23 Jul 2016

Kolaborasi Majlis Raya || Potluck || 21 Julai 2016

Assalamualaikum


Alhamdulillah. Selesai majlis raya tak rasmi kami khamis lepas. Majlis ni asal-asalnya farah dengan member (ain namanye) nak buat potluck kat rumah sempena raya. Bulan puasa yang lepas kami plan lah sikit. Samaada kat rumah farah atau ain. Tapi bila cek jadual, masing-masing tak free hujung minggu. Tambah lagi farah malas nak kemas rumah. Kalau nak ajak orang beraya takkan rumah macam tongkang pecah kan. Jadi ain cadangkan kami buat waktu rehat dan makan tengahari masa hari kerja. Sebenarnya lagi bagus sebab orang lagi ramai. Maka terjadi lah majlis raya gabung klinik gigi kuah dan klinik gigi air hangat hehe. Lagi satu sebab majlis raya daerah minggu depan. Tapi farah kursus jadi tak dapat join. Nak solat hajat la bagi tukar tarikh haha.

Kami plan buat potluck sebab lagi senang. Tak perlu susah-susah penat masak sorang-sorang. Tak larat oi nak masak banyak haha. Lagipun staf asal lain-lain negeri. Boleh juga merasa makan negeri lain kan? 

Masalah besar pertama mesti lah fikir nak masak ape. Menggelegak otak fikir haha. Last skali farah buat keputusan nak masak roti jala + gulai ayam dengan cheesekut. Hat tu la kot senang. Nak masak benda lain tak reti. Awal-awal lagi buat senarai nak beli barang. Beli lambat takut ade yang terlepas pandang pulak. Mula-mula beli ayam seekor je. Lepas dah siang ayam nampak sikit, jadi suruh hubby beli lagi seekor.



Balik kerja hari rabu tu terus start masak. Menjala sampai pukul 10 malam. Dah siap buat roti jala tu baru perasan bihun tak goreng lagi. Bihun goreng ni hubby punya part untuk potluck lah. Jadi hubby offer nak goreng tapi dia mintak dok sebelah masa goreng haha. Tengah-tengah goreng tengok dia macam tak larat nak kacau bihun. Rupanya sebab pegang sudip macam scalpel (pisau bedah la senang nak paham). Haha. Memang tak larat la kalau pegang camtu.


Malam tu cadangnya nak buat brownie juga. Tapi dah lewat siap masak tak jadi nak buat. Nasib baik medina bangun pukul 4. Alang-alang dah bangun tu buat la brownie skali.

Gigih baking pagi-pagi buta kekeke
Hari kejadian tu kami bertolak dari klinik tengahari. Skali pak long (driver klinik) silap tempat haha. Lewat sikit la sampai klinik kuah. Sampai-sampai tengok orang sana dok sediakan tempat dan makanan. Punya lah terkejut tengok meja panjang sampai 5 buah. Makanan pula berlambak. Asalnya memang bimbang makanan tak cukup. Alhamdulillah cukup untuk semua. Seminggu bimbang tau haha. Rupanya ada orang bawa makanan yang tak de dalam senarai makanan yang asal. Jadi banyak la makanan hehe.



Ni bukan buat duckface hokay. Ni muka kantoi curi-curi makan brownie sebelum majlis mula hahaha
Masa ni makanan sikit lagi
Ni dah mula nak penuh meja
Potong tembikai kena senyum baru lah manis tembikai tu hehe
Tips nak nampak konon kurus: dok blakaaaang skali hehe





Semua makanan nampak sedap! Farah paling tak sabar nak rasa pencuci mulut. Sebab yang tu ade banyak jenis. Puding tiramisu, puding roti kuah kastad, cheese tart, dadih, lasagna (eh ni pencuci mulut ke? haha) air koktel, colek buah, kek lapis sarawak, kuih koci, brownie, cheesekut. Ha ade tertinggal tak?  Farah paling suka cheese tart dengan puding tiramisu. Nak ambil tiramisu dua bekas takut tak cukup kat orang lain pulak kekeke.

Puding roti kuah kastad. Kuah mane? Dok sebelah haha
Cheese tart. comel!!
Ha, ni puding tiramisu. Patot curi satu masuk handbag hehe

Ni bukan brownie kedut. Ni brownie retak kekeke

Lasagna yang tuan dia tak nak ngaku dia buat =P
Kuih koci je tau nama. yang lain tak tau nama hehe

Kek roti lapis sarawak. Orang kedah panggil roti la kot na haha
Ni pulak roti tisu. Bukan farah cakap hokay. Farah ulang je hehe
Rojak buah sedap! nak ambil makan siap ada orang tolong hidang lagi
Air koktel
Ha tengok rojak buah ada orang tolong hidang tau
Makan 1 round lepas tu rehat kejap. Sambung round ke-2 pastu rehat jap. Punya lah kenyang. Farah tak sempat makan semua sebab kenyang sangat. Ehehe.

Tak tau ni round ke berapa dah. Rehat kejap dulu baru sambung balik hehe
Makanan utama tak tau nak cakap banyak. Tak larat nak senarai semua skali. Semua sedap! Yang paling farah suka mee kari. Udang besaaq  bak hang. Sampai farah dengar cerita ada orang udang dalam mangkuk dia kena curi hahaha. Betul ke idok tak tau la. Banyak juga yang farah tak rasa sebab dah kenyang sangat. Soto, ketupat, rendang, serunding semua tak sempat makan











Tu dia udang. Besaq lengan baby hehe






Hubby nak ambil gambar ai tak mau. Baru nak angkat pinggan tutup muka. Tengok atas pinggan ada kuah kastad. Tak jadi nak angkat hehe.


Berjuta berbillion trillion terima kasih farah ucapkan untuk

Ain sebab cadangkan untuk buat majlis raya tak rasmi ni. Kalau farah sorang yang plan memang tak jalan kot. Ada dua kepala camni baru jalan hehe. 

Semua staf klinik gigi kuah sebab sudi jadi host dan sediakan tempat. Bukan senang nak jadi host majlis. Kita la susun meja, kerusi, kemas tempat, basuh pinggan. Penat tu. Lepas makan kena sambung keje lagi. Bukan bole rehat atas kerusi gosok perut. 

Semua staf klinik gigi air hangat, klinik gigi padang matsirat dan pejabat pergigian langkawi sebab sudi hadir memeriahkan majlis. 

Semua yang sudi bawa makanan masing-masing yang sedap teramat. 

Semua yang berhempas pulas masak walaupun ada makanan tak jadi sampai tak bawa mai hehe. Takpe, yang penting ada effort kan?

Semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ni. Walaupun plan last minit, tak sampai seminggu pun.

Yang bagi pinjam gambar selfie ^_^
Terima kasih skali lagi. Tahun depan kita buat lagi ehehe

babai~

8 comments:

  1. Bestnya, macam macam ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beeeest sgt hehe. makan sampai nak pecah perut =)

      Delete
  2. Best nyer... Banyak makanan... Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani Rahman

    ReplyDelete
    Replies
    1. jamuan raya lah paling best hehe..join dah hani =)

      Delete
  3. aaa..bestnyaa! Laksa johor tu yang mahal~
    btw, thanks join my segment. singgah n follow sini :D

    ReplyDelete
  4. tahniah farah & ain.
    potluck memang cara yg terbaik tau.
    gotong royong. best. membangkitkan suasana kerjasama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulll. buat potluck lagi rasa meriah jamuan hehe

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign