Blog Farah Sanusi

27 May 2017

Resepi Air Susu Kurma Paling Senang

Resepi Air Susu Kurma Paling Senang || Baru-baru ni ramai betul orang kongsi resepi air susu kurma. Macam-macam resepi farah jumpa. Banyak versi ada. Korang pilih je versi mana korang berkenan hehe. 
Resepi Air Susu Kurma Paling Senang
Air susu kurma
Kenapa viral sangat resepi air susu kurma ni? Ha, salah satu sebab adalah bulan Ramadhan. Air susu kurma ni salah satu resepi yang orang kata boleh menambahkan tenaga di bulan puasa. Terutamanya untuk ibu mengandung. 

Kalau di lihat, kurma sendiri pun memang banyak khasiatnya. selain untuk sumber tenaga, kurma pun mengandungi antioksida. Kulit kurma pulak ada serat. Jadi lebih bagus kalau makan dengan kulit sekali. Jangan terkejut ada orang tak makan kulit kurma hehe. 

Farah pun bukan jenis minat kurma. Farah memilih jenis kurma. Kalau yang kering, farah tak suka sangat. Farah suka yang lembik. Selalu memang makan jenama yusof taiyoob je haha. ada satu jenis tu je farah suka. Tapi kalau masa berbuka di luar atau di rumah orang lain, farah makan je mana ada. 

Resepi Air Susu Kurma

Bahan-bahan:
Kurma lembut/lembik. Tak kisah berapa biji sebab nak jadikan puree. Farah guna 25 biji. Ikut sunnah nombor ganjil.
Susu segar

Cara-cara:

1. Belah kurma untuk asingkan biji. Sambil sambil nak cek kot-kot ade lipas. Dah orang kata ada anak lipas hehe. Farah tak buang kulit. Kalau nak buang pun boleh. 
Resepi Air Susu Kurma Paling Senang
Belah kurma macam ni.
Resepi Air Susu Kurma Paling Senang
Takde pun anak lipas. Ada kotor sikit je hehe. 

2. Basuh kurma yang dah belah. 
Resepi Air Susu Kurma Paling Senang
Kukus.
3. Kukuskan 15-20 minit. Farah guna food steamer baby ni. Senang nanti terus kisar je. kalau takde food steamer, kukus je macam biasa. Lepas tu kisar guna blender.

4. Kisar sampai halus.

5. Tapis kurma yang dah dikisar. Kalau korang tak kisah rasa kasar kulit kurma tu tak perlu tapis takpe. Tak ada masalah. 

6. Campur 2 sudu puree kurma dengan 1 cawan air susu. Siap!


Sedap bak hang. Tak tipu. Farah guna puree kurma dua sudu besar. Memang rasa air susu kurma pure punya. Sebelum ni tak pernah lagi merasa air susu kurma Farm Fresh. Kalau macam ni rasa dia memang sedap lah hehe.  

Jom pakat buat Air Susu Kurma!


Baca sini:

Baca Selanjutnya »

Cara Minum Air 8 gelas Sehari Di Bulan Ramadhan

Cara Minum Air 8 gelas Sehari Di Bulan Ramadhan || Bulan puasa biasanya farah ada masalah yang sama. Badan tak cukup air. Hehe. Sebenarnya waktu tak puasa pun farah biasanya bukan jenis yang minum air banyak. Kena pegang botol air, usung pi sana sini baru lah farah minum. Tapi masa kerja takkan nak usung botol air masuk surgeri? Mana boleh. Macam mana nak minum air 8 gelas sehari ni?

Biasanya bila tak sihat, pi jumpa doktor dan doktor ambil darah kalau nak confirmkan penyakit. Mesti benda sama farah kena tegur dengan doktor.

"Badan awak tak cukup air ni."

Haha. Tiap kali cek darah kena tegur. Masa mengandung medina dulu pernah juga kena masuk air. Padahal farah tak ada muntah dan alahan pun. Semua sebab tak minum air.

Bila badan tak cukup air, boleh nampak tanda-tanda dia. Kulit muka kering, menggelupas. Bibir pun sama menggelupas. Kalau teruk sangat, kulit jari yang tepi kuku pun jadi kering.

Kadang-kadang mengadu kat hubby, cakap kulit kering. Pastu mesti hubby cakap, farah tak minum air. Padahal dia pun sama je. Bukan minum air cukup, perasan je minum cukup. Haha.

Ni dah tua ni kena insaf lah. Kena latih badan minum air.

Cakap senang, nak buat tu yang susah kan?

Bulan puasa lagi lah susah nak nak cukupkan minum air. Kalau korang, bulan puasa ni minum air macam mana nak bagi cukup?


Cukup tu maksudnya cukup 8 gelas sehari. Nak lagi bagus 2 liter sehari. Tapi puasa susah sikit nak sampai 2 liter.

Untuk newbie macam farah ni, kita minum 8 gelas dulu sehari hehe. Meh nak kongsi cara bila nak minum air 8 gelas sehari.

CARA MINUM AIR 8 GELAS SEHARI DI BULAN RAMADHAN

Cara Minum Air 8 gelas Sehari Di Bulan Ramadhan
Minum air 8 gelas sehari

1. 1 gelas selepas bangun sahur
2. 1 gelas selepas sahur
3. 1 gelas selepas azan mahrib
4. 1 gelas selepas solat maghrib
5. 1 gelas selepas berbuka
6. 1 gelas selepas solat isyak
7. 1 gelas selepas solat terawih
8. 1 gelas sebelum tidur

Jeng jeng jeng!

Cukuplah 8 gelas sehari hehe. Kalau solat kat masjid, bawak lah air siap2 barulah senang nak cukupkan jumlah air yang kita minum.

Sekian saja tips minum air 8 gelas sehari semasa bulan ramadhan dari farah. Semoga bermanfaat.

Baca Selanjutnya »

26 May 2017

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK DAERAH LANGKAWI 1438H / 2017

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK DAERAH LANGKAWI 1438H / 2017 || Ha, tinggal sehari je lagi nak puasa. Tak sabar!! Farah excited nak puasa ni. Maklum lah dah lama tak puasa. 

Semalam sembang juga dengan hubby pasal puasa. Farah cakap lah farah tak sabar nak puasa. bila tanya hubby ape dia rasa, dia kata tak tau nak rasa ape sebab dah lama sangat tak puasa haha.

Orang perempuan ni  biasanya ada juga lah puasa selain bulan Ramadhan kan? Kalau orang lelaki pula jarang-jarang sangat nak puasa. Dah depa tak payah ganti puasa kan.

Bulan puasa kali ni farah berazam nak masak sebulan. Tak mau makan kat bazaar. Ceewah. Semoga istiqamah la jawabnya. Bukan senang weh. Nanti nak kena menahan godaan orang upload gambar makanan bazaar kat facebook, kat instagram. Fuuh. 

Ha, bulan puasa ni sekali setahun je. Waktu puasa ni korang kena ingat untuk berdoa waktu berbuka. Waktu berbuka puasa kan salah satu waktu doa paling mustajab. Apa-apa yang korang nak minta, minta lah masa ni. 

Kalau korang tak ada apa-apa nak minta, doakan lah orang lain. Mak, ayah, adik beradik. Mungkin kita dah senang, tapi orang lain belum tentu kan? Jadi doakan lah orang lain sekali. 

Ni jadual berbuka puasa  dan imsak bagi daerah Langkawi. Selamat Berpuasa!

WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK DAERAH LANGKAWI 1438H / 2017


Baca Selanjutnya »

25 May 2017

Resepi Roti Golok




Resepi Roti Golok || Baru-baru ni viral sungguh roti golok. Mula-mula farah dengar nama dia ingat apa dia lah. Tak pernah pun dengar. Tapi tengok di facebook banyak betul kawan-kawan kongsi resepi roti golok ni.

Farah suka makan roti. Tapi bab meroti ni farah angkat bendera merah awal-awal haha. Nak kena beli bread maker la sebijik.

Teringin jugak lah nak merasa roti ni. Dulu masa teringin nak makan pau cendawan, gigih juga lah buat pau walupun tak reti. Rasa macam lepas bulan puasa nanti nak cuba buat roti golok. Ni tepek dulu resepi takut hilang hehe. 


ROTI GOLOK 
Resepi dan gambar asal: Zaimah Zakaria


Roti golok
Bahan A:
1 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis
(Bancuh bahan A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)

Bahan B:
4 cawan tepung roti atau tepung high protein
1 sudu kecil bun softoner
2 sudu besar mentega
1 biji telur
1 sudu besar susu tepung(tak letak pun takpe,kalau letak lagi sedap)
(Ramas ramas bahan B sampai rata)

Cara-cara:

1. Tuang bahan A ke dalam bahan B sedikit demi sedikit. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik rehatkan doh selama 1/2 jam -40 minit.
2. Timbang doh 20 gm setiap satu sebanyak 3 utk sebiji roti.. buat memanjang dan pintal-pintal (ikut citarasa masing-masing).
3. Susun dlm loyang. Jarak-jarakkan
4. Rehatkan lagi selama 1/2 jam atau sampai naik dua kali ganda. Sementara tu panaskan oven. Bolehla dibakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing-masing. Api atas bawah sampai masak.
5. Tunggu roti sejuk baru sapu butter atau marjerin. Last tabur gula kastor atau gula halus.


Kalau nak tunggu lepas raya baru nak buat macam lambat je. Nak kena rajinkan diri buat roti golok ni bulan puasa lah hehe. 
Baca Selanjutnya »

23 May 2017

Belajar Bersyukur

Hari ni tiba-tiba terfikir pasal orang yang malas kerja. Sekarang banyak sangat farah jumpa. Dah penat-penat pi belajar, hantar surat sana sini, pi interview 2, 3, 4 kali. Tapi bila masuk kerja, malas. 

Buat tu tak nak. Buat ni tak nak. Kerja semua nak berkira. Kalau kerja orang lain semua tak nak tolong. Ambil port kerja sendiri je.

Farah tak faham orang yang malas kerja ni. Kaya kah? Hidup senang kah? Dah jutawan kah? Kalau tengok hujung bulan poket kempis pun boleh tahu dah tak kaya mana. Hidup pun makan gaji. Tapi buat kerja tak mau.

Pelik.

Ramai orang menganggur. Ramai orang nak kerja. Ramai orang yang ada anak sakit, ada mak ayah sakit, ada yang tak cukup duit beli ubat. Semua ni nak kerja, nak duit. Ni kita yang ada kerja ni tak mau kerja pulak? 

Tak reti bersyukur sungguh.

Memang ada masanya kita tertekan dengan kerja. Penat. Farah pun ada masa-masa macam tu. Tapi setiap kali farah rasa macam tu, farah fikir balik.

Kalau tak kerja, farah nak buat apa? Jadi suri rumah? Ingat senang jadi suri rumah? Kerja pejabat, 8 pagi hingga 5 malam. Suri rumah? 24 jam. Mampu ke farah nak buat? Minda dah bersedia?

Kalau tengok keadaan sekarang, hujung minggu jadi suri rumah pun dah penat. Tu baru 2 hari. Kalau sepanjang hayat? Farah bersedia ke? 

Kerja pejabat jauh lebih mudah dari suri rumah. Percaya lah. Jauh lebih mudah.

Farah tengok kakak farah, Kak An bawa 2 orang anak dia naik flight sorang-sorang. Kami bawa medina sorang tu berdua pun penat. Kak An bawa 2 orang? Macam mana nak handle dua orang? Kalau sorang lari belah kiri, sorang lari belah kanan? Nak kejar mana dulu? Haha. Kak An ni baru lah superwoman. Farah tak mampu.

Tak nak bangun pagi pi kerja? 
Ada orang nak bangun berdiri tapi tak boleh.

Gaji sikit? 
Ada orang tak ada kerja, gaji apatah lagi.

Duit takdak nak minum starbuck?
Ada orang nak minum air paip je untuk hidup.

Belajar lah pandang apa yang kita ada, bukan yang kita tak ada. 
Baca Selanjutnya »

22 May 2017

Saya Seorang Addict

Dah berapa tahun. Farah pun lupa bila. Bila farah berhenti? Macam mana farah berhenti? 

Ketagihan ni banyak benda. Semua benda kita boleh ketagih. Contoh senang nak faham, ketagih gula. Senang tak nak berhenti minum air manis? Susah kan? Pi makan kat kedai mesti nak order air manis. Kalau tak mengaku jugak ketagih, cuba lah berhenti minum air manis. Minum air putih je sebulan. Tengok senang ke tak hehe. 

Farah ketagih? Ketagih apa?

Kafein.




Tapi lebih kepada nescafe.  Semuanya mula waktu tengah student dulu. 

Ok sebelum tu disclaimer dulu. Farah tak kata orang suka minum kafein ni salah ke hape. Bukanlah salah. Farah berhenti sebab badan farah dah terlalu bergantung dengan kafein. Kalau korang no problem, minum sat-sat je, bukan peminum tegar (betul ke term ni? Haha) ikut korang lah. Minum aje. Dah sedappp. 

Sambung. 

Farah jenis tidur lewat waktu student dulu. Pukul 4, 5 pagi kadang-kadang baru tidur. Tapi tu dulu lah.  Sekarang letak kepala atas bantal terus lena haha. Orang kata sebab stress, tu yang susah tidur. Tapi tak tau lah. Farah rasa sebab banyak fikir. 

Awalnya, farah mula minum nescafe 3in1 bukan sebab nak berjaga malam. Tapi sebab yang tu je murah. Nak beli milo, tak mampu lah. Farah tak sedar yang makin lama farah minum makin kerap. Mula-mula cuma 1 satchet sehari. Naik jadi 2, 3. Ada yang sampai 7 satchet sehari. Terutamanya hujung minggu. 

Sampai satu tahap, kalau tak minum nescafe, farah tak boleh tidur. Sakit kepala tak stop seminggu dua. Tangan mula  gigil.  

Teruk tak?

Farah tak ingat bila farah buat keputusan nak berhenti minum nescafe. Ntah bila yang farah sedar. 

Senang ke nak berhenti? Mesti lah susah. Susah giler. Tapi sebagai student, duit selalu tak cukup jadi agak membantu lah hehe. 

Farah cuba berhenti semua minuman yang ada kafein. Kalau boleh milo pun jangan minum. Sebab farah ada terbaca milo pun ada sikit kafein. Betul ke tak tak tau ler. Kalau salah jangan marah haha. 

Alhamdulillah. Kalau kira sekarang ni memang ok kalau tak minum kafein. Ada jugak teringin nak minum bila terbau kopi. Bau kopi dah la mengancam. Pergh. 

Meh farah kongsi sikit tips farah berhenti pengambilan kafein:

  1. Berhenti serta merta. Jangan kata esok la. Lusa la. Jangan bagi alasan. 
  2. Buang semua minuman berkafein yang ada kat rumah. Sedekah je kat orang lain. Kalau dok asrama, wakaf je dalam pantri. 
  3. Jangan pi cafe. Ni zaman sekarang ni banyak cafe hipster lah hape lah. Takpun pi cafe yang coffee art lawa-lawa. Lagi senang nak terjebak. Kalau nak pi jugak, order air lain (macam mustahil je) 
  4. Cari air fevret yang baru. Meh nak bagi cadangan. Air putih hehe. Air paling sihat. Toksah minum air hijau ka air biru ka air oren ka air pink ka. 
  5. Minta tolong tuhan. Doa lah sikit, bukan susah nak doa. Kita ni tak kuat semangat, senang sangat tergoda hihi. 

Sekian saja tips hehe. Farah bukan buat semua pun. Tapi berjaya juga berhenti. Yang penting azam kita semangat kita. Jangan lupa kenapa kita nak berhenti. Jangan lupa target. 

Sekarang minum juga kafein jarang-jarang. Tapi tak lah kerap macam dulu. 

Korang pulak macam mana? Ada ketagihan apa? 



Baca Selanjutnya »

21 May 2017

Lauk Kegemaran Berbuka Puasa || Resepi Telur Masak Merah

Menghitung hari nak puasa. Rasa excited weh. Dulu masa kecil tak suka betul puasa. Sampai bulan puasa je mesti sedih sebab kena tahan makan haha. Dah tua bangka ni baru la tahu nikmati puasa. Sampai tertunggu-tunggu.

Akhir-akhir ni farah tengok ramai orang kongsi resepi berbuka, resepi biskut raya (puasa pun belum haha), dan resepi sahur. Ha, resepi sahur pun ada tau. Jangan memain hehe.

Untuk orang bekerja pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang macam farah ni, waktu berbuka memang farah suka masak lauk yang simple. Tapi simple pun, yang penting hubby suka. Hehehe. Kalau hubby tak makan, buat ape masak.

Lauk paling senang mesti lah lauk telur. Kami dua-dua suka telur. Resepi paling senang punya. Confirm barang semua ada kat dapur. Hehe. Jom cekidout.

TELUR MASAK MERAH @ SAMBAL TELUR
OLEH: Farah Sanusi

BAHAN-BAHAN
6 biji telur (direbus dan dikupas kulit)
1 biji bawang holland
3 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
7-10 cili kering (direndam dan dibuang biji)
1 sudu besar sos tiram

CARA-CARA
1. Panaskan minyak. Goreng telur yang sudah dikupas kulit. Ketepikan.
2. Blend bawang holland, bawang merah, bawang putih bersama sedikit air.
3. Blendkan cili kering bersama sedikit air. (nak blend sekaligus ngan bawang pon boleh)
4. Tumis bahan 2 sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan 3. Kacau rata
5. Masukkan sos tiram. Kacau.

6. Masukkan telur. Kacau hingga sebati dengan kuah. Siap!!

Nak masak resepi ni kejap je. Nak rebus telur tu yang leceh sikit. Rebus telur pun boleh overcook tau. Kalau korang tengok telur kuning ada hijau sikit bahagian luar dia, maksugnya overcook lah. 
Nak senang rebus telur, beli je Egg Boiler kat Lazada ni ha. Senang. Sekali rebus pun boleh rebus banyak sebab dua tingkat. 

Lazada tengah ada sale Marhaban Ya Ramadhan dari 19 Mei -15 Jun. Riang Ria Raya pulak dari 19 Mei hingga 30 Jun. Flash sale pun ada tau. Jangan lupa buka web Lazada tau. Harga murahhh. 

Selamat Mencuba!
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign