Kami bertolak dari Langkawi pukul
6 petang dengan Airasia. Pukul 7 malam dah sampai ke KLIA2. Tapi flight delay
sikit, jadi sampai lepas maghrib. Flight untuk ke Incheon International Airport
pula pukul 1 pagi. Ada 6 jam untuk bertolak. Asalnya kami memang pilih waktu
malam dengan harapan medina tidur sepanjang perjalanan.
Lepas sampai KLIA2, ambil beg
siap-siap dan nak solat. Waktu maghrib macam ni biasanya medina mengantuk tapi
kami tak bagi tidur bila di rumah. Sekarang dia meragam sebab mengantuk, jadi
hubby bagi juga dia tidur. Farah pi solat dulu lepas farah solat baru hubby.
Suka betul dengan surau di airport. Selalu selesa dan kemas. Nak rehat pun
best. Kalau jalan sorang-sorang mesti mai lena dalam surau agaknya hehehe.
Waktu hubby pi solat, medina
sedar dari tidur. Lepas tu dah tak tidur dah. Kami bawa pusing-pusing airport.
Seronok betul dia dapat berjalan dekat kawasan yang luas. Maklumlah rumah kami
sempit. Jalan sikit dah jumpa dinding. Pusing tempat sama je lah.
Lepas dia sedar, mama tok dia telefon. Tapi medina takut sebab mama pegang fon dekat sangat haha. |
Nak tunggu flight pukul 1 pagi
punya lah penat. Nasib baik Berjaya tidurkan medina sebelum naik flight.
Mula-mula kami sangka dia akan tidur sepanjang malam. Memandangkan di rumah
medina biasa tidur tak bangun. Tapi dia asyik sedar dan menangis. Medina ni
jenis tidur nak pusing-pusing 360 darjah. Kalau ada halangan tak boleh pusing
dia akan marah. Rasanya sebab tu lah dia sedar. Tak selesa tidur atas farah.
Maka esoknya kami bertiga tak
cukup tidur. Tiga-tiga bad mood haha. Sampai di Incheon International Airport,
jumpa dengan tour guide kami, Atul. Dia dah tunggu siap-siap di gate. Dari
airport nak ke hostel mengambil masa dalam 1 jam. Kami naik bas airport.
Tambang semua termasuk dalam pakej yang kami ambil, jadi atul yang akan
bayarkan.
Bas dia ada seatbelt sorang satu. Sebelum bertolak driver mai cek suruh pakai seatbelt. |
Waktu ni boleh lagi sengih-sengih, pasport tak hilang lagi haha. |
Oh lupa nak cerita pasal pakej.
Farah dan hubby ambil pakej ke Seoul dan Nami Island dengan travel agency. Kami
pilih pakej private. Maksudnya hanya kami je, tak ade orang lain. Pakej private
biasanya lebih mahal dari pakej berkumpulan. Tapi tak apa lah. Susah nak
berjalan dengan orang ramai bila bawa baby. Nak berhenti minum susu, tukar
pampers tak boleh berhenti sesuka hati.
Bila ambil pakej private sebenarnya pakej tu
adalah pakej backpacking. Akan ada banyak naik public transport untuk berjalan
dari satu tempat ke satu tempat.
Asalnya farah tak ambil tahu yang
kena berjalan ahaha. Mujurlah kami bawa stroller untuk medina. Kalau tak, hari
pertama dah sakit belakang.
Sambung cerita. Kami sampai di hostel
dan terus check in. Kami duduk di ShinChon Hostel. Dekat je dengan Ewha Women University. Jalan kaki dah boleh
sampai. Atul bagi masa untuk kami rehat dalam 45 minit sebelum bertolak ke
Itaewon. Sampai je kami terus mandikan medina. Tak sempat rehat langsung haha.
Masa nak bertolak ni lah yang kami sedar beg pasport kami bertiga hilang.
Kalau korang nak tau cerita pasport kami
hilang, boleh baca kat sini.
Nak ke Itaewon dari hostel kena
ambil train/metro. Sepanjang berjalan disini memang train lah pengangkutan
kami. Usung medina dengan stroller naik train. Hehe. Hubby akan dukung medina,
farah akan angkat stroller. Walaupun stroller lagi besar saiznya, tapi medina
lagi berat dari stroller. Sebab tu lah hubby yang kena bawa medina. Farah tak
larat dukung dia.
Ada orang tak nak duduk diam. Nak lari-lari dalam train. |
Kat Korea ni nak naik public
transport akan guna T-money. Macam kad ni ha. Kad ni boleh beli je kat
convenience store. Farah tengok dalam 7-Eleven sini pun ada. Lepas tu topup
baki kad dekat mesin dia. Yang ni semua atul uruskan. Kami pegang kad je lepas
dia bagi. Hehe. Sorang dapat satu.
Ni kad T-money. |
ITAEWON STREET
Di Itaewon kami lunch dulu.
Sepanjang jalan di Itaewon street, farah tengok kedai makan di sini banyak
makanan arab. Berlambak-lambak. Terjumpa juga Mr. Kebab yang famous ni. Tapi
kami tak singgah beli kebab sebab takut kenyang pula. Lepas makan ingat nak
beli aiskrim dia, tapi lupa haha.
Atul bawa kami makan di Eid-Halal
Korean Food Restaurant. Tengok nama dah kenal. Memang bila farah survey tempat
makan di Korea, akan jumpa nama restoran ni. Atul order 3 jenis makanan. Samgyetang,
bulgogi dan ayam goreng pedas (lupa pula nama atul bagitau haha).
Kat Korea ni makan mana-mana pun
akan dapat side dish complementary. Kat sini ada 3 side dish kami dapat. Dapat
juga merasa kimchi Korea hehe. Kimchi sini tak sama langsung rasanya dengan
Malaysia. Sedapnya jauh beza. Farah makan banyak sampai atul kata, “akak suka
kimchi ya?”. Padahal sebelum ni tak suka pun hihi.
Makanan sedap sangat masyaAllah.
Bulgogi rasanya manis. Tapi bukan
manis gula sampai kita tak boleh makan. Atul kata manis dalam bulgogi tu sebab
dia akan letak air buah pear waktu masak. Ha, betul la tu selalu tengok dalam
variety show. Hubby tak makan daging jadi dapat lah farah makan banyak-banyak
bulgogi. Hari kedua pun dok teringat lagi sebab sedap hehe. Atul kata tak semua
tempat rasa sedap. Ada juga tempat yang masak tak sedap. Jadi kena pandai cari
tempat yang masak.
Samgyetang ni farah expect rasa
macam sup ayam. Tak teringin pun nak cuba. Tapi rupanya rasa dia tak sama
langsung. Kalau ikut logik memang lah tak sama, depa pakai rempah bukan sama
dengan kita kan hehe. Ada rasa daun bawang. Rasa dia sedap, farah suka. Farah
tak pasti ginseng dan jujube yang depa letak tu menyumbang atau tak kepada rasa sup dia.
Ayam goreng ni ada sekali dengan
tteok (rice cakes). Termakbul juga hajat nak makan rice cake sini hehe. Rice cake
kalau kat Malaysia pun sedap juga. Tapi kena lah merasa yang negara asal dia.
Yang ni pun sedap! Hubby banyak makan ayam ni dari lauk lain.
Seaweed soup pun ada. Farah tak
suka seaweed. Farah cuba semulut je haha.
Omija tea. Sedap juga rasanya. |
Waktu ni passport kami hilang
lagi, semua orang takde selera. Farah je yang makan banyak. Tapi tu pun tak
sempat makan habis semua. Samgyetang kami tapau untuk makan malam. Lepas siap
lunch, kami ke Itaewon Mosque untuk solat.
ITAEWON MOSQUE
Jalan di sini berbukit bukau.
Memang pancit. Nampak sangat kami tak fit. Haha. Nak naik Itaewon Mosque lagi
lah. Tinggi macam hiking jalannya. Bahaya.
Tempat solat perempuan di tingkat
4, kami tak larat nak naik tangga, jadi kami solat di bilik dekat bawah je. Kat
sini pun biasanya ramai orang solat. Telekung pun ada di sediakan. Yang tak
bestnya, tempat wuduk jauh di belakang. Nak pi ambil wuduk akan lalu depan
tempat lelaki. Tak selesa sikit lah.
DEOKSUGUNG PALACE
Waktu hubby siap solat, kami
dapat berita tentang passport kami. Plan asal berubah sikt. Kami kena ke
Deoksugung Palace dulu untuk berjumpa dengan shahirah. Shahirah lah yang akan
teman kami ambil passport di airport.
Waktu ni shahirah tengah bawa
guest dia melawat, jadi kami dan guest dia akan tukar tour guide. Untuk sementara
waktu. Atul akan bawa guest shahirah sementara shahirah teman kami ambil passport.
Sebenarnya rasa bersalah sangat
sebab kacau jadual depa. Tak sempat nak berkenalan dengan guest shahirah, tapi
farah dan hubby minta maaf banyak-banyak.
Kami tak masuk pun Deoksugung palace. Cuma tunggu di luar pintu.
Hehe. Deoksugung Palace ni kecil sikit kalau dibandingkan dengan Gyeongbuk
Palace yang akan kami pergi nanti.
Dari Deoksugung palace, kami ke airport
naik teksi dan train.
HONGDAE
Jumpa dah beg passport kami. Tu yang hubby pegang tu hehe. |
Selepas hal passport selesai,
shahirah bawa kami ke hongdae untuk jumpa semula dengan atul. Sebab guest
shahirah nak makan daging, tapi atul tak tahu tempat nak bawa katanya. Sambil
tunggu atul, kami pi Sulbing.
Memang langkah kanan. Sulbing pun
salah satu tempat yang farah nak pi bila pi Korea. Teringin lama dah. By the
way, cara sebut dia sol-bing, bukan sul-bing.
Dapat juga pegang benda ni. Bila order siap dia bergetar. Jakun giler haha. |
Ni air teh. Tapi warna dia jernih. Minum dalam cawan kertas lembik. Kalau terpenyek terus tumpah haha. |
Kami order satu je. Yang ada
mango dan cheesecake. SEDAPPPP! Farah makan paling banyak seperti biasa haha. Menyesal
order satu je.
Medina meragam sepanjang hari pertama sebab dia penat tak tidur malam. tidur siang tak sama dengan tidur malam. |
Sulbing dekat Hongdae ni penuh
dengan couple. Waktu kami tu dah dekat malam. Tambah pula hari ahad kan hujung
minggu. Ramai lah yang ke sana sebab sana banyak pub orang kata hehe.
Lepas atul sampai kami balik
semula ke Shinchon Hostel. Atul cadangkan makan take out je malam pertama ni.
Kami pun on je sebab dah penat ulang alik ke airport.
Dinner makan nasi telur ikan.
Cara makan dia kena hancurkan telur mata tu pastu gaul semua sekali. Farah tak
suka sangat sebab rasa seaweed kuat. Telur ikan tu pun farah tak makan, farah
asingkan hahaha. Cerewet tak? Hubby suka nasi ni. Dia kata sedap.
Tengok side dish pun dapat
sekali. Pickle ni selalu tengok dalam tv. Rupanya rasa dia macam jeruk. Ala,
korang dok makan jeruk Pak Ali tu, lebih kurang camtu lah rasanya.
Ni dapur dalam hostel kami. Luas sangat. Siap ada sofa, tv, keyboard, gitar (tapi patah). Pinggan mangkuk, alatan memasak semua diasingkan muslim dan non-muslim. |
Ni lah banana uyu yang famous tu. Farah beli dekat 7-eleven yang dekat dengan hostel. |
Ada banyak lagi perisa. farah paling suka strawberry dari banana. Perisa lain yang ada macam melon, coklat. Yang penutup biru tu farah tak pasti rasa ape. |
Sini ada mesin basuh. Free je untuk guna. Kami memang bawa baju sikit sebab nak jimat ruang. Basuh tiap-tiap hari pastu recycle. |
Tamat hari pertama! Nanti farah update hari kedua kami pi mana ya.
Babai~
Baca sini:
Bercuti di Korea || Day 4
Bercuti di Korea || Day 3
Bercuti di Korea || Day 2
Pengalaman Hilang Passport di Korea
Babai~
Baca sini:
Bercuti di Korea || Day 4
Bercuti di Korea || Day 3
Bercuti di Korea || Day 2
Pengalaman Hilang Passport di Korea
Syafi masa blk dr Korea meragam dan asyik menangis sebab demam. Penat rasa 6 jam blk tu.
ReplyDeleteBila lah nak ke sana semula 😊
Waktu balik kami flight pagi. Medina tak nangis sangat. Lepas ni tak nak dah amek flight malam. 6 jam rasa macam setahun haha.
DeleteTu lah rasa nak pi lagi kan?
BAca catatan Farah ni rasa nak pi sekarang juga.
ReplyDeletePenat juga ya jalan kaki..
Waiting for the next entry :)
Penat kak long. Sebab bawa budak kecil. Tapi lagi best sebab boleh jumpa ramai orang. Kalau dalam train tu mesti atuk nenek tegur medina hehe
Deleteentry ni lengkap dapat bantu saya buat itinerary 😊 in sha Allah, saya ke korea 3/2018 jemput singgah blog saya https://thirtynetwork.com/redvelvet
ReplyDelete