Promosi Kesihatan Pergigian, Meritus Pelangi Beach Resort and Spa, Cenang || Alhamdulillah, berakhir juga promosi kesihatan pergigian kami untuk tahun ini. Rasanya promosi di hotel meritus pelangi kali ini adalah promosi yang terakhir.
 |
AJK terlibat. |
Promosi di hotel ini adalah yang julung kali diadakan. Sebelum ini farah tak pernah terlibat dengan promosi pergigian di hotel.
Banyak halangan dan cabaran yang perlu dihadapi bila buat program. Biasanya yang kena hadapi ini pengarah projek lah. Kali ini farah cuma salah seorang ahli jawatankuasa. Jadi tak lah pening kepala sangat. Ikut je arahan ketua.
Sebelum ini sebenarnya promosi ini dijalankan do Hotel St Regis. Malangnya pihak St Regis batalkan program kami tiba-tiba. Waktu tu persiapan dan banyak dilakukan. Kenapa di batalkan farah sendiri tak tahu.
Selepas tu depa cari hotel lain yang terima kami nak buat promosi ini. Dapat lah Hotel Meritus Pelangi Beach Resort and Spa.
Untuk promosi ini farah dan hubby dua-dua terlibat. Jadi kami terpaksa tinggal medina dengan mama. Kesian dia hujung minggu pun kami kerja. Tapi nak buat macam mana. Terpaksa juga.
Untuk aktiviti sepanjang promosi, kami ada ceramah pergigian, ceramah kesihatan dan ceramah dari pihak Klinik Panel hotel sendiri. Selain dari itu kami juga ada pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan pergigian dan pameran pergigian.
Pada asalnya ada juga pameran dari farmasi. Tapi pihak farmasi yang sepatutnya hadir ada hal kecemasan pada saat akhir dan tiada pengganti.
Farah bertugas di pemeriksaan pergigian. Hubby pula bertugas sebagai jurugambar.
 |
Pameran Pergigian |
 |
Pemeriksaan Pergigian |
 |
Hadiah untuk sesi soal jawab |
 |
Mascot berus gigi dan ubat gigi |
 |
KP Kuah |
 |
KP Air Hangat |
 |
sempat ambil gambar dengan hubby. |
 |
Ceramah |
 |
Sandwich. |
 |
Cupcake vanila |
 |
Mee Goreng |
 |
Pemeriksaan kesihatan |
 |
Ni depa dok isi borang sarinan stress. |
 |
Honey lemon tea |
 |
Lepas habis program ajak hubby pi tengok pool. Bukan selalu nak mai masuk hotel mahal kan. Baru je nak pusing ambil gambar, hubby tanya boleh ke ambil gambar. Akhir sekali sekeping je lah gambar kat pool haha. |
 |
Babai Meritus. Nanti I kaya, I mai try tido sini hokay. |
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/