9 Dec 2017

Resepi Popcorn Karamel Mudah

Resepi Popcorn Karamel Mudah || Waktu balik kampung baru-baru ni, kak an ada buatkan popcorn karamel. Sedaaap! Sebelum ni rasanya pernah juga ternampak resepi popcorn. Tapi diri ini malas nak buat sendiri hehe. Baca resepi pun tidak.
Resepi Popcorn Karamel Mudah
Resepi Popcorn Karamel Mudah
Bila tengok kak an buat, rupanya senang je. Bahan pun tak susah nak cari dan tak mahal. Hasilnya, popcorn yang dapat tu boleh tahan banyaknya. Kalau beli sendiri di pasaraya atau panggung wayang memang sah-sah lagi mahal. 

Jagung kering yang kak an beli hari tu ada lebih sikit, jadi kak an bagi farah bawa balik. Farah pun nak cuba lah sendiri buat popcorn. 

Bila google resepi, ada banyak versi popcorn karamel ini. 

1. Guna susu cair
2. Guna whipping cream
3. Guna baking soda
4. Bakar
5. Tak bakar

Resepi karamel yang farah jumpa tak sama. Ada banyak versi rupanya. Yang farah buat ini ikut resepi kak an dulu. Farah guna susu cair dan bakar. Lain kali boleh lah cuba versi tanpa bakar pula. Nak tengok rangup atau tak hehe. 

Jom buat popcorn karamel!

POPCORN KARAMEL

Resepi asal: Supermama Ann

Bahan-bahan:
Jagung kering
Minyak masak/ marjerin
Gula kasar/gula kastor/gula perang
1 sudu besar butter - farah guna salted
Susu cair
1 penutup botol esen vanila

Cara-cara popcorn:

1. Panaskan minyak untuk goreng popcorn. Letak minyak cukup-cukup je. Jangan banyak macam nak deep fry pula. Kuali guna yang ada penutup. Sebab nanti popcorn melompat-lompat bila masak. 

2. Bila minyak dah panas, masukkan jagung kering cukup dengan jumlah minyak yang kita guna. Farah pun agak-agak sendiri. Kalau tak tahu, cuba buat sikit dulu. Batch kedua dah boleh agak banyak mana yang perlu. 

3. Biarkan popcorn masak sepenuhnya. Goyang-goyang kuali untuk pastikan semua masak. Bila dah senyap dan dah berhenti meletup maksudnya semua dah masak. Ketepikan popcorn yang dah masak.

Cara-cara Karamel:

1. Masukkan gula ke dalam kuali. Masak dengan api sederhana sehingga menjadi karamel. Kalau nak warna agak gelap, kena masak lama sikit. Tapi jangan lama sangat sebab nanti rasanya pahit. Farah guna gula kasar je sebab gula kastor takde. Tapi gula kasar lambat sikit nak cair semuanya. 

2. Bila gula dah jadi karamel. Masukkan butter. Kacau sebati. 

3. Masukkan susu cair dan esen vanila. Susu ini farah agak-agak jumlahnya. Masukkan sikit-sikit dulu. Kacau untuk tengok kepekatan. Farah buat karamel agak cair supaya senang untuk sebatikan dengan popcorn. 

4. Kacau sebati. Tutup api. 

5. Tuangkan ke dalam popcorn tadi. Farah guna besen besar untuk senang gaul. Gaul sekata. 

6. Ratakan popcorn yang sudah dicampur karamel di atas dulang pembakar. 

7. Bakar dengan suhu 120C 15-20 minit.

Siap!
Resepi Popcorn Karamel Mudah
Resepi Popcorn Karamel Mudah
Lepas siap bakar lebih baik terus angkat popcorn dari dulang pembakar. Kalau angkat waktu dah sejuk, popcorn banyak melekat di dulang. 
Resepi Popcorn Karamel Mudah
Ada budak datang kacau umi nak ambil gambar haha
Yang pertama farah bakar 15 minit, kurang rangup sikit berbanding bakar 20 minit. Tapi bila bakar 20 minit, warnanya sedikit gelap. Farah lebih suka bakar 20 minit, makan rasa krup krap krup krap hehe. Terpulang lah. Jangan bakar sampai kecut sudah. 

Selamat mencuba!

Kalau belum subscribe youtube farah, sila lah subscribe kat SINI dan SINI, facebook page kat SINI

Baca sini:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign