Blog Farah Sanusi: apam

Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

12 Dec 2017

Resepi Apam Susu

Resepi Apam Susu || Hujung minggu biasanya farah cuba buat kek. Sebab kalau hari kerja masa agak suntuk, tak sempat nak masak untuk bekal dan kek sekali. Farah selalunya pilih kek yang tahan lama dan senang untuk dijadikan bekal makan hari kerja.
Resepi Apam Susu
Resepi Apam Susu
Teringat pula sebelum ini apam susu pernah viral. Farah ada buat juga untuk makan, tapi belum pernah simpan resepi apam susu.

Sekarang nak buat apam susu semula, kena google balik resepi. Farah pun tak pasti resepi sama atau tidak dengan resepi yang guna sebelum ini. 

Jom buat apam susu!


APAM SUSU

Resepi asal: daridapur

Bahan-bahan:
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalette
1 cawan gula halus
5 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
Pewarna

Cara-cara:

1. Masukkan telur, esen vanila, ovalette, dan gula halus ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat. Pukul sebentar.

3. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati. 

4. Asing kan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna. Ikut lah berapa bahagian yang suka.

5. Tuang ke dalam loyang pengukus, selang-selikan warna. 

6. Kukus selama 45 minit sehingga masak.

Siap!
Resepi Apam Susu
Resepi Apam Susu
Lepas siap boleh potong dan ngap hehe. Apam kalau makan panas-panas pun sedap.

Selamat mencuba!

Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

Baca Selanjutnya »

13 Nov 2017

Resepi Apam 3 Bahan Viral

Resepi Apam 3 Bahan Viral ||  Seminggu ini nampak banyak betul orang kongsi resepi apam 3 bahan. Farah pun teringin nak cuba. Sebab orang kata sedap walaupun cuma 3 bahan.  
Resepi Apam 3 Bahan Viral
Apam 3 Bahan Viral
Balik kerja lepas makan malam,farah terus siap-siap bahan untuk apam 3 bahan ini.

Macam nama dia, bahan cuma ada tiga haha. Tapi korang boleh lah tambah bahan lain contohnya perasa, tak kisah lah pandan ke,vanila ke. Farah letak perasa vanila. Sebab farah suka bau vanila bila kek masak hehe.

Ok,jom kita buat Apam 3 Bahan Viral!!!

Apam 3 Bahan


Bahan-bahan utama:
1 cawan tepung - ayak
1 cawan gula 
3 biji telur - farah guna saiz b je

Bahan-bahan lain kalau nak tambah:
1 penutup esen vanila atau pandan atau lain-lain
Pewarna

Cara-cara:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan putih dengan menggunakan mixer. 

2. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan sambung pukul.

3. Kalau nak tambah boleh tambah vanila esen. Kalau tak, dah boleh mula kukus. 

4. Pengukus mesti lah dah mendidih sebelum letak apam. 

5. Kukus 30 minit. 

Dah siap boleh makan panas-panas hehe. 
Resepi Apam 3 Bahan Viral

Apam 3 Bahan Viral
Resepi asal farah sendiri tak tahu siapa punya. Sebab ramai sangat orang kongsi resepi. Sampai tak jumpa resepi yang asal.

Resepi yang farah baca pun banyak versi. Ada yang kata kukus 10 minit je. Tapi farah rasa yang tu untuk yang guna cawan cupcake atau bekas apam yang kecil tu. Kalau pakai loyang atau bekas macam farah,kukus 30 minit.

Rasa dia?

Sedapppppp. Tekstur apam ini ringan dan gebu. Lagipun kejap je siap. Puas hati sebab tak banyak kerja hehe. Sesuai untuk ibu-ibu yang nak cepat atau pemalas macam farah haha.
Farah ada terbaca komen orang yang buat apam ini guna blender. Katanya tak menjadi dan apam jadi berat. Jadi lebih baik jangan guna blender. Guna mixer, ok.

Selamat Mencuba!!



baca sini:
Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign