Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis || Minggu yang lepas farah balik kampung di Besut Terengganu. Macam biasa lah bila nak balik je farah mesti buat senarai makanan yang farah nak makan waktu di kampung. Hehe. maklumlah, cara masakan di Kedah dan di Besut tak sama. Kadang-kadang memang mengidam masakan dan makanan di sana.
Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis |
Sebenarnya nasi lemak bukan salah satu senarai makanan yang farah teringin. Tapi waktu hari sampai di rumah ada nasi lemak umi masak.
Waktu tu dah malam dah, sampai rumah mandikan medina, kemas-kemas barang sikit. Lepas tu farah dan hubby pula mandi. Maklumlah seharian perjalanan badan rasa melekit sikit. Hehe. Rasanya masa tu dah pukul 12 tengah malam, tapi farah nak juga makan nasi lemak umi haha. Supper pun supper lah.
Waktu tengah makan nasi, farah beritahu umi yang farah tak pandai masak nasi lemak. Dulu pernah sekali masak. Nasi jadi pelik. Santan berketul-ketul atas nasi. Sambal pula rasa cili kisar kuat sangat.
Umi kata kena cuba masak nasi lemak lah waktu dok kampung ini. Boleh umi ajarkan hehe. Masa itu ambil juga lah resepi nasi lemak dengan umi. Tapi ambil resepi lisan je. Tengah melahap nak tulis tang mana? Haha.
Tapi waktu di kampung tak sempat nak masak nasi lemak. Sibuk nak memenuhi senarai makanan yang farah buat haritu hehe.
Jadi haritu farah buat lah nasi lemak selepas fikir panjang. Bukan senang buat keputusan nak buat ini. Farah ini jenis trauma bila masak tak menjadi haha.
Alhamdulillah menjadi juga nasi lemak kali ini. Kat mana silapnya nasi lemak farah yang dulu?
Nasi tu farah tak tahu mana silapnya. Mungkin santan banyak sangat?
Kalau sambal pula, farah tumis cili kisar tu tak cukup masak. Sebab tu lah rasa cili kisar tu rasa original macam tak masak. Hehe. Sekarang dah tahu ini banyak bersabar sikit menunggu cili kisar garing. Tak mau dah sambal rasa cili kisar. Nak makan tak lalu.
Resepi kali ini sebenarnya resepi yang umi cakap lisan. Tapi farah rujuk juga aziekitchen untuk sukatan beberapa perkara.
Ok, jom buat nasi lemak sambal ikan bilis!
NASI LEMAK SAMBAL IKAN BILIS
resepi asal: umi + aziekitchen
Bahan-bahan sambal ikan bilis:
1 mangkuk ikan bilis - cuci dan goreng.
1 biji bawang holland - mayang
2 sudu besar gula
garam
2 keping asam keping
20 cili kering - kisar
2 biji bawang merah besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
air secukupnya
Cara-cara Sambal ikan bilis:
1. Panaskan minyak untuk menumis. Minyak kena banyak untuk tumis bahan kisar. Kalau minyak sikit nanti tak garing dan tak sedap. Tumis bawang holland yang dihiris tadi hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga cili betul-betul masak, garing dan pecah minyak.
3. Lepas garing, masukkan gula dan kacau rata.
4. Masukkan air mengikut kepekatan yang kita nak.
5. Masukkan asam keping, garam, dan ikan bilis.
6. Kacau hingga sambal masak.
Bahan-bahan nasi:
Beras
air
1 cawan santan
1 inci halia - hiris
Cara-cara nasi:
Cara sukat air bergantung pada beras yang kita guna. Farah bagi contoh cara farah masak nasi.
Contohnya masak nasi 2 beras dan air sampai nombor 2. Farah akan masukkan beras dan santan terlebih dahulu. Lepas itu baru isi air sampai nombor 2. Ha gitu hehe. Betul ke tak tak tau lah. Tapi menjadi lah. Masukkan halia sekali, baru masak nasi macam biasa. Umi kata lepas nasi masak, kacau nasi sikit dulu dan biar dia masak sikit lagi.
Kalau tengok aziekitchen punya resepi, dia masak nasi macam biasa dulu, lepas nasi masak baru lah dimasukkan santan dan dimasak sekejap lagi. Farah tak guna cara tu sebab farah takut nasi jadi lembik. Farah tak suka nasi lembik hehe.
Boleh lah hidangkan nasi lemak dengan sambal ikan bilis, telur rebus, hirisan timun batang dan ikan bilis goreng.
Siap!
Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis |
Selamat Mencuba!
Baca sini:
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/