Blog Farah Sanusi

25 Nov 2017

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur || Benda paling farah tak suka sekali, kepala gatal-gatal sebab kelemumur. Kadang-kadang stress tengok bahu ada putih-putih. Ada juga waktu kelemumur banyak sangat sampai atas bantal pun ada putih-putih. 

Sebenarnya dah macam macam syampoo farah cuba. Pi watson, Guardian cuba itu ini. Kadang-kadang beli satu set penjagaan rambut untuk kulit kepala berkelumumur. Tapi hasilnya sama juga. 
Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur 

2 minggu lepas terjumpa lah Magic Jelly Lovera ini. Farah ada terbaca yang dia berkesan untuk kelemumur. Mula-mula tu tak percaya juga lah. Yelah kan. Dah penat cuba produk sana sini. Tapi hati terbuka juga nak cuba hehe. 

Farah guna sekali sehari je untuk 2 minggu ini. Waktu malam sebelum tidur. Farah sapu kat kepala, bagi kena kulit kepala sekali. Baru 2, 3 hari ini farah perasan, kepala tak gatal. Belek-belek depan cermin, kelemumur pun segan silu nak muncul haha. 

APA DIA MAGIC JELLY INI?

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur 

Magic jelly ini diperbuat daripada Aloe Vera, Jicama (sengkuang), Chamomile dan Cucumber. Ha, dengar nama pun dah tahu semua bahan-bahan tu bagus untuk kulit kan? Aloe Vera pun memang digunakan beribu tahun sejak zaman cloepatra. Sebut cleopatra semua orang tahu untuk kecantikan kan?

Magic Jelly ini bebas paraben dan merkuri. Jadi tak perlu risau untuk guna. 

Satu beg mesti ada satu Magic Jelly Lovera. Sebab apa? Kalau ada tengah jalan-jalan dengan keluarga, tiba-tiba ada orang terluka ke, kena air panas ke, boleh terus sapu Magic Jelly


KEBAIKAN MAGIC JELLY UNTUK KULIT

  • Merawat jerawat denga  berkesan
  • Menghilangkan kulit kusam
  • Memudarkan parut lama dan baru
  • Memudarkan dark spot
  • Melegakan ekzema
  • Merawat sunburn
  • Mengecilkan pori
  • Membantu melegakan alahan dan kulit sensitif
  • Anti-penuaan
  • Memulih dan merawat kulit dari dalam
  • Kulit lebih licin dan gebu


KEBAIKAN MAGIC JELLY UNTUK RAMBUT

  • Membantu mengurangkan kelemumur
  • Melicinkan rambut kusut
  • Boleh digunakan sebagai serum rambut
  • Membantu pertumbuhan rambut


KEBAIKAN MAGIC JELLY UNTUK LAIN-LAIN

  • Untuk kesan terbakar dan luka
  • Bibir pecah dan kering


MAGIC JELLY JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI

  • Skin moisturiser
  • Makeup remover
  • Face serum
  • Hair serum
  • Eyelash serum (lengthening and growth)
  • Lips rescue moisturiser
  • Makeup-primer

TESTIMONI MAGIC JELLY LOVERA

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera


Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera

Magic Jelly Lovera Berkesan Untuk Mengurangkan Kelemumur
Magic Jelly Lovera


Cara order Magic Jelly korang boleh rujuk di SINI. Cara dia ada detail ditunjukkan. 

Untuk maklumat lanjut boleh jenguk-jenguk sini:

Website:

Instagram:

Facebook:

Magic Jelly:



Baca Selanjutnya »

24 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Cina

Resepi Nasi Goreng Cina || Farah masak nasi goreng cina kali ni untuk bawa bekal ke kerja. Waktu kecil dulu nasi goreng cina ni salah satu nasi goreng kegemaran farah. Bila ke kedai mesti order nasi goreng cina. Sekarang dah besar ni dah kenal banyak jenis masakan panas, tak lah selalu sangat order nasi goreng cina hehe. 
Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina
Farah memang suka letak telur hancur dalam nasi goreng. Hampir setiap kali masak nasi goreng, farah akan letak telur hancur. Hubby pun lagi suka kalau ada telur. Kecuali kalau farah masak sekali untuk medina, baru lah tak letak telur sebab medina alahan. 

Biasanya farah masak hemtam saja campak-campak. Tak pernah pula cari resepi nasi goreng cina sebab agak mudah untuk buat. Tapi kali ni saja nak tengok orang lain masak macam mana. Farah cuba resepi kak aziejaya

Resepi kak aziejaya ada gaul nasi putih dengan marjerin sebelum masak. Ha, yang ni lah yang lain. Farah belum pernah lagi gaul nasi dengan mentega bila goreng nasi goreng cina. Macam menarik kan?

Untuk lauk farah letak udang dan ayam. Udang tu lauk farah, ayam pula lauk hubby. Hubby tak suka udang. Kalau letak ketam dia makan lah ehhehe. 

Jom masak nasi goreng cina!

NASI GORENG CINA


Bahan-bahan:
Sedikit dada ayam - potong dadu
5 ekor udang - cuci dan belah belakang
2 mangkuk nasi
Seikat sawi - potong panjang
1 biji telur
2 sudu mentega
3 biji bawang merah - mayang
1 biji bawang putih - ketuk dah cincang
1 sudu besar lada sulah - tumbuk
Minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara:

1. Masukkan mentega kedalam nasi dan gaul rata. 

2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 

3. Masukkan ayam dan udang. Masak sehingga separuh masak. Masukkan lada sulah. 

4. Tarik semua bahan ke tepi, pecahkan sebiji telur. Tunggu hingga separuh masak dan kacau hingga hancur. 

5. Gaul semua bahan tadi semula. Masukkan sayur sawi. Gaul. 

6. Masukkan nasi. Gaul sehingga sekata. 

7. Masukkan garam atau perasa secukupnya. Gaul.

Siap!!
Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina
Sedap nasi goreng cina ni. Licin farah makan hehe. Cara masak pun mudah je. 

Sayur sebenarnya tak kisah lah nak guna sayur apa. Farah suka sawi, sebab tu farah letak sawi. Nak letak lobak merah pun boleh je. 

Selamat mencuba!!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

23 Nov 2017

Resepi Puding Laici

Resepi Puding Laici || Waktu makan malam pergigian hari isnin yang lepas, setiap klinik ada buat persembahan dan ada hadiah disediakan untuk persembahan. Klinik farah dapat tempat kedua untuk persembahan hehe. 
Resepi Puding Laici
Resepi Puding Laici
Waktu tu tak sangka sebenarnya dapat nombor dua. Sebab klinik kami je yang buat persembahan tayangan video. Klinik lain semua buat persembahan tarian atau nyanyian atas pentas. Alhamdulillah dapat juga nombor. Tak sia-sia tidur lewat buat video hehe. 

Kami dapat hadiah hamper. Dalam tu ada lah satu tin laici. Depa ni pun suruh farah buat puding laici guna laici tu. 

Terhasil lah puding laici kali ni. 

Puding laici ni sedap makan sejuk. Jadi korang sabar lah sekejap sementara menunggu puding sejuk dalam peti. 

Jom buat puding laici!!

PUDING LAICI

resepi asal: azlita masam manis

Bahan-bahan:
10gram agar-agar serbuk - original
5 cawan air
8 sudu besar gula 
1 tin susu cair
1 tin buah laici - kisar dengan 1 cawan air laici dalam tin. kisar kasar je, jangan sampai halus lumat.
1 tin buah laici untuk hias - air buang

Cara-cara:

1. Masakkan agar-agar serbuk dengan air sehingga mendidih.

2. Masukkan gula. Biarkan mendidih sekali lagi.

3. Selepas mendidih, tutup api. 

4. Masukkan air laici kisar tadi dan susu cair.

5. Tuangkan dalam acuan. 

6. Sejukkan sebentar. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.

7. Hias dengan buah laici yang diasingkan tadi.

Siap!
Resepi Puding Laici
Resepi Puding Laici
Puding ni sedap sebab ada laici yang di kisar dengan air laici. Bila makan memang ada rasa laici setiap kali gigit. Laici yang kita guna untuk hias kan tak banyak sangat. Jadi tak semua orang dapat rasa laici sebijik. Ha, sebab tu lah pentingnya kisar sedikit laici. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

baca sini:
Baca Selanjutnya »

22 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple || Minggu ni asyik rasa nak makan nasi goreng sebagai bekal sarapan ke kerja. Tapi tak nak lah asyik nasi goreng sama. Kalau boleh, lima hari kerja, lima hari nak nasi goreng lain-lain hehe. 

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Hubby tengah diet sekarang. Katanya dah gemuk (mengada je). Tapi bila farah tanya nak bawa bekal nasi goreng tak, mesti dia nak hehe. 

Esoknya farah tanya hubby makan habis tak bekal. Habis hubby kata. Makan lewat sikit dalam pukul 11 pagi.  Pukul sebelas tu sarapan apenya. Orang makan la pukul 8 tu. Haha. Tapi tak kisah lah. Asal makan habis. 

Nasi goreng tomyam ni farah tiba-tiba terfikir nak buat. Jarang rasanya kami makan nasi goreng tomyam di kedai. Masak kat rumah pula tak pernah lagi setakat ni. 

Resepi yang farah buat ni tak lah mewah sangat. Sayur pun farah cuma letak baby corn dengan kubis bunga je. Tengok warna nasi macam tak ada warna sangat hehe. Tapi yang penting rasa tomyam tu tetap ada. 

Jom buat nasi goreng tomyam!

NASI GORENG TOMYAM


Bahan-bahan:
2 biji bawang merah - potong nipis/mayang
1 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 biji telur
5 ekor udang
sedikit dada ayam - potong dadu
1 batang serai - farah tak letak
2 helai daun limau purut - farah tak letak
2 batang baby corn - potong serong nipis
sedikit kubis bunga
2 mangkuk nasi
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes tomyam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Goreng telur dan jadikan telur hancur. Ketepikan.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau. 

3. Masukkan serai, sos tiram, pes tomyam dan kacau. 

4. Masukkan ayam dan udang. Kacau. Tambah sedikit air supaya tak kering sangat. 

5. Kacau hingga udang dan ayam masak. Masukkan sayur. Kacau sebentar. Kemudian masukkan telur hancur tadi.

6. Masukkan nasi. Kacau sebati.

7. Akhir sekali masukkan garam/perasa dan daun limau purut. Kacau. 

Siap!

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Biasanya nasi goreng tomyam akan letak daun limau purut dan serai. Farah tak letak sebab takde. Rasa kurang umph sikit tapi masih ada rasa tom yam. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

baca sini:
Baca Selanjutnya »

20 Nov 2017

Resepi Kek Pandan Bakar

Resepi Kek Pandan Bakar || Seperti yang farah selalu cakap, farah tak suka kek bakar hehe. Bukan tak suka rasa dia. Cuma tak suka sebab tak pandai bakar kek. 

Dari kecil lagi bila buat kek bakar je tak jadi.  Bantat. Hangus. Tak masak kat tengah. You name it. Semua benda pernah jadi hehe. 

Tapi farah berpegang pada kata-kata adik farah. 

Kalau bakar kek tak jadi, salah kan oven. 

Haha. Bagus betul pendirian macam ini. 

Namun begitu, ceewah. Farah nak juga buat kek bakar kali ini. Bosan lah asyik kukus je kan. 
Resepi Kek Pandan Bakar
Resepi Kek Pandan Bakar
Cari punya cari kek pandan bakar. Banyak resepi yang farah jumpa resepi kek chiffon atau kek span. Ya Allah punya lah leceh nak buat dia. Kita dah lah baru nak belajar. Malas ler leceh-leceh ini. 

Akhir sekali jumpa kek pandan kak azie dari aziekitchen. 

Jom buat kek pandan bakar!

KEK PANDAN BAKAR

Resepi asal: aziekitchen

Bahan-bahan:
250gram mentega
220gram gula kastor
3 biji telur A
260gram tepung naik sendiri - ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat - ayak
160ml santan pekat
60ml jus pandan - kisar 5 helai daun pandan
Perasa pandan
Pewarna hijau

Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan ringan.

2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati. 

3. Masukkan separuh tepung naik sendiri dan soda bikarbonat yang telah diayak. Pukul. 

4. Masukkan santan dan jus pandan. Pukul lagi. 

5. Masukkan baki tepung naik sendiri tadi. Pukul sebati. 

6. Bila dah sebati, masukkan perasa pandan dan pewarna hijau. 

7. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah dilapik baking paper. Ratakan. 

8. Pastikan oven telah dipanaskan sebelum masukkan kek.

9. Bakar pada suhu 170 C selama 60 minit. (Bergantung pada jenis oven masing-masing juga). 

10. Sejukkan terlebih dahulu baru lah keluarkan dari loyang dan potong. 

Resepi Kek Pandan Bakar
Resepi Kek Pandan Bakar
Tadaaa!

Menjadi kek bakarku alhamdulillah. Hehe. Ada orang yang makan kata rasa macam cupcake pandan kat kenny rogers. Hahaha. Lebih-lebih sangat memuji. Takpe, orang puji kita kena terima. 

Kek ini gebu, lembut. Rasa dia berlemak sebab ada santan. 

Waktu bakar kek tu bau dia fuuuh. Hubby kata sampai luar rumah boleh bau. Tak sabar nak rasa. Dah lah kena tunggu kek sejuk baru boleh potong. Lama juga la menunggu. 

Selamat mencuba!!

Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

19 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Sardin

Resepi Nasi Goreng Sardin || Semalam hubby seharian tiada di rumah. Ada pertandingan futsal pulak dia. Hubby beritahu pagi-pagi lagi kena keluar sebab dia penganjur. 7.30 pagi dah nak bertolak. Awal sungguh. Farah pun bangun lah awal sikit untuk goreng nasi untuk hubby isi perut. 
Resepi Nasi Goreng Sardin
Resepi Nasi Goreng Sardin
Kebetulan dalam peti ada sardin yang belum habis. Terfikir nak buat nasi goreng sardin. Biasanya farah selalu buat nasi goreng ikan goreng je. Yang tu farah suka hehe. Jadi kali ini nak cuba juga rasa macam mana nasi goreng sardin. 

Selongkar peti cari sayur, sayur pula tak ada haha. Yang ada cuma sayur campur. Sayur campur pun jadi lah kan. 

Farah buat nasi goreng simple je. Tak susah pun. Kalau tengah lapar tu cuba lah buat nasi goreng ini. Sedappp. 

Jom buat nasi goreng sardin!

NASI GORENG SARDIN 


Bahan-bahan:
2 ulas bawang merah - potong dadu/ cincang
Nasi 2 mangkuk
3 ekor sardin saiz kecil - ambil ikan je. Hancurkan. Kuah tak perlu. Kalau nak letak kuah, jangan banyak sangat. 
Sedikit sayur campur - kalau nak sayur lain pun boleh
1 biji telur
Garam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. 

2. Masukkan bawang merah. Tumis hingga naik bau. 

3. Pecahkan telur. Buar separuh masak baru gaul sehingga hancur. 

4. Masukkan sardin yang telah dihancurkan. Kacau sebentar. 

5. Masukkan sayur campur. Kacau. 

6. Masukkan nasi. Kacau hingga sebati. 

7. Perasakan dengan garam. 

Siap! Makan panas-panas sedap. Kalau korang jenis suka sardin, memang gerenti korang suka nasi goreng sardin ini hehe. 
Resepi Nasi Goreng Sardin
Resepi Nasi Goreng Sardin
Farah tak letak ayam, udang atau sotong sebagai lauk. Kalau nak letak boleh je. Tak ada masalah. Pagi tadi nak cepat sangat, tak sempat nak defrost segala benda hehe. 

*kalau nasi goreng sardin ini ada kat kedai, mesti mahal kan. Dah sardin kan mahal haha. 

Selamat mencuba!!

Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI




Baca sini:

Baca Selanjutnya »

18 Nov 2017

Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral

Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral || Hari tu ada viral resepi apam 3 bahan. Farah dah cuba buat resepi tu. Korang boleh tengok kat SINI. Memang menjadi, gebu dan sedap. Orang lain yang cuba apam farah buat tu pun kata sedap. 

Minggu ini viral pula kek oreo 2 bahan. Fuuh. Farah tengok semua pakat dok buat kek ini. Kita pun teringin lah juga nak cuba. 
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Oreo kan makan saja dah sedap. Buat kek mesti sedap kan? Hehe. Semalam membuak-buak rasa semangat nak buat kek 2 bahan ini. Pagi-pagi je terus suruh hubby pi beli barang nak buat. Barang pun dua benda je kan. 

Tapi malangnya, hubby beli satu je oreo. Dia ingat farah tulis satu je haha. Terpaksa tunggu hubby keluar semula lepas solat jumaat. Jadi petang juga baru sempat buat kek oreo 2 bahan ini. 

Senang yang amat nak buat kek ini. Tak payah leceh-leceh timbang, sukat, campur tepung bla bla bla. 

Orang kata kek oreo 2 bahan ini manis dah makan macam tu je. Tapi farah rasa tak cukup manis kalau makan saja. Farah makan dengan topping baru rasa sedap sikit. 

Jom buat kek oreo 2 bahan!

KEK OREO 2 BAHAN VIRAL

Bahan-bahan:
2 paket panjang oreo - farah guna perisa original. Patah-patahkan. 
200ml susu segar - lebih sedap guna perisa coklat 

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kedalam blender. Blender kena guna yang tak ada bau atau rasa cili dan bawang ya. 

2. Kisar semua hingga hancur lumat.

3. Tuangkan kedalam acuan.

4. Kukus selama 20-30 minit. Kalau acuan dalam biasanya lama sikit.

5. Selepas masak, sejukkan sebentar baru keluarkan dari acuan. Jangan bimbang kek tak melekat kat acuan.

6. Biarkan sejuk sebelum curah topping kegemaran.

Bahan-bahan topping:
150 gram coklat masakan
35 gram susu cair
1 sudu kecil butter

Cara-cara topping:

1. Masukkan semua bahan kedalam bekas untuk double boiler. 

2. Masak hingga semua cair dan sebati. 

3. Biarkan sejuk sebentar.

4. Curah keatas kek tadi.

Siap! 
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Topping tu farah suka buat lebih. Nanti nak makan kek boleh makan topping banyak hehe. 

Kek ini agak padat. Kalau korang kurang gemar kek padat, mungkin tak kena selera. Tapi kek ini memang moist. 

Selamat Mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign