Blog Farah Sanusi

29 Dec 2015

MAJLIS PERTUNANGAN KAKAK 23.12.2015

Assalamualaikum

Alhamdulillah, seminggu yang lepas majlis pertunangan adik ipar berakhir dengan selamat. Haritu majlis Nadia tapi tak dapat balik wuuu. Adik ipar nak tunang kita sibuk-sibuk eksaited terlebih hehe. Eh bukan farah yang paling eksaited tau - ABAH ler jawab nye cute2 onion headkekeke. 

kakak berseri-seri je. makeup pon nampak natural. jeles ai
Ade jumpa tak orang laki yang sibuk-sibuk pi bridal pilihkan pelamin? Pi bakery pilih kek, cupcake yang lawa-lawa and kaler kena ikut tema? Pi tempah makeup? Pilih kain untuk backdrop? Haaa...ada ni bapak mertua ku. Hehe. Susah tau nak jumpa orang laki peduli dengan benda ni semua. Kadang-kadang orang laki yang nak kawen tu sendiri pon tak ambil tau.
  


Ni kali pertama farah join majlis kat sini (selain majlis kawen sendiri). Sebelum ni ade kenduri kat sini, farah mai makan je. Yang ni ade tolong ke? Tolong makan ade lah embarrassed3 onion headhehe.  Pastu dok tertonggeng-tonggeng amek gambar.

congo bars and brownie cip coklat

Masa sampai kat rumah pagi tu farah tengok ruang tamu tempat makan kosong, jadi farah tanya hubby, 

makanan letak mane? tak buat buffet ke? 

tak, sini makan hidang.

Ha, masa tu tak imagine lagi lagu mana. Rupanya hidang dalam talam buat group-group kecik makan bersila atas lantai. Oh rindunye tengok. Dulu masa kecik-kecik kat kampung farah makan macam ni lah. Sekarang dah tak de. Semua buffet dah. Bila makan macam ni lebih meriah sebenarnya. Sambil makan dok borak dengan keluarga bakal (hubby lah borak, ai borak ngan nasik ehehe). Bertambah lagi meriah sebab orang sini suara semua high pitch hehe.

Masa rombongan sampai, kami yang kat dapur ni mula lah kecoh-kecoh. 
Mana anak teruna?Mana anak teruna?
Semua dok pakat jenguk-jenguk cari yang mana satu. Rupanya tuan punya badan tak masuk rumah, dok luar je hehe. Selesai discuss semua baru lah masuk rumah. Kecoh lagi skali lah kami dok ngintai-ngintai. Bakal ni kire tak segan silu mana lah, masuk-masuk dia dok sengih-sengih, intai pelamin (intai kakak kot embarrassed4 onion headkekeke). Bila ambil gambar last boleh lak dia angkat peace sign haha. Tak po, tak po. ai like. 

Yang terkilan sebab tak dan amek gambar hantaran pihak lelaki crying2 onion head. Yang dapat amek cuma kek cheese.

Majlis

dok tunggu
rombongan sampai
gumbiranya makcik bawak cheese kek saya =)
majlis mula
hubby nak amek gambo ai lettew~

 



anak teruna mengintai. nampak tak iklan gigi disitu

ha makan dalam talam macam ni la

penat kita cakap tengok kamera, semua pakat dok tengok bawah

adik, why u snap my gambar senget?keke

adik pon tumpang amek feel dok atas pelamin
oloh abah ni, senyum lah sikit

tengok mama jeling-jeling manja kat abah kekeke. Pasai tu abah senyum tu

Makanan


ni dia makan hidang. dalam daun pisang tu tapai, bungkus tak sama ngan style besut 
Timun cina!! eh, tembikai lah
ikan ape dah lupe name

sambal nampak best tapi nak makan takut sakit perut dalam feri
ulam-ulam
saya suka petai tapi bukan yang rebus tau
sardin roll

    

Hantaran



  



    

   
rombongan balik je kite serbu kek
*gambar jelas anak teruna tak leh post lagi. Tak seprais lah. hehe.. Kita belanja nama dia je kat kek. Gambo kena tunggu nanti ahaaah onion head.
Baca Selanjutnya »

CONGO BARS dan COKLAT DRIZZLE MENGANCAM

Assalamualaikum

Post yang sebelum ni farah ada post brownies kan? Farah buat brownies tu masa majlis merisik adik ipar farah. Ha, dalam masa yang sama jugak farah buat congo bars. 

Yang nak cuba resepi brownies kedut-kedut boleh tengok sini ye.

Congo bars ni pon first time buat macam brownies gak hehe. Memang dah lama teringin nak buat, tapi tak terbuat. Masa bagitau hubby nak buat congo bars dan brownies muka dia kedut-kedut kerut-kerut. hehe. Dua-dua pon dia tak kenal. Padahal dia penah makan je congo bars masa jamuan jabatan. Siap cakap sedap lagi. Pffthehe onion head. Tengok la orang laki, main hentam je makanan. Kita ni jadi detektif siap pi tanya nama, tanya resepi. Terpaksa lah google gambar tunjuk kat dia. Baru lah dia ingat. 

dengan coklat drizzle skali
Congo bars ni banyak variasi orang buat. ada orang letak coklat cip kat dalam adunan, coklat cincang pon ade. Atas congo bars pulak boleh tabur sesuka hati kita. Resepi asal ade letak nutella kat atas tapi farah tak nak letak. Kebanyakan resepi tabur coklat cip dan hirisan badam. Terpulanglah pada selera masing-masing. Farah buat kali ni farah letak coklat cip dalam adunan, tabur coklat cip kat atas (hubby ku hantu coklat cip keke) dan hias dengan coklat drizzle ehehe. Jadi kat sini farah bagi resepi coklat drizzle skali ye. 

CONGO BARS
Oleh: Farah Sanusi
Resepi asal: Jom belajar buat kek

Bahan-bahan
2 3/4 cawan  (315 gram) tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan (310 gram) gula perang (nak kurangkan ke 2 cawan pon boleh)
150 gram mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
coklat cip secukupnya

Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam. Ketepikan.
2. Dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula perang.
3. Lepas dah sebati masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sampai sebati.
4. Masukkan esen vanila
5. Masukkan tepung, baking powder dan garam sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
6. Masukkan coklat cip. Gaul.
7. Alaskan loyang dengan baking paper, gris sedikit dengan mentega.
8. Masukkan adunan kedalam loyang.
9. Tabur coklat cip di atas.
10. Bakar pada suhu 150c 30-40 minit bergantung pada oven. Oven mestilah dipanaskan terlebih dahulu.
11. Dah masak boleh drizzle dengan coklat drizzle diatas.

coklat cip di luar dan dalam
dan nak masak ni. masa ni bau dia sedap wooo

baru kuar oven


potong-potong and ready untuk drizzle


COKLAT DRIZZLE
Oleh: Farah Sanusi

Bahan-bahan
50gram coklat masakan
1/4 sudu kecil butter 

Cara-cara
1. Cairkan coklat masakan dengan teknik double boiler. Selepas coklat cair, masukkan butter. Kacau sebati.
2. Masukkan dalam piping bag dan hias sesuka hati

*coklat drizzle ni bila dah sejuk dia macam keras sikit, jadi drizzle masa suam sikit ye.


tapi lupe amek gambar coklat drizzle hehe

SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040
Baca Selanjutnya »

BROWNIES KEDUT- KEDUT

Assalamualaikum 

Sapa suka brownies bolatkan mata cepat!!big eye onion head haha. 
Ade lagi tak yang tak kenal brownies? Amende lah brownies nih. Hmmm. Cane nak explain. Nak kate kek, bukan kek. Senang-senang gini lah. Brownies ni kek coklat yang bantat tapi sedap (definisi sesuke hati ai) keke. Ye lah dah susah sangat nak bagitau. Kito SPM bahasa melayu B jah.

Sejujurnye dulu farah tak suka kek coklat, coklat atau ape-ape yang ade coklat lah. TAK SUKE. TAK SUKE. TAK SUKE. Tak leh bau coklat langsung, mesti pening. Tak tau lah pasai pa jadi lagutu. Disebabkan hal itu maka bertahun-tahun tak makan kek coklat. Tiba-tiba bila dah tua ni kepala tak pening dah dengan bau coklat kahkahkah. Pastu macam tersuke pulak dengan kek coklat terutamanya kek coklat kukus. Cuma coklat bar je tak berapa gemar makan. Tak tau nak kemam ke nak kunyah coklat bar ni keke. Pastu dok Langkawi plop coklat bertaburan di mana-mana. Eh, orang sini tak panggil 'coklat'. CE-KE-LAT (sebut laju-laju) hehe. *orang kedah jangan marah na cute2 onion head.

oh sedapnyeee
Eh topik lari jauh dah.
Balik ke brownies kita. 23.12.2015 adik ipar farah orang mai merisik/bertunang. Jadi farah pon gatal-gatal tangan la nak buat brownies nak bagi kat mama. First time buat brownies pastu nak bagi orang. Hehe Tak pe, kalau tak sedap pon mama puji je kot nak jaga hati hehe. Sebenarnya farah tak boleh makan manis buat sementara waktu sebab nak minum air gula nanti. Takut gula tinggi weh. Kalau dah buat, hubby bukan makan banyak sangat. Jadi pilih la masa ade majlis untuk buat.

BROWNIES KEDUT-KEDUT
OLEH: Farah Sanusi
Resepi asal: Al Ummu Al Payid


Bahan-bahan
230gm dark coklat jenama beryl's jenis coin (farah pakai cooking coklat biasa je) 
180gm gula kastor 
85gm butter anchor
85gm tepung gandum (ayak dulu)
23gm serbuk koko (ayak dulu)
2 biji telur A
1 penutup esen vanila
cip coklat secukupnya

Cara-cara
1. Cairkan butter dan coklat menggunakan double boiler. Bila dah cair, sejukkan sebentar.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang putih.
3. Masukkan adunan coklat yang dah suam ke dalam adunan telur.  Kacau pakai senduk jer.
4. Masukkan tepung. Kacau guna senduk sahaja.
5. Bila sebati masukkan esen vanilla. 
6. Lapik loyang dengan baking paper. Lebihkan tepi supaya senang nak angkat keluar bila dah masak.
7. Panaskan oven 160c api atas bawah. 
8. Tuang adunan dalam loyang.  Ratakan bahagian atas.
9. Bakar kek suhu 160c untuk 25-30 minit mengikut oven masing-masing
*Bila dah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Buka sedikit pintu oven agak-agak dalam 15-20 minit baru keluarkan.

baru masuk oven

siap potong dan packing

kedut itu penting

kedut-kedut lagi~

Butter sebenarnya boleh pakai apa-apa jenama. Cuma tuan resepi sarankan pakai anchor untuk lebih sedap. Butter anchor ni mahal sikit lah. Farah cuba pakai butter anchor, brownies ni memang sedap. Next time nak buat experiment guna butter lain kot-kot rasa dia lain hehe.
Farah ade letak coklat drizzle tapi lupe lak nak ambil gmbar.

*Kali ni tak sempat set up tempat ambil gambar cantik-cantik sebab tak boleh kacau yang dah masuk bekas huhu
SELAMAT MENCUBA!!crazy monkey 040
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign