31 Mar 2017

Resepi Pisang Karamel Kastard

Cuaca di Langkawi memang sentiasa panas. Boleh dikatakan setiap hari pun panas. Orang kata sebab di kelilingi air, sebab itu lah panas. Betul atau tak farah pun tak tahu.

Hari yang panas macam ni mesti best kalau dapat makan pencuci mulut yang sejuk. Pergh. Teringat juga aiskrim sandwich Walls yang baru. Perisa vanila dan coklat. Farah tengok ramai orang kongsi di facebook. RM1 je harga satu aiskrim.

Semalam farah ada cari jugak semasa keluar beli barang dapur. Penat selongkar peti ais kedai. Tak jumpaaaa. Huaaaa. Mana la depa cari aiskrim tu.  Tak ada aiskrim, buat pencuci mulut sendiri lah jawabnya. Redha.

Kebetulan di rumah ada pisang lebih. Mula lah google resepi pisang. Nak buat ape pun tak ada idea. Banyak keluar resepi pisang goreng cheese je haha. Penat perah otak, terfikir yang farah belum pernah cuba resepi pisang karamel kastard yang viral dulu. 


Resepi kali ni farah dapat dari aziekitchen. Tapi farah ubah sikit sesedap hati hehe. 


Kalau korang belum pernah cuba resepi ni, farah sarankan korang buat cepat. memang sedap! Tak tipu. hehe. Tambah-tambah lagi resepi ni ada kastard. Farah memang suka sangat kastard. Kalau resepi yang ada kastard rasa nak cuba semua.

Kalau nak buat, buat dalam kuantiti yang banyak. Sebab tak sedar dok ngap-ngap, kejap je licin habis. Hehe. 

Hubby tak suka sangat, dia kata rasa pisang pelik bila masak. Tapi bagi farah sedap sebab makin manis.  
Resepi Pisang Karamel Kastard
Bahan Pisang Karamel
Sesikat pisang (farah tak kisah jenis ape)
Butter/marjerin/planta
Gula (farah tak letak)

Cara-cara Pisang Karamel:

  • Cairkan sedikit butter. Tak perlu banyak.
  • Goreng pisang yang sudah di belah dua.
  • Balikkan supaya dua-dua belah digoreng.
  • Tabur gula bila pisang dah hampir masak. Farah tak letak gula pun. Pisang dah cukup manis.


Bahan Puding Kastard
1 tin susu cair/sejat
1 biji kuning telur
Daun pandan (tak guna)
1/4 tin air (sukat guna tin susu) 
1/4 cawan gula (ikut rasa)
4 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Puding Kastard:

  • Pukul kuning telur bersama susu cair, tepung kastard dan air.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat.
  • Masukkan esen vanila. Keluarkan daun pandan bila siap.
Resepi Pisang Karamel Kastard 
  • Susun pisang didalam bekas. Farah susun satu lapis je.
Resepi Pisang Karamel Kastard
  • Tuangkan kastard ke atas pisang tadi.



Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan. Sendukkan ke dalam pinggan untuk di hidang. Farah buat dalam bekas kecil, jadi tak perlu senduk, terus ngap dari bekas hehe. 

Selamat mencuba!! 






No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign