Tidur Lebih Nyenyak Dengan Body Pillow LeComfy || Farah dah lama sakit belakang. Sebelum kahwin lagi. Teruk kan? Haha. Muda-muda dah sakit belakang. Tak tahu lah sebab apa. Ada orang kata sebab berat badan. Ada kata sebab postur tak betul. Ada kata sebab suka tidur meniarap. Yang mana satu tak tahu lah. Mungkin betul mungkin tak betul.
Tapi farah perasan sakit belakang farah makin teruk selepas keguguran waktu tahun 2014. Kadang-kadang baring kejap, lepas tu bangun pun sakit belakang.
Kalau tidur malam lagi lah dahsyat. Bangun pagi tu jalan macam tok-tok lah. Langkah pun sakit. Nak tunduk ambil barang apatah lagi.
Sakit belakang farah ni kejap ada kejap takde. Jadi farah sendiri tak tahu sebab apa. Farah ingat lepas bersalin medina pun sakit belakang juga. Tapi orang kata biasalah lepas bersalin.
Ada orang berebut bantal dengan umi haha. |
Dah lama farah teringin nak beli body pillow. Masa perut sarat dengan medina dulu nak tidur malam memang tak lena sebab tak selesa. Waktu tu ada juga survey kedai online yang jual body pillow. Tapi farah tak berkenan.
Kebanyakan nampak tak berkualiti, kemek semacam haha.
Kebetulan baru-baru ni terjumpa body pillow LeComfy ni. Tengok review nampak ok. Artis pun ada guna body pillow ni.
Lepas survey dua tiga hari, farah pun beli. Hehe.
Alhamdulillah sangat puas hati.
- Tidur bertambah-tambah selesa.
- Sakit belakang kurang bila bangun tidur.
- Boleh buat sandar belakang masa duduk atas lantai waktu tengok TV.
Waktu mula-mula sampai, dia lah rasmi dulu hehe. |
Siap nak demo cara guna. |
Lelaki pun boleh guna. Tapi hubby tak guna pun. Kena beratur dengan farah ngan medina hehe. |
Ada 2 jenis. U-shape dan G-shape. Farah pilih U-shape sebab kalau waktu tidur tu nak tukar pusing kiri kanan senang sikit. tak payah alih bantal hehe. |
Tak menyesal beli bantal ni. Menyesal sebab tak beli awal-awal hehe.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/