Blog Farah Sanusi

22 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple || Minggu ni asyik rasa nak makan nasi goreng sebagai bekal sarapan ke kerja. Tapi tak nak lah asyik nasi goreng sama. Kalau boleh, lima hari kerja, lima hari nak nasi goreng lain-lain hehe. 

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Hubby tengah diet sekarang. Katanya dah gemuk (mengada je). Tapi bila farah tanya nak bawa bekal nasi goreng tak, mesti dia nak hehe. 

Esoknya farah tanya hubby makan habis tak bekal. Habis hubby kata. Makan lewat sikit dalam pukul 11 pagi.  Pukul sebelas tu sarapan apenya. Orang makan la pukul 8 tu. Haha. Tapi tak kisah lah. Asal makan habis. 

Nasi goreng tomyam ni farah tiba-tiba terfikir nak buat. Jarang rasanya kami makan nasi goreng tomyam di kedai. Masak kat rumah pula tak pernah lagi setakat ni. 

Resepi yang farah buat ni tak lah mewah sangat. Sayur pun farah cuma letak baby corn dengan kubis bunga je. Tengok warna nasi macam tak ada warna sangat hehe. Tapi yang penting rasa tomyam tu tetap ada. 

Jom buat nasi goreng tomyam!

NASI GORENG TOMYAM


Bahan-bahan:
2 biji bawang merah - potong nipis/mayang
1 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 biji telur
5 ekor udang
sedikit dada ayam - potong dadu
1 batang serai - farah tak letak
2 helai daun limau purut - farah tak letak
2 batang baby corn - potong serong nipis
sedikit kubis bunga
2 mangkuk nasi
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes tomyam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Goreng telur dan jadikan telur hancur. Ketepikan.

2. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau. 

3. Masukkan serai, sos tiram, pes tomyam dan kacau. 

4. Masukkan ayam dan udang. Kacau. Tambah sedikit air supaya tak kering sangat. 

5. Kacau hingga udang dan ayam masak. Masukkan sayur. Kacau sebentar. Kemudian masukkan telur hancur tadi.

6. Masukkan nasi. Kacau sebati.

7. Akhir sekali masukkan garam/perasa dan daun limau purut. Kacau. 

Siap!

Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Resepi Nasi Goreng Tomyam Simple
Biasanya nasi goreng tomyam akan letak daun limau purut dan serai. Farah tak letak sebab takde. Rasa kurang umph sikit tapi masih ada rasa tom yam. 

Selamat mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

baca sini:
Baca Selanjutnya »

20 Nov 2017

Resepi Kek Pandan Bakar

Resepi Kek Pandan Bakar || Seperti yang farah selalu cakap, farah tak suka kek bakar hehe. Bukan tak suka rasa dia. Cuma tak suka sebab tak pandai bakar kek. 

Dari kecil lagi bila buat kek bakar je tak jadi.  Bantat. Hangus. Tak masak kat tengah. You name it. Semua benda pernah jadi hehe. 

Tapi farah berpegang pada kata-kata adik farah. 

Kalau bakar kek tak jadi, salah kan oven. 

Haha. Bagus betul pendirian macam ini. 

Namun begitu, ceewah. Farah nak juga buat kek bakar kali ini. Bosan lah asyik kukus je kan. 
Resepi Kek Pandan Bakar
Resepi Kek Pandan Bakar
Cari punya cari kek pandan bakar. Banyak resepi yang farah jumpa resepi kek chiffon atau kek span. Ya Allah punya lah leceh nak buat dia. Kita dah lah baru nak belajar. Malas ler leceh-leceh ini. 

Akhir sekali jumpa kek pandan kak azie dari aziekitchen. 

Jom buat kek pandan bakar!

KEK PANDAN BAKAR

Resepi asal: aziekitchen

Bahan-bahan:
250gram mentega
220gram gula kastor
3 biji telur A
260gram tepung naik sendiri - ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat - ayak
160ml santan pekat
60ml jus pandan - kisar 5 helai daun pandan
Perasa pandan
Pewarna hijau

Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan ringan.

2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati. 

3. Masukkan separuh tepung naik sendiri dan soda bikarbonat yang telah diayak. Pukul. 

4. Masukkan santan dan jus pandan. Pukul lagi. 

5. Masukkan baki tepung naik sendiri tadi. Pukul sebati. 

6. Bila dah sebati, masukkan perasa pandan dan pewarna hijau. 

7. Masukkan adunan kedalam loyang yang telah dilapik baking paper. Ratakan. 

8. Pastikan oven telah dipanaskan sebelum masukkan kek.

9. Bakar pada suhu 170 C selama 60 minit. (Bergantung pada jenis oven masing-masing juga). 

10. Sejukkan terlebih dahulu baru lah keluarkan dari loyang dan potong. 

Resepi Kek Pandan Bakar
Resepi Kek Pandan Bakar
Tadaaa!

Menjadi kek bakarku alhamdulillah. Hehe. Ada orang yang makan kata rasa macam cupcake pandan kat kenny rogers. Hahaha. Lebih-lebih sangat memuji. Takpe, orang puji kita kena terima. 

Kek ini gebu, lembut. Rasa dia berlemak sebab ada santan. 

Waktu bakar kek tu bau dia fuuuh. Hubby kata sampai luar rumah boleh bau. Tak sabar nak rasa. Dah lah kena tunggu kek sejuk baru boleh potong. Lama juga la menunggu. 

Selamat mencuba!!

Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

19 Nov 2017

Resepi Nasi Goreng Sardin

Resepi Nasi Goreng Sardin || Semalam hubby seharian tiada di rumah. Ada pertandingan futsal pulak dia. Hubby beritahu pagi-pagi lagi kena keluar sebab dia penganjur. 7.30 pagi dah nak bertolak. Awal sungguh. Farah pun bangun lah awal sikit untuk goreng nasi untuk hubby isi perut. 
Resepi Nasi Goreng Sardin
Resepi Nasi Goreng Sardin
Kebetulan dalam peti ada sardin yang belum habis. Terfikir nak buat nasi goreng sardin. Biasanya farah selalu buat nasi goreng ikan goreng je. Yang tu farah suka hehe. Jadi kali ini nak cuba juga rasa macam mana nasi goreng sardin. 

Selongkar peti cari sayur, sayur pula tak ada haha. Yang ada cuma sayur campur. Sayur campur pun jadi lah kan. 

Farah buat nasi goreng simple je. Tak susah pun. Kalau tengah lapar tu cuba lah buat nasi goreng ini. Sedappp. 

Jom buat nasi goreng sardin!

NASI GORENG SARDIN 


Bahan-bahan:
2 ulas bawang merah - potong dadu/ cincang
Nasi 2 mangkuk
3 ekor sardin saiz kecil - ambil ikan je. Hancurkan. Kuah tak perlu. Kalau nak letak kuah, jangan banyak sangat. 
Sedikit sayur campur - kalau nak sayur lain pun boleh
1 biji telur
Garam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak untuk menumis. 

2. Masukkan bawang merah. Tumis hingga naik bau. 

3. Pecahkan telur. Buar separuh masak baru gaul sehingga hancur. 

4. Masukkan sardin yang telah dihancurkan. Kacau sebentar. 

5. Masukkan sayur campur. Kacau. 

6. Masukkan nasi. Kacau hingga sebati. 

7. Perasakan dengan garam. 

Siap! Makan panas-panas sedap. Kalau korang jenis suka sardin, memang gerenti korang suka nasi goreng sardin ini hehe. 
Resepi Nasi Goreng Sardin
Resepi Nasi Goreng Sardin
Farah tak letak ayam, udang atau sotong sebagai lauk. Kalau nak letak boleh je. Tak ada masalah. Pagi tadi nak cepat sangat, tak sempat nak defrost segala benda hehe. 

*kalau nasi goreng sardin ini ada kat kedai, mesti mahal kan. Dah sardin kan mahal haha. 

Selamat mencuba!!

Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI




Baca sini:

Baca Selanjutnya »

18 Nov 2017

Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral

Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral || Hari tu ada viral resepi apam 3 bahan. Farah dah cuba buat resepi tu. Korang boleh tengok kat SINI. Memang menjadi, gebu dan sedap. Orang lain yang cuba apam farah buat tu pun kata sedap. 

Minggu ini viral pula kek oreo 2 bahan. Fuuh. Farah tengok semua pakat dok buat kek ini. Kita pun teringin lah juga nak cuba. 
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Oreo kan makan saja dah sedap. Buat kek mesti sedap kan? Hehe. Semalam membuak-buak rasa semangat nak buat kek 2 bahan ini. Pagi-pagi je terus suruh hubby pi beli barang nak buat. Barang pun dua benda je kan. 

Tapi malangnya, hubby beli satu je oreo. Dia ingat farah tulis satu je haha. Terpaksa tunggu hubby keluar semula lepas solat jumaat. Jadi petang juga baru sempat buat kek oreo 2 bahan ini. 

Senang yang amat nak buat kek ini. Tak payah leceh-leceh timbang, sukat, campur tepung bla bla bla. 

Orang kata kek oreo 2 bahan ini manis dah makan macam tu je. Tapi farah rasa tak cukup manis kalau makan saja. Farah makan dengan topping baru rasa sedap sikit. 

Jom buat kek oreo 2 bahan!

KEK OREO 2 BAHAN VIRAL

Bahan-bahan:
2 paket panjang oreo - farah guna perisa original. Patah-patahkan. 
200ml susu segar - lebih sedap guna perisa coklat 

Cara-cara:

1. Campurkan semua bahan kedalam blender. Blender kena guna yang tak ada bau atau rasa cili dan bawang ya. 

2. Kisar semua hingga hancur lumat.

3. Tuangkan kedalam acuan.

4. Kukus selama 20-30 minit. Kalau acuan dalam biasanya lama sikit.

5. Selepas masak, sejukkan sebentar baru keluarkan dari acuan. Jangan bimbang kek tak melekat kat acuan.

6. Biarkan sejuk sebelum curah topping kegemaran.

Bahan-bahan topping:
150 gram coklat masakan
35 gram susu cair
1 sudu kecil butter

Cara-cara topping:

1. Masukkan semua bahan kedalam bekas untuk double boiler. 

2. Masak hingga semua cair dan sebati. 

3. Biarkan sejuk sebentar.

4. Curah keatas kek tadi.

Siap! 
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Resepi Kek Oreo 2 Bahan Viral
Topping tu farah suka buat lebih. Nanti nak makan kek boleh makan topping banyak hehe. 

Kek ini agak padat. Kalau korang kurang gemar kek padat, mungkin tak kena selera. Tapi kek ini memang moist. 

Selamat Mencuba!


Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

17 Nov 2017

Resepi Ayam Masak Lemak Kuning

Resepi Ayam Masak Lemak Kuning || Beberapa hari yang lepas, kami di klinik agak langkah kanan. Dapat makanan percuma yang tak habis dari klinik kesihatan. Nasi putih, ayam masak lemak, sambal belacan, ulam dan air sirap. 
Resepi Ayam Masak Lemak Kuning
Resepi Ayam Masak Lemak Kuning
Farah tak pasti ayam tu masak lemak biasa atau masak lemak cili api. Bila makan tak rasa pedas, jadi farah rasa masak lemak kuning biasa je kot. 

Lepas dah makan ayam masak lemak hari tu, rasa nak makan lagi pula. Jadi hari ni merajinkan diri masak makan malam lepas balik kerja hehe. 

Belek-belek peti ais, ayam dah ada. Barang pun kebanyakan dah ada. Yang belum ada cuma santan dan bawang (bawang selalu habis haha). Farah plan nak buat ayam masak lemak biasa sebab medina tak boleh pedas. Kalau buat masak lemak cilia pi nanti tak makan lah dia. 

Lepas beli, balik rumah dan masak. Tapi lewat juga farah mula masak. Kami makan lepas solat maghrib. Kalau tak, biasanya boleh makan awal sikit. 

