Sape kat sini tak pernah pi Cameron Highland? Ade ke? Farah rasa farah je kot yang tak pernah pi. Bukan tak pernah pi langsung. Maksud farah tak pernah pi masa dah besar ni, pi sendiri bukan PAMA sponsor, bukan lawatan sekolah. Hehe. Kira tak pernah pi la kan?
Masa pi ikut lawatan sekolah, masa tu sekolah rendah. Tak ingat pun buat aktiviti ape. Yang farah ingat pasal Cameron ni, suhu dia sejuk dan makan jagung kat pasar malam. Tu je memori lawatan ke Cameron hihi.
Jadi bila sekarang farah dan hubby plan nak pi Cameron, farah agak berat hati mulanya. Sebab farah rasa tak ada tempat untuk jalan-jalan, tak ada tempat makan dan lain-lain.
Ni kali ke dua kami plan nak pi Cameron. Sebelum ni terpaksa batalkan plan sebab cuaca. Kalau tak silap farah masa tu ada tanah runtuh. Jadi kami pun tak jadi nak pi.
Kali ni nak pi farah survey lepas hubby ajak. Sebab farah tak nak nanti kat sana bosaaaan. Hehe. Rupanya banyak tempat jalan-jalan kat Cameron ni! Kita je tak ambil tau haha. Farah ngan hubby pi 2 malam je, tapi kami susun jadual kasi pack sebab kalau boleh nak pi semua tempat.
Kami bertolak dari Alor Setar pagi-pagi lagi. Sampai kat Cameron pukul 1.30 tengahari. Bila sampai kami check in hotel dulu. Sebab nak solat siap-siap. Farah memang biasa tempah hotel dulu online sebelum pi mana-mana. Dah jadi habit. Kalau tak tempah nanti takut sampai sana takde bilik kosong pulak. Kebetulan masa tu kan dah cuti sekolah. Hotel memang sah-sah akan penuh.
Farah pilih Hotel Rosa Passadena dekat Brinchang. Hotel ni dekat dengan kebanyakan tempat berjalan. Kalau pasar malam tu jalan kaki je. Memang sangat berpuas hati dengan hotel ni. Penat perah otak pikir ade tak benda tak puas hati tapi takde hehe. Farah pilih hotel ni sebab masa booking hotel ni je yang harga berpatutan dan ada breakfast. Yang lain kalau ada breakfast mesti mahal. Dah la jauh dengan tempat jalan-jalan.
|
Koridor pun ade sofa tau. |
|
Meja tempat letak barang ade banyak. Peti ais kecil, tv, peti besi sume ade. |
|
Hotel kat Cameron ni takde aircond tau. Farah rasa semua hotel takde hehe. Tak tau la kalau ada yang ada. Hotel Rosa ni ade pasang jaring kat tingkap dia. So kalau korang panas malam-malam, bukak je tingkap. Tak payah risau nyamuk ke kumbang datang melawat bilik masa tidur. |
Ni pemandangan dari dalam bilik. Boleh nampak jalan berbukit.
|
Macam biasa, dia lah yang rasmi katil bila pi mana-mana hehe. |
|
Nah tub mandi pun nak amek gambo hehe. |
The Big Red Strawberry Farm
Lepas dah solat, kami keluar pi ke Big Red Strawberry Farm. Farm ni kalau google memang ramai yang pi sini lah. Disebabkan tempat ni glamer, farah pun pi jugak hehe. Kalau korang tak nak mai sini pun ok je. Kat Cameron ni memang bersepah ladang strawberi. Bila lalu tepi jalan memang boleh nampak signboard tulis "strawberi petik sendiri". Jadi jangan risau kalau tak jumpa tempat ni.
Farah jalan kat sana memang pakai Waze. Senang tak payah nak cari signboard jalan. Sampai kat sana kami pelik sebab macam sunyi je. Kata glamour, awat tak dak orang. Rupanya nak parking dekat kena parking kat atas. Kami punya lah parking bawah sekali. Lepas tu kena jalan kaki panjat bukit baru sampai atas. Dah la tak fit. Tengah jalan dah pancit hehe.
Tujuan utama kami pi strawberi farm mesti lah nak kutip strawberi. Tapi malangnye masa kami pi tu strawberi kat pokok dah habis. Yang ada cuma yang dah packing. Sedih giler. Sebab nak merawat kesedihan tu kami pun pi makan kat food court sana hahaha.
|
Menu ada banyak. Nak pilih sampai rambang mata. Maggi cup pon ade haha. Dah pi Cameron ko nak makan maggi cup buat hape. Dok rumah pon bole makan maggi cup. Makan la benda yang tak ada kat rumah hehe. |
|
Ni meja salad. DIa buat macam buffet. Korang pi pilih sendiri nak salad ape. Pastu pi kaunter untuk bayar. |
Farah tengok bila orang pi Cameron mesti makan scones. Terliur jugak nak cuba sebab tak pernah cuba. Ai jakun sikit uols hehe. Rupanya sedap juga scones ni. Rasa dia macam biskut raya kot hehe. Rasa butter. Tapi sedap juga lah. Nanti nak cuba buat sendiri kat rumah.
|
Scones. Makan dengan butter, jem strawberi dan cream. |
|
Fresh strawberry with cream. Dulu selalu dengar orang kata starwberi manis bila makan kat Cameron. Bila dah bawa balik dia masam. Rupanya memang betul. Bila makan kat atas sana memang manis. |
|
Fresh strawberry milkshake. Ni pun sedap! |
|
Dekat foodcourt sana ada jugak gift shop. Makanan semua pun ada strawberi. Coklat strawberi, roti strawberi. Macam-macam lah. |
|
Ha tengok. Segala benda pun strawberi. |
Salad memang banyak giler. Kalau buat BBQ stail korea memang best ni.
Multicrops Central Market
Lepas habis makan, kami nak pi ke Time Tunnel. Dalam perjalanan, hubby berhenti kat Multicrops Central Market. Kat mana pun farah tak tau. Tak ada dalam plan hehe. Macam-macam ada kat sini. Kaktus, gift, teh, pasu dan lain-lain.
|
Muffin nampak sedap tapi dah kenyang makan kat strawberry farm tadi hehe. |
Farah beli fridge magnet dengan teh je kat sini. Kaktus memang tak beli.
|
Kaktus lagi |
|
Kaktus lagi |
Galeria Time Tunnel
Akhirnya sampai kat Time tunnel. Ni pun salah satu tempat yang orang kata mesti pi kalau ke Cameron. Ada banyak barang-barang zaman batu purba dulu-dulu. Hehe. Tiket sorang RM6 untuk dewasa, RM4 untuk kanak-kanak.
|
Kaunter tiket pun mesti lah antik |
Kat dalam ni barang lama memang banyak giler. Nak tengok satu-satu memang tak lah. Haha.
|
Ni kalkulator zaman dulu. |
|
Hampa jangan main-main. Aiphone ada dah dulu. Siap bole gantung kat dinding. Hehe. Jangan marah, gurau je. |
|
Loceng sekolah. Ke loceng kebakaran? |
|
Kerusi kat kedai potong rambut |
|
Salon pon ade. |
|
Ni farah tak tahu ape dia hehe. |
|
Evolusi telefon bimbit. Pager pun ada. Korang tengok yang hujung sekali belah kanan bawah. Dulu masa sekolah orang panggil ape dah. Butterfly kot. |
|
Dulu telefon macam ni ada kat rumak tok. Masa kecik suka la main putar-putar nombor tu. Tapi kalau nak telefon orang masa kalut memang stress sebab kena tunggu dia habis pusing baru bole pusing nombor seterusnya. Kalau nombor yang banyak nombor 0 lagi la stress haha. Budak zaman sekarang agak-agak tau guna tak?
|
Restoran Ferm Nyonya
Malam tu kami keluar untuk makan malam. Farah teringin nak makan steamboat. Tambah-tambah lagi suhu sejuk macam kat Cameron ni, memang sedap makan sup panas-panas. Restoran Ferm Nyonya ni farah baca ramai orang recommend kalau nak makan steamboat.
|
Ni belum dapat semua lauk lagi. Tak sabar nak ambil gambar hehe. |
Farah ambil set mixed soup. Campur sup tomyam dan sup biasa. RM24/pax untuk set ni. Tomyam dia memang kaw. Sedap! Patut lah ramai orang pi sana. Masa farah pi pun meja agak penuh. Servis dia ok. Makanan sampai cepat, Kalau nak tambah pun cepat dapat.
|
Ni dapat free |
|
Makan panas-panas. Peergh merecik ayaq lioq. |
|
Sos dia. Farah tak cicah sangat sebab pedas. Lagi pun tomyam tu dah sedap dah hehe. |
|
Kononnya order air panas sebab cuaca sejuk. Lepas tu tak tahan pedas nak mintak ais jugak haha. |
Kat Cameron ni berlambak kedai steamboat. Jalan mana-mana pun nampak ada kedai steamboat. Kalau korang tak suka steamboat yang set, nak buffet kena cari kat tempat lain lah. Sebab kat Ferm Nyonya ni set. Cuma kalau tak cukup lauk boleh tambah.
Lepas makan kami ingat nak pi jalan kat Pasar malam. Tapi bila sampai sana tengok tutup pulak dah. Pelik jugak. Farah ingatkan memang buka tiap-tiap malam. Memandangkan tutup, kami balik je ke hotel.
Tu je aktiviti farah hari pertama sampai kat Cameron. Nanti farah update lagi untuk hari kedua ya. Babai!
Bestnya Bercuti di Cameron Highland!! | Part 2
bestnyaaaa! Last pergi cameron masa darjah 6 dulu. Strawberry dengan cream tu buat kita terliur lahhhhh.
ReplyDeleteblogwalking sini. Salam perkenalan ye :)