Hari ni ngantuk tak tau nak habaq. Bawak kereta pi keja rasa macam tak fokus kat jalan langsung. Punya la ngantuk.
Mai keja, buat keja semua tak berkualiti haha. Sape suruh tak tido lepas sedar malam tadi kan?
Malam tadi terbangun malam sebab medina nangis pampers basah. Masa tu pukul 3 pagi. Dah tukar pampers dia, mata tak mau lena.
Dok la baring-baring kot-kot bole lena. Sampai pukul 3.30 pagi tak lena jugak, farah bangun la sahur. Alang-alang tak boleh tidur kan.
Dah dok tempat kerja pun ngantuk, ter-google la cara menghilangkan ngantuk. Meh sini nak share hihi.
1. Basuh muka. Benda basic ni kalau ngantuk pi basuh muka. Farah malas nak basuh muka masa kerja, habis makeup tanggal haha.
2. Buat senaman ringan. Ha yang ni senang. Kalau malas nak bangun dari kerusi tu buat upper body dah cukup.
3. Pi dok tepi pokok haha. Sebab ape? Sebab bila ngantuk ni maksudnya oksigen tak cukup kat otak. Jadi korang pi duduk tepi pokok sedut-sedut oksigen hihi.
5. Ambil wuduk. Kalau dah buat semua yang atas tadi tapi tak hilang jugak, pi ambil wuduk pastu solat sunat.
Masa farah student dulu selalu tidur lewat sebab nak study. Memang bawak buat no.5 lah kalau ngantuk. Tapi farah tak tahan lama jugak. Lepas solat sunat 15 minit dah terlelap haha.
kalau saya dulu ngantuk time keja...ambil bantal bentang bawah meja, tidor hahahaha...tapi OT la sampai pagi cover kerja tak siap hehe apa pun have a nice day farah.
ReplyDeleteBawah meja sempit tak bole tidur haha. Kalau boleh pinjam sofa bilik bos ok jugak bole landing2 hihi.
Deletehahaha mai kalau ngantuk ubatnya tidur sekejap lah...segala aktiviti dari telan cafein berguni (hiperbola) atau main air ke senaman ke semua tak berkesan.
ReplyDeletetau takpe. Balik rumah qada tido baru rasa segar hehe
Delete