Ayam masak lemak ni senang je. Kalau kali pertama masak, nak cuba-cuba resepi boleh cuba resepi ni. Mesti menjadi hehe. 

Jom buat ayam masak lemak kuning!

AYAM MASAK LEMAK KUNING


Bahan-bahan:
4-5 ketul ayam saiz sederhana – boleh potong kecil 
1 kotak kecil santan – farah guna 200ml
2 biji bawang merah – tumbuk
1 inci kunyit hidup – tumbuk
1 batang serai – ketuk
2 biji kentang – kerat 4
Timun batang – tak kisah banyak mana. Farah suka banyak. Kerat bulat, kemudian yang bulat tu kerat lagi separuh. 
Garam atau perasa
Air secukupnya – farah guna dalam 2 cawan

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang dan kunyit yang ditumbuk sebentar. 

2. Masukkan santan dan air. Kacau sebati. 

3. Masukkan ayam dan serai. 

4. Biarkan mendidih dengan api perlahan. 

5. Bila ayam dah masak. Masukkan kentang.

6. Masukkan timun batang bila kentang hampir masak. Biar timun masak sebentar.

7. Masukkan garam atau perasa juga suka.
Resepi Ayam Masak Lemak Kuning
Resepi Ayam Masak Lemak Kuning
Alhamdulillah hubby cakap sedap dengan nada yang ikhlas kahkahkah. Farah pun puas hati. Makan sampai dua pinggan gitu hehe. 

Selamat mencuba!


Baca sini:

Baca Selanjutnya »

16 Nov 2017

Resepi Kacang Dhal Goreng

Resepi Kacang Dhal Goreng || Semalam tiba-tiba rasa nak makan kacang dhal goreng. Sebelum ni farah ada makan kacang dhal goreng yang kawan beri waktu deepavali. Sedappp. 

Fikir-fikir juga waktu di klinik sebelum balik. Lupa pula kat rumah ada tak kacang dhal. Kalau tak ada nak kena pi beli. Fikir punya fikir, farah tak ingat ada ke tak haha. Akhir sekali suruh hubby beli juga sebelum balik rumah. 

Kacang dhal goreng ni tak susah pun nak buat. Bukannya rumit sangat. Kalau tengok, kebiasaannya orang akan letak daun kari sekali. Memang rasanya sedap sikit. Farah tak letak. Malas nak beli daun kari. Perap guna rempah kari je haha. 

Nak goreng kacang ni jangan tinggal dapur atau main telefon waktu tengah goreng. Confirm hangit. Semalam farah tinggal dapur kejap je dah hangit. Tu pun tinggal pi dekat medina sebab dia dok bising-bising. 
Resepi Kacang Dhal Goreng
Resepi Kacang Dhal Goreng
Mujur lah farah goreng sikit-sikit. Jadi tak lah banyak sangat yang hangit. 

Jom buat Kacang Dhal Goreng!

KACANG DHAL GORENG


Bahan-bahan:
2 genggam kacang dhal
1 sudu besar rempah kari
garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Rendam kacang dhal selama dua jam. Lepas dua jam, bilas hingga bersih dan toskan. 

2. Masukkan rempah kari dan garam. Gaul sehingga rata ke seluruh kacang. 

3. Panaskan minyak untuk menggoreng. 

4. Goreng kacang sedikit-sedikit sehingga habis. 

5. Sejukkan sebentar. Siap!

Senang je kan? Kejap je nak masak. Cuma lama tang nak tunggu rendam kacang je hehe. 

Selamat Mencuba!


Baca sini:
Baca Selanjutnya »

15 Nov 2017

Puas Hati Makan Malam Di Uncle Jai Cafe, Kuah Langkawi

Puas Hati Makan Malam Di Uncle Jai Cafe, Kuah Langkawi || Hari Selasa dan Rabu minggu ni giliran kami di Langkawi yang di audit. Kebetulan pula salah seorang dari auditor yang datang tu kawan hubby dan farah dari universiti dulu. Jadi kami ajak lah dia keluar makan malam sama-sama. 
Puas Hati Makan Malam Di Uncle Jai Cafe, Kuah Langkawi
Puas Hati Makan Malam Di Uncle Jai Cafe, Kuah Langkawi
Mula-mula farah cadangkan dekat hubby nak pi Pizzahut. Sebab farah teringin nak makan spageti pizzahut haha. Tapi xue han kata nak 'local food'. Tak jadi lah makan pizza. *Redha je lah.

Lepas tu hubby cadangkan untuk makan di Uncle Jai Cafe. Uncle Jai Cafe ni boleh tahan juga glamor nya. Selalu juga orang sebut-sebut kalau mai Langkawi mesti pi makan di Uncle Jai Cafe. Kami kat sini? Baru pernah sekali makan waktu bulan puasa dulu.  Itu pun makan nasi arab je. Tak rasa lagi masakan lain. 

Hari tu ada staf farah beritahu yang chicken grill di Uncle Jai Cafe sedap. Ayam dia besar penuh pinggan katanya. Ha, alang-alang tu farah nak cuba lah sedap ke tak Chicken Grill di sini. 

 Kami bercadang nak keluar berlima. Farah, hubby, xue han, tehah, dan kak nad. Tapi kak nad tak jadi ikut kami keluar makan sama-sama. Ada kerja katanya. Jadi kami keluar berempat je lah. Campur medina, jadi 4 setengah hehe. 

Kami bertolak dari rumah lepas solat maghrib. Biasanya bila nak keluar makan malam, kami memang bersiap-siap sebelum maghrib. Jadi bila azan je terus solat dan keluar. Jimat masa. Sampai di kedai pun tak lah lewat sangat. 

Ramai orang di Uncle Jai Cafe ni. Waktu kami sampai pun dah agak penuh. Padahal kami tak lah lewat sangat. 

Alhamdulillah servis farah suka. Akak yang ambil order pun faham bila kita order, tak lah salah faham dapat salah order ke hape. Order untuk medina tak boleh ada telur dan tak boleh pedas. Akak tu terus bagi cadangan makanan yang sesuai untuk medina. Senang kerja kita. 

MAKAN APA DI UNCLE JAI CAFE?

Puas Hati Makan Malam Di Uncle Jai Cafe, Kuah Langkawi
Farah order Chicken Grill dan Epal Asamboi gelas besar hehe. Kalau nak gelas besar, kena order air sejuk je. Air panas tak ada gelas besar tau. Chicken Grill tak lah sebesar yang dijangka. Saiz biasa je ayamnya. Tapi sedap memang sedap. Sos farah pilih sos manis. Farah tak suka blackpepper . Kira puas hati juga makan Chicken Grill. 

Medina makan Moi Sup Ayam. Sedap jugak. Farah makan lebihan yang medina tak habis. Semangkuk juga farah makan hihi. 
Puas Hati Makan Malam Di Uncle Jai Cafe, Kuah Langkawi
Hubby asalnya nak makan burger. Tapi dia takut tak kenyang kalau makan satu burger. Akhir sekali hubby tukar order jadi nasi goreng. Hubby kata sedap, tapi tak kena dengan selera farah bila farah cuba. 
Puas Hati Makan Malam Di Uncle Jai Cafe, Kuah Langkawi
Tehah order burger. Nampak sedap burgernya. ada 2 daging burger, 1 telur mata. Sos meleleh-leleh. 
Puas Hati Makan Malam Di Uncle Jai Cafe, Kuah Langkawi
Xue Han pula order nasi goreng dengan sayur sepinggan. Sayur tu kami pun makan sekali juga. Kongsi-kongsi. 
Puas Hati Makan Malam Di Uncle Jai Cafe, Kuah Langkawi
Keseluruhannya farah sangat puas hati. Makanan, air semua sedap. Rasa macam lepas ni boleh lah pi lagi cuba makanan lain kat sana.

Uncle Jai Cafe ni terletak di Kuah. Lepas makan malam pun korang masih boleh jalan-jalan di sekitar kalau nak shopping. Macam kami lah. Tiba-tiba pi HIG beli coklat hehe.

Babai~

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign