Blog Farah Sanusi

8 May 2017

Penginapan Awesome di Lexis Hibiscus Port Dickson

Baru balik bercuti dah cari tempat nak bercuti lagi hehehe. Farah ni memang jenis nak pi holiday je kejenye. Dulu tiap-tiap bulan farah dok cakap kat hubby nak honeymoon. Kononnya stress kerja, kena pi honeymoon. Padahal alasan je hihi.

Lepas balik korea, kami dok bincang-bincang nak pi mana pulak tahun depan. Banyak lah keluar senarai tempat masing-masing nak pi. Tapi hubby kata tunggu medina masuk 2 tahun baru lah pi melancong. Sebab kami nak seat medina sendiri dalam flight. Tapi kalau tunggu medina 2 tahun, lambat lagi lah. Jadi farah pun carilah tempat jalan-jalan dalam negara hehe. Bijak tak?

Google punya google, terjumpa Lexis Hibiscus dekat Port Dickson. Hubby nampak farah check out lexis hibiscus port Dickson reviews, terus mai menyibuk.

“Ni hotel bunga raya tu kan?”

“Hotel atas air kan? Kan?”

Terpinga-pinga kita ni. Pelik jugak hubby boleh tahu. Biasanya bukan dia ambil tahu pun pasal tempat jalan-jalan. Haha. Rupanya kawan hubby baru lepas duduk di Lexis Hibiscus Port Dickson ni. Depa dok cerita pung pang pung pang kat facebook. Patutlah hubby tahu.

Hubby bagitau farah nampak best giler kawan dia bercuti. Katanya ada pool untuk setiap bilik. Fuuh. Kalau ada pool dalam setiap bilik, farah tido dalam pool lah tak nak keluar hehe.

Kalau tengok dalam web Lexis Hibiscus Port Dickson ni, ada 8 jenis bilik semuanya. 5 pool villa dan 3 suite. Farah tengok dua jenis bilik. Executive Pool Villa dengan Premium Pool Villa. Dua-dua bilik ni dok di kawasan daun bunga raya. Eh jap-jap. Korang tau tak ape yang farah cakap pasal bunga raya ni? Haha. kang sorang-sorang dok cerita, orang tak faham.
Ok gini, Lexis Hibiscus Port Dickson di design susunan hotelnya seperti bunga raya. Kalau tengok dari bird eye view, korang nampak macam bunga raya lah. Ada bunga, ada tangkai, ada daun. Ha macam tu lah.
Sambung cerita pasal bilik, Executive Pool Villa dengan Premium Pool Villa ni dua-dua ada 2 katil king, ada cermin atas lantai untuk tengok ikan, dan ada private pool dengan sauna. Mak aih, memang betul ada pool setiap bilik. Ingatkan hubby main-main. Beza nya keluasan bilik dan kedudukan bilik ni. Premium Pool Villa lebih luas dari Executive Pool Villa. Premium Pool Villa terletak di bahagian kelopak bunga raya manakala Executive Pool Villa terletak di bahagian daun.
Check in dia pukul 4 petang, jadi sebelum check in tu boleh pusing-pusing tengok kawasan dulu. Kalau malas, lepak je dekat lobi. Tengok lobi besaq oi. Kalau terpisah dengan hubby ni boleh sesat haha. Lepas dah check in boleh masuk bilik, nak pi bilik ada buggy service hantarkan kita ke bilik. Naik ler buggy tu. Bukan semua tempat boleh naik buggy kan. Airport buggy pun tak pernah naik. Hihi.
Tempat makan pulak jangan risau. Berlambak-lambak ade. Farah tengok ada Roselle Coffee House dengan UMI. UMI ni restoran jepun. Farah dengan hubby dua-dua tak makan makanan jepun sangat. Rasanya kami akan pilih Roselle Coffee House.

Selain restoran yang dalam ni, korang boleh pi dekat Hibiscus Walk. Kat sini pun ada banyak kedai makan.
Ada satu tempat yang farah teringin nak pi. Kidz World haha. Kalau bawa medina masuk playground mesti dia suka. Boleh bayangkan dia pi lari sana-sini hehe. Aktiviti lain pun ada dekat Kidz World. Tapi belum sesuai lagi dengan medina. Ada aktiviti painting, medina pegang pen pun belum lulus nak painting ape dia hihi.

Karaoke pun ade uols. Boleh pi melalak sepuas hati hehe. Kalau tengok aktiviti dia banyak. Rasa macam tak sempat buat semua kalau pi sana. Archery, basikal, water cruise, fish feeding. Banyak lagi lah kalau nak sebut. Helicopter ride pun ade. Boleh naik tengok bentuk bunga raya dengan mata sendiri.

Kalau minat water sport boleh pi main water sport kat sini. Banana boat pun ada. Farah takut nak main air hehe. Kalau pool no problem, kalau laut no please.

Macam menarik je kan stay kat Lexis Hibiscus ni? Memang akan masuk farah punya bucket list.

Baca Selanjutnya »

7 May 2017

Guardian of The Galaxy Volume 2

Guardian of The Galaxy Volume 2
Nampak tak betapa comelnya Baby Groot tengah jerit haha.

Lama tak review movie. Maklum lah dah lama tak dapat tengok wayang hehe. Gian kemain nak pi. Kebetulan pulak hubby ajak pi tengok. Farah pun on je lah.

Hubby sebenarnya dilema nak pilih antara cerita The Fate of The Furious ataupun Guardian of The Galaxy Volume 2. Kalau diikutkan, hubby nak The Fate of The Furious lah. Tapi sebab farah dah tengok, hubby kata lebih baik tengok yang farah belum tengok lagi. 

Dulu kami pernah tengok cerita Guardian of The Galaxy yang pertama. Yang tu farah rasa biasa je. Takde lah best sangat untuk cerita Marvel. Tapi volume 2 ni best. Besttt! Hehe. 

Cerita dia dari awal sampai akhir kelakar. Kalau korang suka carita action yang ada selit-selit unsur kelakar, farah sarankan tengok lah cerita ni. 

Lagi satu jalan cerita dia tak laju tak slow. Kadang-kadang tengok cerita, dah separuh jalan pun tak ada aksi lagi. Naik bosan nak tengok. Cerita ni mula-mula cerita dah ada aksi lawan-lawan. Dan aksi dia berterusan sepanjang cerita. Tak sempat nak rasa bosan atau ngantuk.

Baby Groot! Baby groot ni lah yang paling glamor dalam Guardian of The Galaxy Volume 2 rasanya hehe. Comel gila. Seminggu selepas cerita ni mula ditayangkan di panggung, farah tengok bersepah di facebook orang kata nak baby groot satu. Lepas dah tengok, baru lah faham kenapa orang nak sangat baby groot  hehe. Comel!

Kalau korang tak tengok lagi yang pertama, mesti tak tahu lagi watak-watak guardian kan? Guardian ni ada 5 orang semua. Hmm. Nak kata orang macam tak kena sebab bukan orang haha. Semua pun spesis alien. Peter Quill, Gamora, Drax, Rocket, Baby groot. 

Guardian of The Galaxy yang pertama dulu menceritakan macam mana kelima-lima guardian boleh berjumpa dan jadi satu pasukan. Guardian of The Galaxy volume 2 pula menceritakan tentang Peter Quill berjumpa semula dengan ayah dia. 

Watak yang farah suka dalam movie ni, Drax sebab dia kelakar gila. Baby Groot of course sebab comel dan kelakar hehe. Dan Yondu sebab cara dia lawan sangat ohsem hohoho.

Farah tak nak cerita jalan cerita secara mendalam sebab nanti spoil pulak korang yang belum tengok cerita ni hehe. kalau nak tahu sinopsis korang boleh google je.

Guardian of The Galaxy volume 2 ni sangat best bagi farah. Tak menyesal tengok. Kalau korang belum tengok lagi sila pi tengok hehe. 









Like facebook page Farah Sanusi
Baca Selanjutnya »

5 May 2017

Testing The Cookbook || Resepi Ayam Masak Halia

Resepi Ayam Masak Halia

AYAM HALIA
IMG_7062.JPG
Resepi asal
Bahan-bahan A:
500 gm ayam
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh tepung jagung -dibancuh dengan ½ cawan air
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang - di potong pendek
1 biji tomato - dipotong 4
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan-bahan B (dihiris):
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air.
3. Masak ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam.
5. Masukkan tomato dan daun bawang. Kacau rata.

6. Sedia dihidangkan.
Resepi Ayam Masak Halia
Baca Selanjutnya »

4 May 2017

Resepi Blueberry Cheesecake

IMG_6628.JPG


Beberapa hari yang lepas, gian pula rasanya nak buat kek. Lama sangat dah tak buat kek. Dah berbulan-bulan.

Bila gian mula lah cari resepi kek apa nak buat. Biasanya mesti kek coklat kukus je farah buat haha. Kali ni nak challenge diri sendiri buat kek yang agak susah. Kek Keju Bluberi Bakar ataupun Blueberry Cheesecake.

Dalam kepala, berangan kek rasa sedap macam New York Cheesecake Secret Recipe haha.

Untuk resepi ni, farah guna springform pan iaitu loyang yang boleh buka bahagian bawahnya.

Kek keju ni di bakar dengan cara bain marie ataupun water bath. Maksudnya loyang kek akan berada di dalam loyang lain yang berisi air. Untuk cara ini kita mesti balut bahagian bawah loyang dengan menggunakan aluminium foil supaya air tak masuk ke dalam loyang kek.

Jom buat Blueberry Cheesecake!

BLUEBERRY CHEESECAKE / KEK KEJU BLUBERI BAKAR

Bahan-bahan base biskut:
100g biskut marie - dihancurkan
100g butter - dicairkan

Cara-cara:
IMG_6892.JPG

1. Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat
2. Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik. (kalau base biskut menggelembung sedikit, ratakan balik dengan belakang sudu).

Bahan-bahan Meringue:
30g gula kastor
3 putih telur Gred A
¼ sudu teh cream of tartar

Cara-cara Meringue:
IMG_6895.JPG

1. Dalam satu bekas, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk. Bila terbalikkan bekas, putih telur tak mengalir atau jatuh. Ini dinamakan ‘Meringue’.

Bahan-bahan Kek:
250g cream cheese - suhu bilik
65g whipping cream
30g gula kastor
3 kuning telur Gred A
½ sudu teh esen vanila
½ sudu teh jus lemon
200g blueberry filling

Cara-cara:

1. Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula.

2. Masukkan whipping cream, esen vanila dan jus lemon perlahan-lahan. Pukul sampai adunan menjadi sebati dan gebu. Guna kelajuan yang sederhana.

3. Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati.
IMG_6898.JPG
4. Ambil satu senduk meringue dan kaup balik ke dalam adunan cream cheese. Ulang beberapa kali sehingga meringue habis.

5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali di atas meja untuk mengeluarkan buih-buih yang besar.
IMG_6900.JPG
6. Balut bahagian bawah loyang cheesecake dengan aluminium foil. Loyang lebih baik menggunakan springform pan. Bakar secara bain marie/water bath/steam bake untuk 1 jam.
IMG_6619.JPG
7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas rak.

8. Simpan cheesecake di dalam peti sejuk 6 jam. Dah sejuk tuangkan blueberry filling di atasnya.
Baca Selanjutnya »

3 May 2017

Malam Terakhir di Korea

Malam terakhir di Korea.
 
Pi myeongdong malam tadi. Cuba halal street food yang belum di cuba.

Teringat hubby cakap nak beli tshirt untuk kami berdua sebab belum ada beli untuk kami sendiri.

Pi kedai jual baju. Dengar makcik tu cakap english dengan pelanggan melayu. Lega sikit sebab boleh cakap english.

Pilih-pilih design. Nak mintak dua saiz. Saje je test cakap korea.

Sekali makcik tu jawab cakap korea pung pang pung pang.

Kita pon slow-slow pusing cari tour guide suruh translate hahaha.

Sedih pulak rasanya cuti dah habis. Kejap je dah sampai hari terakhir.
Baca Selanjutnya »

2 May 2017

Testing The Cookbook || Resepi Tomyam Ayam


Tomyam Ayam || Bila waktu cuaca sejuk, hari hujan, mesti farah teringin nak makan sup panas-panas. Tak kisah lah sup apa, asalkan sup panas. Ratah macam tu je sedap juga. Tak ada nasi pun ok. Maka terhasil lah tomyam ayam ni hehe.
Baru-baru rasa nak makan tomyam ayam. Kalau nak beli kat kedai, tak semua kedai buat tomyam sedap. Selalu dapat kuah cair, pastu tak ada isi pun. Yang banyak bawang hiris je.

Jadi farah ingat buat sendiri je tomyam. Kononnya bila buat sendiri lagi sedap haha. Tapi bila sendiri yang masak, isi banyak la boleh letak.  Kebetulan pula isi ayam ada banyak di rumah.

Jom kita tengok resepi Tomyam Ayam.

RESEPI TOMYAM AYAM
Resepi asal
Bahan-bahan A:
500gm ayam - dipotong kecil
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar -dihiris
2 batang serai - diketuk
8 biji cili api - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
1 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu makan pes tomyam
1 batang daun saderi di potong kecil
3 helai daun limau purut dikoyak
Air dan garam secukup rasa

Bahan-bahan B:
100 gm bunga kubis
2 biji tomato - dipotong 4
2 biji limau nipis - diambil airnya
1 pokok daun ketumbar - dipotong pendek

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan masak sehingga lembut.
2. Masukkan bunga kobis dan tomato. Biarkan mendidih dan tutup api.
3. Masukkan air limau nipis dan daun ketumbar.
4. Sedia di hidangkan.

Komen farah
Sedap! Gerenti. Resepi senang je. Tapi rasa tomyam dia ada. Tak de lah tawar.

Tomyam ayam farah nampak lebih kurang dengan gambar dalam buku. Kira lulus lah hihi.

Resepi asal tak letak udang. Tapi farah letak sebab nak habiskan udang dalam peti.

Jom buat Tomyam Ayam!


Selamat Mencuba!




Baca Selanjutnya »

1 May 2017

Selamat Hari Pekerja 2017!



Hari ni cuti bagi yang bekerja. Gunakan lah cuti anda sebaik mungkin ceewah. Hehe.

Sebenarnya farah ada terbaca sejarah Hari Pekerja. Rupanya Hari Pekerja bukanlah berasal dari negara kita. Eh, ada belajar ke masa sekolah? Haha.

Farah paling kurang minat sejarah (tapi PMR dapat A sejarah uols hehe). Bukan sebab tak berminat nak tahu sejarah kita. Tapi sebab bila buka buku teks sejarah, kelopak mata mula lah kuyu. Tulisan banyak sangat hehe.

Tapi bila dah habis sekolah, macam best pula baca sejarah. Rasanya farah cuma tak suka belajar untuk exam hehe.

Apa-apa pun, Selamat menyambut Hari Pekerja!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign