fikir nak beli keyboard bluetooth untuk handphone dan tablet ini rasa macam tak perlu. 
Keyboard Bluetooth Logitech Memudahkan Kerja
Keyboard Bluetooth Logitech Memudahkan Kerja
Tapi sejak akhir-akhir ini farah rasa macam tak berapa guna laptop bila ke tempat kerja. Guna handphone dengan tablet je. Nak menaip sikit-sikit pun guna handphone. Mula lah rasa nak ada keyboard bluetooth semula hehe. 

Lepas dua tiga hari survey kat Lazada, farah beli juga keyboard jenama Logitech. 

Baca review memang kebanyakannya baik. Review pun ada banyak. Hubby kata jenama logitech ini ok jugak la. Bukan jenama yang tak elok. 

Lepas seminggu dapat keyboard, terus cuba taip dekat handphone dan tablet. Memang best keyboard ini. 

APA YANG FARAH SUKA DENGAN KEYBOARD BLUETOOTH LOGITECH K380


1. Rekaan luaran nampak kemas

2. Rasa sedap untuk menaip

3. Senang untuk digunakan

4. Harga tak mahal sangat

5. Senang untuk dibawa, tak berat

Keyboard Bluetooth Logitech Memudahkan Kerja
Ada juga keyboard yang farah tengok lebih kecil saiznya, dan boleh dilipat. Tapi farah tak berkenan. Kebanyakan tak ada jenama. Tak tahu tahan berapa lama. 

Keyboard Logitech ini tak boleh lipat. Jadi saiz agak besar. Tapi tak ada masalah bagi farah. Masih muat dalam handbag hehe. Terpulang pada masing-masing. Kalau suka yang lebih kecil, boleh beli yang saiz kecil atau boleh lipat. 
Farah beli keyboard ini dengan harga RM83.96. Bagi farah berbaloi-baloi dah dengan tahap kepuasan dia hehe. Satu je farah tak puas hati. Farah order biru, tapi dapat hitam. Kotak dia tick biru dah. Tengok-tengok kaler hitam. Nasib baik cantik. Kalau huduh memang nak contact semula seller hehe. Sebab cantik jadi farah terima je lah. 

Bluetooth keyboard ini boleh sambung dengan android, ios. Farah guna untuk Huawei Mediapad T3 dan iphone SE. Dua-dua pun lancar kerja menaip. 

Korang guna keyboard bluetooth tak? Cuba kongsi sikit feedback keyboard korang. 

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign