Pengalaman Hilang Pasport di Korea || Entri pertama nak cerita
pasal pasport dulu hehe. Mungkin ada yang dah tahu pasal farah dan hubby hilang
pasport masa kami ke Korea minggu lepas. Pasport kami hilang selepas 1 jam
sampai ke Korea. Farah belum cerita lagi
kat sesiapa macam mana pasport kami boleh hilang. Ni baru lah nak bercerita.
Kami sampai di Incheon
International Airport pukul 8.20 pagi waktu Korea. Sampai di sana, Atul tour
guide kami whatsapp kami untuk
beritahu dia dah tunggu di gate. Lepas ambil beg, stroller semua kami terus pi
cari atul.
Lepas jumpa, farah dan hubby
minta izin nak bagi susu untuk medina dulu. Dalam flight dah terlepas waktu minum sebab medina tidur. Sambil-sambil, atul briefing sikit apa aktiviti kami untuk hari tu.
Perjalanan dari Incheon
International Airport nak ke Shinchon Hostel mengambil masa 1 jam dengan
bas. Dekat sini bus airport diaorang
panggil limousine. Farah tak tahu lah cuma kat airport sini atau satu Korea
panggil macam tu haha.
Lepas sejam kami sampai di
hostel, check in bilik. Dapat bilik
tingkat 6. Nasib baik lah ada lif. Kalau tak pancit lah nak dukung medina
sambil panjat tangga. Hihi.
Atul bagi masa untuk rehat dalam
45 minit. Nak mandi boleh lah sebab perjalanan nak sampai dah dekat sehari.
Kami mandikan medina dulu. Orang besar tak mandi takpe haha.
Dah siap-siap nak turun, hubby
cek balik beg dia,
“Pasport ngan ara kan?”
“Eh, takde. Ara tak pegang.”
Masa ni memang berderau darah.
Berdebar tok sah cakap. Habis kami punggah beg cari beg pasport kami.
Pasport kami bertiga ada dalam
satu beg pasport kecil yang farah beli. Dalam tu ada 3 pasport, 3 kad
pengenalan dan duit Korean won bernilai RM 2K.
Semua harta yang bawak ke Korea
hilang.
Hubby lari turun kat ground floor nak cari di stroller
kot-kot ada terselit. Stroller kami tinggal di lobi je, depan kaunter.
Farah dalam bilik sambung cari
dalam beg. Kepala dah memang tak fokus. Medina masa ni tengah gembira
berlari-lari dalam bilik. Kejap-kejap dia mai peluk farah. Rasa bersalah sangat
sebab tak dapat nak layan dia dok main.
Masa ni farah fikir, mati la kami
kena dok Korea, tak boleh balik Malaysia dah. Nak kena resign kerja lagi. Haha.
Bila fikir balik macam malu pulak.
Farah cuba bertenang dan fikir
balik bila kali terakhir nampak pasport tu. Hubby naik balik lepas cari pasport kat
stroller. Tak jumpa jugak. Hubby dah
bagitau atul pasal pasport hilang. Lepas tu kami turun bawah.
Bila farah fikir balik, baru lah
farah ingat, akhir sekali farah yang pegang beg pasport tu lepas keluar
imigresen. Farah hulur kat hubby masa nak bagi medina susu di airport. Lepas tu
hubby simpan dalam beg galas dia. Kami tak buka beg tu sampai lah dalam bas
waktu farah minta powerbank.
Dalam memori farah, farah tak
ingat pun ada nampak beg pasport tu dalam bas. Tapi farah ingat hubby ada pesan
jangan bagi medina main beg pasport tu takut hilang. Hehe.
Bila kami dah confirm kat mana
beg tu hilang, atul telefon orang di airport untuk buat report. Bas yang kami
naik tu memang bas airport. Jadi bila ada masalah, kami kena berurusan dengan
airport bukan pihak bas untuk selesaikan. Mujurlah atul ingat bas yang kami
naik tu pukul berapa, jadi boleh tahu bas yang mana satu mengikut jadual.
Lepas buat report, kami cuma boleh
tunggu orang airport contact atul
semula untuk maklumbalas. Tapi tak tahu bila akan dapat maklumbalas.
Sementara tu atul tanya kami, nak
jalan-jalan atau nak rehat je. Farah jawab jalan je lah sebab kalau dok diam
pun sama je. Kalau ikut itinerary
kami akan ke Itaewon pagi tu.
Sampai kat Itaewon, atul bawa
kami makan dulu. Rasanya farah je yang makan banyak haha. Medina meragam sebab
mengantuk. Dalam flight waktu malam sebelumnya medina tak tidur sangat. Mungkin
sebab tak selesa.
Lepas hubby dodoi medina, barulah
hubby join kami makan. Tapi hubby pun makan berapa mulut je. Atul kata ni kali
pertama dia makan tak habis hahaha. Punya lah bimbang kat kami. Kesian atul.
Makanan yang tak habis kami bungkus, simpan untuk makan malam.
Lepas makan, kami ke Itaewon
Mosque untuk solat. Sepanjang berjalan-jalan ni atul memang dengan telefon je. Telefon
sana sini.
Farah dengan atul solat dulu,
lepas tu baru lah hubby solat. Sujud lama-lama, doa minta jumpa balik beg pasport
kami. Duit hilang pun tak pe lah. Asalkan dapat balik pasport dan kad pengenalan.
Atul kata hari esoknya, pagi-pagi
kami perlu ke Malaysia Embassy untuk buat laporan hilang pasport kalau tak
jumpa jugak hari ni. Kami tak perlu risau untuk balik Malaysia kalau tak ada pasport.
Embassy akan uruskan.
Lepas farah solat, farah pi kat
hubby untuk ambil medina. Farah pesan kat hubby suruh solat hajat sekali. Tengok
hubby nak senyum pun dah tak boleh. Muka dah tak ceria dah.
Sementara tunggu hubby siap
solat, teman medina main stroller. Atul dok cakap telefon. Lepas tu atul datang
kat farah dengan muka tenang,
“Ok kak….Pasport dah jumpa.”
Ya Allah masa ni rasa nak korek
telinga kot-kot salah dengar. Nak menangis pun ade. Tak tahu nak cakap macam
mana gembiranya dengar atul cakap dah jumpa.
Hubby siap solat, terus farah bagitau
berita gembira. Masa ni baru lah muncul semula senyuman hubby ceewah. Hehe.
Itaewon Mosque. Waktu ni dah dapat berita gembira. |
Untuk dapatkan balik pasport tu, kami
kena ke airport dengan Shahirah. Shahirah ni pun tour guide juga. Dia ada
telefon dan berurusan untuk dapatkan pasport kami. Sebelum pi airport kena pi
jumpa shahirah dulu sebab dia tengah bawa guest jalan-jalan.
Kami ke Deoksugung Palace, jumpa
shahirah di sana. Lepas ni naik teksi ke airport. Dari airport naik teksi lagi
ke tempat parking bas.
Alhamdulillah.
Dapat balik beg pasport kami
lengkap dengan pasport 3 orang, kad pengenalan dan duit semua sekali. Diaorang
kata, kalau hilang kat Malaysia, memang tak jumpa balik dah.
Pasport kami jumpa balik dalam
masa 6 jam lebih je. Farah ngan hubby tak tahu nak cakap macam mana betapa kami
berterima kasih dengan atul dan shahirah sebab bertindak pantas.
Rasa bersalah juga dekat guest
yang shahirah bawa. Sebab kami, jadual depa kacau huhu.
Apa-apa pun, ni pengalaman yang
kami dapat masa melancong. Pengalaman pahit sekarang dah jadi manis hehe. Lain kali
kena lebih alert. Terutama bila bawa budak, barang banyak sangat sampai
terlepas pandang.
baca sini:
Bercuti di Korea || Day 1
Bercuti di Korea || Day 2
Bercuti di Korea || Day 3
baca sini:
Bercuti di Korea || Day 1
Bercuti di Korea || Day 2
Bercuti di Korea || Day 3
Betul tu.bila travel ni kena banyak alert..
ReplyDeletesetuju. Kalut macam mana sekali pun still kena alert
DeleteYa allah..nasib baik jumpa hari yg sama.kalau akak mmg x leh nak pi mana2 dh...selagi x jumpa kan
ReplyDeleteBoleh jalan-jalan. Mostly tempat tak pakai pasport. cuma tak boleh nak shopping lah duit tak de hehe
DeleteNasib baik pergi Korea haritu smooth je, yang dalam video tu cheese nan ke? meleleh air liur tengok
ReplyDeletehttp://tarotthefool.blogspot.com/2017/05/the-royal-ground-of-gyeongbokgung-palace.html
Tu piza. Carbonara cheesy tteok piza. Bahagian atas je kulit piza haha.
DeleteMemang sedap gila. Nnt kalau jumpa sulbing boleh la pi try. Ni kat sulbing lah =)
gigih baca cerita ni. hahha.. alhamdulillah semua dh jumpa.. Kalau tak mmg tak bercuti la ye.. hati x tenang..
ReplyDeletetu lah. Masa tak jumpa lagi tu memang nak senyum pun tak boleh. Nak jalan-jalan dah takde mood.
DeleteSeramnya bila passport hilang. Paling penting tu kalau ke luar negara kan. Alhamdullilah. Sekejap je dah dapat passport balik.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Memang syukur sangat dapat jumpa balik. salah diri sendiri jugak tak cek tempat duduk sebelum turun bas.
Deletemasalah besar kalau hilang passport ni
ReplyDeletebesar masalah uii. Nyaris2 kena pi embassy hehe
Deletememang menakutkan bila hilang passport...Alhamdulillah nasib baik dapat balik kalau tak mmg payah la dan mesti spoiled holiday kat sana.. ;D
ReplyDelete