15 Dec 2017

Resepi Ayam Panggang Kari

Resepi Ayam Panggang Kari || Masakan ayam kalau panggang sebenarnya farah kurang gemar. Terutamanya bila ada barbeku. Selalu ayam tak masak. Luar hangus, hangit tapi dalam tak masak.  Tapi ayam panggang di rumah lain sedikit. Boleh panggang dengan oven, pemanggang biasa ataupun pemanggang ajaib. 

Resepi Ayam Panggang Kari
Ayam panggang yang kena dengan selera farah mestilah rangup di luar, dan masak sepenuhnya di dalam. Maksudnya dalam mesti masak sampai tulang rawan boleh makan. Ha, sampai macam tu sekali. 

Farah lebih suka gunakan pemanggang ajaib. Sebab biasanya masakan akan masak sekata, sepenuhnya dan tak hangit. Cuma satu sahaja yang farah tak suka bila guna pemanggang ajaib. Leceh nak basuh pemanggang tu hehe. Berat oiiii. Haha. 

Farah perasan bila guna pemanggang ajaib, jarang-jarang ayam jadi rangup di bahagian luar. Jadi apa yang farah buat? Farah masak dulu ayam tu macam biasa dengan pemanggang ajaib, bila dah masak sekata, farah buka penutup pemanggang tu, dan sambung panggang. Bila buat macam ini, farah perasan ayam akan lebih rangup, bahagian dalam pun masak sekata. 

Resepi kali ini ayam panggang kari. Resepi ini senang je, tapi farah rasa kurang jelas sedikit berkenaan yang digunakan. Sudu tak di nyatakan sudu besar atau kecil.  Dan farah rasa agak pekat adunan perapannya. Mungkin lain kali perlu cairkan lagi. 

Jom buat ayam panggang kari!

AYAM PANGGANG KARI

Resepi asal: hepymoments

Bahan-bahan:
2 biji perahan limau kasturi - farah guna limau nipis je.
1 ekor ayam belah 4 - boleh kelar supaya perapan lebuh menyerap
1 sudu garam - farah guna sudu kecil
1 sudu kunyit - farah guna sudu besar
2 sudu minyak masak - farah guna sudu besar
5 sudu rempah kari - farah guna sudu besar
2 sudu serbuk cili - farah tak letak

Cara-cara:

1. Campurkan perahan limau kasturi, garam, kunyit, minyak masak, rempah kari dan serbuk cili. Gaul sebati. 

2. Sapukan rata pada bahagian ayam. Kalau nak lagi sedap perap lebih lama. Farah perap 30 minit je. 

3. Panggang sehingga masak. 

Siap!

Resepi Ayam Panggang Kari
Senang kan? Cuba lah. Kalau nak sedap lagi, cicah dengan air asam. Pergh. Kecur air liur. 

Selamat Mencuba!

Baca sini:


No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign