Korang tahu tak LIMA ni apa? Farah pun tahu sebab dok sini. Dulu tak pernah ambil tahu pun.
LIMA adalah Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition. Pameran ni diadakan dua tahun sekali. LIMA berlangsung selama 5 hari. Dua hari terakhir adalah bila pameran dibuka untuk orang awam.
Pameran di bahagikan kepada dua, aerospace dan maritime. Pameran aerospace diadakan di MIEC (Mahsuri International Exhibition Centre). Maritime pula dekat Resort World. Untuk tahun 2017, dianggarkan 550 company dari 38 negara akan mengambil bahagian untuk LIMA. Banyak tuuuuu.
Tiket untuk masuk ke MIEC pulak RM10 untuk dewasa. Bagi yang berumur 18 tahun kebawah, warga tua dan kurang upaya masuk adalah percuma. Bawa kad pengenalan masing-masing semasa pendaftaran. Setiap orang akan diberikan tag di pintu masuk.
Aturcara pameran ada di website rasmi LIMA. Lebih bagus kalau korang tengok dulu aturcara sebelum pergi supaya tahu bila persembahan diadakan.
Tahun ni farah tak berpeluang untuk pi tengok pameran. Cuma tengok jet kat tepi jalan je hehe. Nak bawa medina pi sekali, kesian sebab panas. Nak tinggal dia pun kesian jugak. Dah hari kerja tak selalu jumpa farah dan hubby. Jadi kami buat keputusan untuk tak pi.
Sebenarnya tahun ni ada ura-ura mengatakan yang tahun ni adalah tahun terakhir LIMA berlangsung di Langkawi. Mungkin sebab tu jugak ramai orang pi. Tapi kalau tak buat kat Langkawi, nak buat kat mana? Dah nama pun Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition kan? Hihi.
Kalau korang nak datang LIMA, sila tempah semua tempat tinggal (hotel, guesthouse dan lain-lain) dan pengangkutan awal-awal. Kalau sebulan sebelum tu dah agak lewat. Harga hotel dan kereta sewa waktu LIMA memang naik. Tambah lagi tarikh jatuh pada cuti sekolah. Rate memang melambung naik.
Lagi satu, lebih baik korang bawa payung dan topi semasa datang tengok pameran. Kalau tengok pameran dalam dewan MIEC tak panas. Tapi masa persembahan jet, korang akan dok kat tengah-tengah panas. Kalau bawa budak memang kesian.
Bawak air mineral siap-siap. Memang sangat memerlukan. Kat sana ada orang jual air, tapi bukan di setiap tempat. Lebih mudah kalau bawa sendiri. Handphone cas kasi penuh. Bawa powerbank sekali. Sebab kat sana korang akan ambik gambar dan video banyak-banyak hihi.
Nak ke pameran tu pakai lah pakaian yang selesa. Seluar lebih bagus. Terutamanya kalau nak ke maritime. Nak panjat tangga pakai skirt susah oii. Beg galas lebih sesuai dari beg tangan kalau korang bawa banyak barang. Lepas tengok pameran pun dapat banyak cenderahati, boleh letak dalam beg galas. Kasut pula pakailah yang selesa. Jangan pulak pi pakai kasut tumit tinggi. Cermin mata hitam/gelap pun korang bawa lah. Lebih selesa nak tengok airshow.
Eh lupa nak cerita pasal tiket feri hehe. Kalau korang keluar masuk Langkawi dengan feri, farah nasihatkan beli terus tiket keluar masuk siap-siap. Tiket boleh dibeli sehari sebelum tarikh yang kita nak. Beli online boleh, beli kat kaunter tiket pun boleh. Musim cuti sekolah dan ada event macam ni tiket akan habis cepat.
Perjalanan nak ke Jeti Kuah biasanya akan sesak waktu cuti sekolah, Jadi lebih baik bertolak awal sejam atau lebih. Terlepas feri kang naya.
Babai~
*gambar dari laman web rasmi LIMA 2017
No comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/