Blog Farah Sanusi

25 Mar 2017

Kali Pertama Seumur Hidup || Harijadi ke-28

Alhamdulillah, dan cukup umur 28 tahun ni hehe. Percaya tak farah tak pernah dapat birthday surprise seumur hidup? Ha, silakan percaya. Ni lah kali pertama. Dah tua barulah ada orang sudi nak kasi surprise hihi. 

Hari jadi farah 19 Mac, Ahad hari tu sebenarnya. Tapi tak sempat nak update sebab busy yang amat kat tempat kerja minggu ni. 

Beberapa minggu lepas, farah dah plan awal-awal untuk ke salah satu klinik gigi kat sini untuk audit. Klinik tu adalah klinik tempat hubby bekerja. Masa farah plan  tarikh audit, ppym (pegawai pergigian yang menjaga) hubby masih ada. Ppym ni bos klinik. Seminggu sebelum hari audit, bos dia dapat pindah. Jadi hubby lah yang jadi ppym. Hari farah pi sana adalah hari pertama hubby pegang tugas.
Kesian pun ada. Dah baru sandang jawatan, ada orang mai audit. Hehe. Tapi audit tetap berjalan. farah audit macam biasa ja haritu. Dari pagi sampai tengahari. Farah stay kat klinik hubby je waktu rehat sebab petang tu kami kena kejar bot untuk pi kursus dekat seberang.

Waktu petang, sementara tunggu masa nak ke jeti, farah pi lepak dalam bilik member kat sana. Tengah-tengah sembang, ada staf datang panggil member farah dan dia cakap hubby panggil. Farah ikut lah sekali sebab tak mau dok dalam bilik dia sorang-sorang. Masa tu memang farah ingat hubby panggil member farah sebab ada meeting. Jadi farah tak nak kacau. Farah cuma nak masuk sekali sebab nak ambil phone yang farah tertinggal. Sekali bila buka pintu, depa nyanyi lagu happy birthday hehe. 

Terkejut? Terkejur tambah blur ada lah. Farah konfius depa semua nyanyi kat sape lagu birthday tu. Ingatkan member farah birthday sama, so depa sambut birthday dia. Haha. Ni lah gaya orang tak pernah merasa surprise. 

Hubby beli brownies saiz besaqqqqq. Haha. Kagum betul depa dapat habiskan. Kek pulak kek tiramisu. Nampak sangat tak tau farah tak minat tiramisu hihi. Nasib baik kek ni tak rasa sangat tiramisu, jadi rasanya agak sedap lah.
Brownies ni saiz dia 30cm x 30cm. Besar. Sedap pulak tu.
Dapat bouquet tahun ni hihi.


Kali pertama potong kek sendiri orang dok tengok, segan gila haha.
Kek tiramisu
Petang tu kami terus ke Alor Setar untuk kursus esoknya. Kena bermalam. Medina kena tinggal kat mama tok dia hihi. 
Meatball spagetti. Ni pun kononnya makan sedap sebab birthday hehe.
Chicken Chop. Farah suka chicken chop ni sebab ayam dia rangup. Biasanya bila makan chicken chop, mesti muak. Yang ni rasa macam makan ayam goreng hehe. Sedap! Kami makan kat Deco Cafe, Mergong. Dekat je dengan hotel yang kami bermalam.

Terima Kasih hubby sebab buat surprise. Semoga lepas ni ada lagi hahaha.

Babai~
Baca Selanjutnya »

14 Mar 2017

Di sebalik Medina

14 mac 2017, 9.40 malam genap lah umur medina 1 tahun. Alhamdulillah. Rasa macam tak percaya. Dah setahun jadi mak orang. Dah setahun tak cukup tidur kononnya hehe.

Apa perasaan jadi mak? Perasaan dia bukan boleh cerita, bukan boleh tulis, bukan boleh sebut satu-satu. Tak reti nak bagitau. Semua ada. Gembira? Mesti lah. Ko gila ke hape tak gembira haha. Over the moon orang putih kata. 

Banyak benda yang farah belajar lepas dah bergelar mak. Dari mengandung, bersalin, berpantang, sampai lah sekarang. 

Farah pernah keguguran masa 2014. Depression lepas keguguran toksah cakap lah. Malam nangis sorang-sorang bila hubby dah lena. Kalau hubby tak lena lagi, masuk toilet buat-buat berak padahal nangis. Nangis bukan ade sebab tau. Tak pasal-pasal. Hubby memang tak leh pujuk punya sebab farah sendiri tak tau sebab ape haha. Rasa sedih je memanjang. 

Masa gugur tu selalu dapat soalan sama,

"Kenapa gugur? Jatuh?"

Memang soalan femes. Bosan dengar. Ai yang tengah sensitip ni memang sentap dengar soalan tu haha. Mane taknye. Dah tanya macam tu, lepas tu cakap farah salah makan lah, tak jaga badan lah. Hello, ingat orang saje ke nak bagi gugur? Ingat suka-suka? Farah ada tanya doktor masa hari temujanji. 

"Kenapa saya gugur? Saya tak buat kerja berat, takde jatuh, tak makan makanan yang tajam"

Doktor kata, masa awal kandungan, kandungan memang ada risiko utk gugur sebab belum kuat lagi. Maksudnya semua orang pun ada risiko yang sama. 

Kalau ade orang sekeliling korang yang keguguran, tak perlu lah tanya macam-macam. Kita tak tau dalam hati dia dia sedih ke tak. Mungkin luar nampak ok. Dalam? Wallahualam. 

Lepas keguguran, lama juga farah dalam fasa TTC. Mungkin susah sebab stress. Stress pun satu faktor juga. Sampai la satu masa tu, farah rasa tak ada orang dah untuk tempat nak mengadu, farah bangun tahajud. Tiap-tiap malam farah bangun. Lepas tu baru lah hati tenang, orang sebut-sebut pun farah tak emo, tak terasa. 

The power of tahajud. Hehe. 

Pada masa yang sama, ada staf farah pi umrah. Farah minta doakan farah masa tu. Tak lama lepas tu lah farah mengandung. Dipendek kan cerita, farah bagi nama medina sebab ni lah. Hihi.

Nur dengan aaliya pulak sebab ape? Nur sebab farah nak nama yang common. Kebanyakkan nama perempuan kan ada nur. Nama farah tak ada nur. Bila dekat matriks/universiti, mesti dok sorang-sorang bila exam. Haha. perempuan yang lain dok geng dengan depa hat nama nur. Kita nak join geng depa, nampak sangat tak diundang. Sedih wooo. 

Sejak dari farah tingkatan 5, farah ada impian nak letak nama anak farah nanti. Ha tengok kecik-kecik dah gatai berangan ada anak haha. 

IMAN.

Nama ni dari dulu lagi farah kata kat hubby farah nak letak. Kalau anak lelaki mesti ada Mohd. Kalau anak perempuan mesti ada Nur. Anak pertama pulak mesti nama Iman. Tak kisah la lelaki atau perempuan. 

Dah tu kenapa aaliya, bukan iman? panjang ceritanya. Meh nak pendekkan hihi. Sepanjang mengandung, farah dan hubby memang sembang dengan medina dalam perut kami panggil dia iman. tak pernah sekali pun panggil medina. 

Waktu farah 7 bulan mengandung, kakak ipar farah bersalin anak lelaki. Nama ape? Eeman. Haha. Masa dapat tau nama tu memang blur. Boleh pulak kami nak letak nama sama. Hubby cakap takpe lah, kita letak je nama iman sebab dah lama farah teringin. farah pun setuju. 

Sejak tu farah selalu fikir betul ke keputusan nak letak nama iman. Sebulan sebelum bersalin, farah bagitau hubby farah nak tukar. Aaliya. Sebab apa? Sebab utama dia, farah taknak ada orang sekeliling yang celupar + kurang asam jawa cakap hubby tiru abang dia bagi nama anak sepanjang hidup. Cukup lah orang pung pang pung pang pasal benda lain. Malas ai nak stress. Lagipun, Aaliya pun maksud elok. Bukan tak elok. 

Alhamdulillah. Nur Aaliya Medina sangat sesuai dengan tuan punya badan. Kadang-kadang kita parents ni lebih-lebih sangat pilih nama anak. Nak panjang lah, nak bunyi macam nama omputih lah. Asalkan maksud baik sudah. Setuju?

Bila sampai hari jadi medina, kami tak tahu nak beli kek atau tak. Bukannya dia pandai makan kek. Beli tak beli, beli tak beli. Akhirnya beli jugak kek. Kek kami beli kek biasa je dekat kedai kek yang dekat dengan rumah.
Ni lah sebab kenapa beli kek biasa hehe. Dah agak dah budak tu makan sampai jadi macam ni. 
Happy 1st Birthday Medina!!


Baca Selanjutnya »

6 Mar 2017

HAPPY NATIONAL DENTIST DAY

Hari ni baru farah tau ada hari dentist sedunia. Haha. Happy National Dentist Day to all dentist!!
Baca Selanjutnya »

2 Mar 2017

Dilema mak-mak

Hari ni farah termenung panjang. Dok fikir menu makan medina. Hari ni nak masak ape? Esok nak masak ape? Pagi nak breakfast ape? Benda ni boleh makan ke? Buah ni boleh makan ke? Macam mana nak tambah lagi sayur dalam makanan? (Sambil tebar senarai soalan yang takde orang nak tolong jawab)

Urrrrrrrrgh. 

Nyampah bila tak ada idea. Kesian medina kalau makan benda sama. Kita pun kalau makan sama je bosan tau. Mana ada orang boleh makan makanan sama seminggu pastu tak muak *ada, hubby lah orangnya*. 

Ai buntuuuuuuu. Tak tahu nak buat apa, bukak pinterest cari idea. Tapi kat pinterest ni banyak idea makanan omputih la. Apa salahnya tukar angin kan? Kita cuba makan cara omputih pulak. Mana tau kot-kot medina suka. 


Malam ni kita cuba masak menu baru kat medina. Doakan sis, gais.

Baca Selanjutnya »

Nurraysa || Produk Mesra Solat?

Nama nurraysa dah tak asing lagi kat Malaysia. Produk mesra solat, mesra wuduk ni memang ramai orang dah kenal.  

Nurraysa ni ada banyak produk. Dari body care, kosmetik hingga ke perfume. Macam-macam ada. 

Farah mula-mula terdetik hati nak cuba Nurraysa ni masa farah tengah cari lipstick colagen. Sebenarnya tengah cari lipstick Dnars, tapi xjumpa agen Dnars. Bila tanya kawan-kawan, ada yang bagitau Nurraysa pun ada lipstick colagen. 

Nurraysa ni senang sikit nak cari sebab agen dan dropship dia ramai. Tanya je kat facebook terus ada orang balas. Hehe. Nak senang memang cari orang yang boleh cod lah. Nak tunggu pos lambat pulak. 

Farah cuma beli dua benda. Lipstick colagen dan mascara. Kalau mascara ni farah cerewet sikit. Farah suka yang cepat kering. Sebab biasanya farah ambil masa yang cepat dan singkat untuk bersiap. Kalau yang jenis lambat kering, kena jaga mata tak boleh tengok atas, tak boleh kelip-kelip selagi tak kering. Kalau tak, sat lagi. Memang kelopak mata pun penuh mascara. Dah tercalit sana sini, kena lap balik, tak ke buang masa nama nya. Kalau pagi-pagi nak pi kerja, mane lah sempat nak lap-lap makeup.
Ni lah mascara Nurraysa. Lupa nak snap gambar batang kat dalam haha (maaf makcik dah tua).  Mascara ni pun mesra solat dan wuduk jugak. Kalau farah tak salah, maksud mesra wuduk tu boleh tanggal hanya dengan bilas air kan?

Farah memang jenis cuci make up dengan makeup remover dulu. Sebab ape? Sebab farah ragu-ragu haha. Walaupun depa dah terang-terang kata mesra wuduk, kita masih mengada pakai makeup remover. Biaq la. Kalau ragu-ragu nanti tak sah wuduk pulak.

Apa yang farah perasan, mascara ni lambat sangat kering. Bila pakai memang kena dok depan kipas, kasi kering. Mata pun kena jaga tak nak mascara lekat kat kelopak mata (yang paling tak suka). Leceh! Akhirnya, boleh kira berapa kali farah guna mascara ni. Sedihhh. Texture mascara dia best, lembut, halus. Sayangnya lambat kering.

Ni pulak colagen lipstick. Memang excited tak terkira nak pakai haha. Sebab dah lama gila tak pakai lipstick yang berubah warna nih. Dulu zaman budak-budak ade lah pakai. Tapi jenis murah punya.

Lipstick ni farah suka. Sebab senang. Calit je lepas tu biaq. Cuma sebab awal-awal dia tak ada warna, kalau sapu lebih dari bibir memang farah tak perasan. dah jadi cam badut haha. Kena ingat kan diri untuk tengok cermin semula lepas dah pakai.

Sepanjang farah pakai tu dalam 2 minggu, farah perasan bibir jadi kering. Mula-mula farah ingat healing crisis. Biar je la dan terus pakai. Tapi bila dah lama sangat, farah cuba berhenti dulu pakai. Farah pakai lipstick/liptint lain dulu sementara tu. Bila berhenti pakai bibir dah tak kering.

Lepas 2 bulan, farah cuba pakai balik, bibir mula kering balik. Jadi farah berhenti terus pakai. Mungkin lipstick ni tak sesuai dengan farah. Tak semua kosmetik sesuai dengan semua orang. 

Ha, nampak kesan dah test lipstick kat situ hehe. Lipstick ni farah rekomen kalau korang nak cuba lipstick colagen. Orang kata warna dia berubah ikut warna darah. Farah punya berubah jadi pink (Darah warna pink? Yay!) haha.
Sekian, babai!!





Baca Selanjutnya »

1 Mar 2017

Cheese Tart Kuali

Farah nak kongsi resepi cheese tart kuali hari ni. Sebenarnya Cheese tart kuali ni lama dah menular. Ceewah. Nak kena berlatih guna 'tular' bukannya 'viral' dah lepas ni. Haha. 

Cheese tart kuali ni farah cuba buat masa teringin nak makan cheese tart. Nak buat dengan oven, farah tak ada acuan untuk buat cheese tart. Jadi cheese tart kuali lah jawabnya. 
Jom cuba buat ramai-ramai. Senang je nak buat cheese tart ni. Tak perlu pakai mixer bagai. Kacau gaul pakai tangan je. 

Masa farah buat tart ni farah ada buat salah sikit. Farah canai doh tart tu tebal sangat untuk bahagian bawah. Bila masak tart tu perlukan masa yang lebih lama dah bahagian bawah tart tu berkemungkinan akan hangus. 

Jadi korang pastikan canai doh dia tak tebal sangat tak nipis sangat. Sedang-sedang. 

Nak makan farah suka simpan dalam peti dulu kasi sejuk. Tapi kalau korang suka makan hangat-hangat pun ok. 




Cheese Tart Kuali 
Resepi asal: Azlina Ina


Bahan-bahan untuk crust:

1/2 cawan butter atau majerin
2 cawan tepung gandum (guna tepung Cap Ros lebih rangup)
1 sudu kecil garam
1 biji telur

Cara-cara:

1. Ramas semua bahan untuk crust. Boleh letak bahan ini terus dalam bekas atau kuali yang hendak digunakan. Boleh tambah tepung sedikit-sedikit agar tidak terlalu melekat. 

2. Letak satu biji telur lalu gaul dan uli sampai jadi doh.
3. Letak doh dalam kuali dan ratakan sama ada guna senduk atau tangan. 

4. Ambil garfu, tekan di bahagian tepi doh. Jangan terlalu tebal. Kalau nipis masak lebih cepat dan sekata. Siap bahagian crust.


Bahan-bahan filling:

125g cream cheese (boleh guna lebih ikut saiz kuali)

1/2 cawan susu segar atau whipping cream untuk rasa lebih lemak.

3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat
1sudu kecil esen creamy vanila

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan ini menggunakan blender atau pengisar. Dalam bekas berasingan bancuh satu sudu besar tepung jagung dgn 1/4 cawan susu segar.  Masukkan bancuhan  dalam filling yang siap dikisar tadi. Kacau rata.  


2. Tuang filling dalam crust yang disediakan tadi.

3. Tutup rapat kuali semasa memasak. Kalau tak, lambat masak.

4. Gunakan api paling kecil supaya crust tidak hangit. Masak selama 30 - 35 minit mengikut api dapur dan jenis kuali yang digunakan. Jenis kuali yang tebal dan nipis tempoh masak berbeza.


Untuk menentukan tart sudah masak, perhatikan bahagian filling. Kalau dah keras dan crust nampak garing bermakna tart dah masak.

Farah buat crust terlebih tebal, jadi filling dia lambat masak. Ingat, crust jangan tebal tau.

Walaupun crust agak tebal, rasa dia masih sedap hehe. Biarkan sejuk dulu sebelum makan. Lagi sedap kalau korang dimasukkan dalam peti ais dulu. Yummeh~



Baca Selanjutnya »

28 Feb 2017

Cucur Udang Legend

Hari ni bekas pemandu klinik farah yang dah bersara tahun lepas datang melawat klinik. Sambil-sambil ambil kad kahwin staf yang nak kenduri tak lama lagi.
Makan bagi kuah banjir lagi best!!
Pak long mai siap bawak cucur udang lagi mai sini haha. Punya lah kita mengidam. Cucur udang ni selalu dah pak long beli petang-petang. Tapi kami semua tak tahu kedai dia kat mana. Pak long je tau.
Lama tak sembang.


Hari ni semua pakat dok tanya kat mana kedai tu. siap suruh pak long lukis peta lagi. Lain kali boleh pi sendiri bile teringin hehe.

Lepas ni makan lah cucur udang sampai muak hihi.

Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign