Blog Farah Sanusi

13 May 2017

Bercuti di Korea || Day 1

Kami bertolak dari Langkawi pukul 6 petang dengan Airasia. Pukul 7 malam dah sampai ke KLIA2. Tapi flight delay sikit, jadi sampai lepas maghrib. Flight untuk ke Incheon International Airport pula pukul 1 pagi. Ada 6 jam untuk bertolak. Asalnya kami memang pilih waktu malam dengan harapan medina tidur sepanjang perjalanan.
Lepas sampai KLIA2, ambil beg siap-siap dan nak solat. Waktu maghrib macam ni biasanya medina mengantuk tapi kami tak bagi tidur bila di rumah. Sekarang dia meragam sebab mengantuk, jadi hubby bagi juga dia tidur. Farah pi solat dulu lepas farah solat baru hubby. Suka betul dengan surau di airport. Selalu selesa dan kemas. Nak rehat pun best. Kalau jalan sorang-sorang mesti mai lena dalam surau agaknya hehehe.

Waktu hubby pi solat, medina sedar dari tidur. Lepas tu dah tak tidur dah. Kami bawa pusing-pusing airport. Seronok betul dia dapat berjalan dekat kawasan yang luas. Maklumlah rumah kami sempit. Jalan sikit dah jumpa dinding. Pusing tempat sama je lah.
Lepas dia sedar, mama tok dia telefon. Tapi medina takut sebab mama pegang fon dekat sangat haha.
Nak tunggu flight pukul 1 pagi punya lah penat. Nasib baik Berjaya tidurkan medina sebelum naik flight. Mula-mula kami sangka dia akan tidur sepanjang malam. Memandangkan di rumah medina biasa tidur tak bangun. Tapi dia asyik sedar dan menangis. Medina ni jenis tidur nak pusing-pusing 360 darjah. Kalau ada halangan tak boleh pusing dia akan marah. Rasanya sebab tu lah dia sedar. Tak selesa tidur atas farah.
Maka esoknya kami bertiga tak cukup tidur. Tiga-tiga bad mood haha. Sampai di Incheon International Airport, jumpa dengan tour guide kami, Atul. Dia dah tunggu siap-siap di gate. Dari airport nak ke hostel mengambil masa dalam 1 jam. Kami naik bas airport. Tambang semua termasuk dalam pakej yang kami ambil, jadi atul yang akan bayarkan.

Bas dia ada seatbelt sorang satu. Sebelum bertolak driver mai cek suruh pakai seatbelt.

Waktu ni boleh lagi sengih-sengih, pasport tak hilang lagi haha.
Oh lupa nak cerita pasal pakej. Farah dan hubby ambil pakej ke Seoul dan Nami Island dengan travel agency. Kami pilih pakej private. Maksudnya hanya kami je, tak ade orang lain. Pakej private biasanya lebih mahal dari pakej berkumpulan. Tapi tak apa lah. Susah nak berjalan dengan orang ramai bila bawa baby. Nak berhenti minum susu, tukar pampers tak boleh berhenti sesuka hati.

 Bila ambil pakej private sebenarnya pakej tu adalah pakej backpacking. Akan ada banyak naik public transport untuk berjalan dari satu tempat ke satu tempat.

Asalnya farah tak ambil tahu yang kena berjalan ahaha. Mujurlah kami bawa stroller untuk medina. Kalau tak, hari pertama dah sakit belakang. 
Sambung cerita. Kami sampai di hostel dan terus check in. Kami duduk di ShinChon Hostel. Dekat je dengan Ewha  Women University. Jalan kaki dah boleh sampai. Atul bagi masa untuk kami rehat dalam 45 minit sebelum bertolak ke Itaewon. Sampai je kami terus mandikan medina. Tak sempat rehat langsung haha. Masa nak bertolak ni lah yang kami sedar beg pasport kami bertiga hilang. 

Kalau korang nak tau cerita pasport kami hilang, boleh baca kat sini.
Nak ke Itaewon dari hostel kena ambil train/metro. Sepanjang berjalan disini memang train lah pengangkutan kami. Usung medina dengan stroller naik train. Hehe. Hubby akan dukung medina, farah akan angkat stroller. Walaupun stroller lagi besar saiznya, tapi medina lagi berat dari stroller. Sebab tu lah hubby yang kena bawa medina. Farah tak larat dukung dia.

Ada orang tak nak duduk diam. Nak lari-lari dalam train.
Kat Korea ni nak naik public transport akan guna T-money. Macam kad ni ha. Kad ni boleh beli je kat convenience store. Farah tengok dalam 7-Eleven sini pun ada. Lepas tu topup baki kad dekat mesin dia. Yang ni semua atul uruskan. Kami pegang kad je lepas dia bagi. Hehe. Sorang dapat satu. 
Ni kad T-money.


ITAEWON STREET

Di Itaewon kami lunch dulu. Sepanjang jalan di Itaewon street, farah tengok kedai makan di sini banyak makanan arab. Berlambak-lambak. Terjumpa juga Mr. Kebab yang famous ni. Tapi kami tak singgah beli kebab sebab takut kenyang pula. Lepas makan ingat nak beli aiskrim dia, tapi lupa haha.
Atul bawa kami makan di Eid-Halal Korean Food Restaurant. Tengok nama dah kenal. Memang bila farah survey tempat makan di Korea, akan jumpa nama restoran ni. Atul order 3 jenis makanan. Samgyetang, bulgogi dan ayam goreng pedas (lupa pula nama atul bagitau haha).
Kat Korea ni makan mana-mana pun akan dapat side dish complementary. Kat sini ada 3 side dish kami dapat. Dapat juga merasa kimchi Korea hehe. Kimchi sini tak sama langsung rasanya dengan Malaysia. Sedapnya jauh beza. Farah makan banyak sampai atul kata, “akak suka kimchi ya?”. Padahal sebelum ni tak suka pun hihi.

Makanan sedap sangat masyaAllah.
Bulgogi rasanya manis. Tapi bukan manis gula sampai kita tak boleh makan. Atul kata manis dalam bulgogi tu sebab dia akan letak air buah pear waktu masak. Ha, betul la tu selalu tengok dalam variety show. Hubby tak makan daging jadi dapat lah farah makan banyak-banyak bulgogi. Hari kedua pun dok teringat lagi sebab sedap hehe. Atul kata tak semua tempat rasa sedap. Ada juga tempat yang masak tak sedap. Jadi kena pandai cari tempat yang masak.
Samgyetang ni farah expect rasa macam sup ayam. Tak teringin pun nak cuba. Tapi rupanya rasa dia tak sama langsung. Kalau ikut logik memang lah tak sama, depa pakai rempah bukan sama dengan kita kan hehe. Ada rasa daun bawang. Rasa dia sedap, farah suka. Farah tak pasti ginseng  dan jujube yang depa letak tu menyumbang atau tak kepada rasa sup dia.
Ayam goreng ni ada sekali dengan tteok (rice cakes). Termakbul juga hajat nak makan rice cake sini hehe. Rice cake kalau kat Malaysia pun sedap juga. Tapi kena lah merasa yang negara asal dia. Yang ni pun sedap! Hubby banyak makan ayam ni dari lauk lain.

Seaweed soup pun ada. Farah tak suka seaweed. Farah cuba semulut je haha.
Omija tea. Sedap juga rasanya.
Waktu ni passport kami hilang lagi, semua orang takde selera. Farah je yang makan banyak. Tapi tu pun tak sempat makan habis semua. Samgyetang kami tapau untuk makan malam. Lepas siap lunch, kami ke Itaewon Mosque untuk solat.

ITAEWON MOSQUE
Jalan di sini berbukit bukau. Memang pancit. Nampak sangat kami tak fit. Haha. Nak naik Itaewon Mosque lagi lah. Tinggi macam hiking jalannya. Bahaya.
Tempat solat perempuan di tingkat 4, kami tak larat nak naik tangga, jadi kami solat di bilik dekat bawah je. Kat sini pun biasanya ramai orang solat. Telekung pun ada di sediakan. Yang tak bestnya, tempat wuduk jauh di belakang. Nak pi ambil wuduk akan lalu depan tempat lelaki. Tak selesa sikit lah.

DEOKSUGUNG PALACE
Waktu hubby siap solat, kami dapat berita tentang passport kami. Plan asal berubah sikt. Kami kena ke Deoksugung Palace dulu untuk berjumpa dengan shahirah. Shahirah lah yang akan teman kami ambil passport di airport.

Waktu ni shahirah tengah bawa guest dia melawat, jadi kami dan guest dia akan tukar tour guide. Untuk sementara waktu. Atul akan bawa guest shahirah sementara shahirah teman kami ambil passport.

Sebenarnya rasa bersalah sangat sebab kacau jadual depa. Tak sempat nak berkenalan dengan guest shahirah, tapi farah dan hubby minta maaf banyak-banyak.

Kami tak masuk pun  Deoksugung palace. Cuma tunggu di luar pintu. Hehe. Deoksugung Palace ni kecil sikit kalau dibandingkan dengan Gyeongbuk Palace yang akan kami pergi nanti.

Dari Deoksugung palace, kami ke airport naik teksi dan train.

HONGDAE
Jumpa dah beg passport kami. Tu yang hubby pegang tu hehe.
Selepas hal passport selesai, shahirah bawa kami ke hongdae untuk jumpa semula dengan atul. Sebab guest shahirah nak makan daging, tapi atul tak tahu tempat nak bawa katanya. Sambil tunggu atul, kami pi Sulbing.
Memang langkah kanan. Sulbing pun salah satu tempat yang farah nak pi bila pi Korea. Teringin lama dah. By the way, cara sebut dia sol-bing, bukan sul-bing.

Dapat juga pegang benda ni. Bila order siap dia bergetar. Jakun giler haha.
Ni air teh. Tapi warna dia jernih. Minum dalam cawan kertas lembik. Kalau terpenyek terus tumpah haha. 
Kami order satu je. Yang ada mango dan cheesecake. SEDAPPPP! Farah makan paling banyak seperti biasa haha. Menyesal order satu je.
Medina meragam sepanjang hari pertama sebab dia penat tak tidur malam. tidur siang tak sama dengan tidur malam. 
Sulbing dekat Hongdae ni penuh dengan couple. Waktu kami tu dah dekat malam. Tambah pula hari ahad kan hujung minggu. Ramai lah yang ke sana sebab sana banyak pub orang kata hehe.

Lepas atul sampai kami balik semula ke Shinchon Hostel. Atul cadangkan makan take out je malam pertama ni. Kami pun on je sebab dah penat ulang alik ke airport.
Dinner makan nasi telur ikan. Cara makan dia kena hancurkan telur mata tu pastu gaul semua sekali. Farah tak suka sangat sebab rasa seaweed kuat. Telur ikan tu pun farah tak makan, farah asingkan hahaha. Cerewet tak? Hubby suka nasi ni. Dia kata sedap.
Tengok side dish pun dapat sekali. Pickle ni selalu tengok dalam tv. Rupanya rasa dia macam jeruk. Ala, korang dok makan jeruk Pak Ali tu, lebih kurang camtu lah rasanya. 
Ni dapur dalam hostel kami. Luas sangat. Siap ada sofa, tv, keyboard, gitar (tapi patah). Pinggan mangkuk, alatan memasak semua diasingkan muslim dan non-muslim. 

Ni lah banana uyu yang famous tu. Farah beli dekat 7-eleven yang dekat dengan hostel.

Ada banyak lagi perisa. farah paling suka strawberry dari banana. Perisa lain yang ada macam melon, coklat. Yang penutup biru tu farah tak pasti rasa ape.

Sini ada mesin basuh. Free je untuk guna. Kami memang bawa baju sikit sebab nak jimat ruang. Basuh tiap-tiap hari pastu recycle. 
Tamat hari pertama! Nanti farah update hari kedua kami pi mana ya. 

Babai~




Baca sini:
Bercuti di Korea || Day 4
Bercuti di Korea || Day 3
Bercuti di Korea || Day 2
Pengalaman Hilang Passport di Korea
Baca Selanjutnya »

11 May 2017

Akhirnya Date Night Yang Pertama!

Akhirnya Date Night Yang Pertama! || Angan-angan nak ber-date night tercapai juga hihi. Sebelum ni asyik cancel je bila plan nak dating ngan hubby. Biasanya sebab kami tak sampai hati nak tinggal medina untuk dating.
 Secret Recipe
Sebenarnya kali pun farah hampir-hampir batalkan plan date night. Kesian kat medina. Tak sanggup tengok muka dia masa tinggal kat rumah mertua. Nak tinggal pun farah tak nak keluar kereta. Bagi hubby je bawa dia masuk rumah. Farah dok dalam kereta.
 Secret Recipe
Sebenarnya kami tak ada idea nak pi mana. Sebab lambat sangat plan nak dating. Petang kata nak dating, malam terus pi. Tak sempat nak fikir tempat special sikit haha. Jadi kami ke Secret Recipe je.
Secret Recipe
Durian Cheese.

Biasa bila makan kat Secret Recipe, farah akan order makanan yang sama. Spaghetti Meatball. Kalau kek pulak mesti Chocolate Indulgence. Haha. Makan tu je tak tukar-tukar. Kali ni tukar la sikit. Makan Prawn Macaroni and Cheese.  Kek farah ambil Durian Cheese. 
Secret Recipe
Prawn Mac and Cheese. Farah minta tak nak cendawan. Nanti farah tak makan jugak. Baik asing awal-awal.
Hubby pulak order Noodle in Tomyum Soup. Biasanya farah tak order air. Tapi kali ni saja mengada nak minum air manis. Farah ambil Strawberry Ice Blended.
Secret Recipe
Noodle in Tomyam Soup


Secret Recipe
Strawberry Ice Blended. Tapi rasa macam milk shake. Strawberry tak rasa sangat.
Tujuan date night ni sebenarnya nak borak-borak dengan hubby. Tu je sebenarnya. Memandangkan kat rumah kami tak berkesempatan nak bersembang sangat. Balik kerja dah pukul 6 petang. Mandikan medina pastu makan malam. 

Secret Recipe
Dua-dua tak suka cendawan haha. Kutip lah satu-satu sebab tak mau makan.

Lepas Maghrib main dengan medina sampai lah pukul 9 malam. Lepas tu Tidurkan medina. Kami berdua tidur pukul 10 malam. Pukul 8 pagi dah pi kerja semula. Memang tak ada masa berbual yang berkualiti. Jarang-jarang sangat.  Tapi biasa lah bila dah ada anak kan? Hehe.

Kali ni dapat juga lah berbual dengan proper ehehe. 

Baca Selanjutnya »

10 May 2017

Majlis Persaraan PPK Sazali || 8 Mei 2017, Nagoya Seafood Restaurant

Salah satu benda yang farah suka pasal kerja di Langkawi adalah tempat ni kecil. Jadi kami kenal semua staf yang bekerja di sini. Bila ada majlis perpisahan orang klinik lain, kami di klinik lain tetap di jemput. 
Klinik Pergigian Kuah
Sorang lagi staf klinik hubby akan bersara tak lama lagi. Sebenarnya tak banyak yang farah boleh cerita pasal majlis. Farah pi rakam video je banyak-banyak haha. Gambar semua pinjam orang punya.
Klinik Pergigian Air Hangat dan maskot hehe.
Tema majlis kali ni hitam putih. Seronok pulak tengok orang pakai sama warna hehe. Ramai orang beli baju baru untuk pakai. Farah tak sempat beli baju. Farah pakai baju akad nikah dulu je. Nasib baik muat haha. 


Ada juga orang pernah tanya farah. kenapa rakam video, bukan ambil gambar? Sebenarnya farah suka tengok video sebab boleh nampak emosi orang, suasana yang sebenar masa tu. Gambar ada berlambak orang dah ambil. Video jarang ada orang ambil. 

Jarang-jarang sekali boleh ambil gambar orang gelak. Susah. Biasa gambar mesti posing kan? Kaku je. Kalau video boleh nampak orang gembira, orang dok sembang, orang gelak, orang terkejut sebab ingatkan farah tengah ambil gambar hihi. Kan best. Nanti bila dah setahun boleh tengok balik video, lagi best perasaan dia dari tengok gambar je. 
Penyampaian anugerah oleh SDO

Penyampaian cenderahati oleh PPYM a.k.a hubby

King and Queen of the Night

Kami berdua je perempuan kat meja kami. Hat lain semua laki. Selpiaq berdua je lah.

Semua pakai pegang hadiah cabutan bertuah
Baca Selanjutnya »

9 May 2017

Pengalaman Hilang Pasport di Korea


Pengalaman Hilang Pasport di Korea || Entri pertama nak cerita pasal pasport dulu hehe. Mungkin ada yang dah tahu pasal farah dan hubby hilang pasport masa kami ke Korea minggu lepas. Pasport kami hilang selepas 1 jam sampai ke Korea.  Farah belum cerita lagi kat sesiapa macam mana pasport kami boleh hilang. Ni baru lah nak bercerita.

Kami sampai di Incheon International Airport pukul 8.20 pagi waktu Korea. Sampai di sana, Atul tour guide kami whatsapp kami untuk beritahu dia dah tunggu di gate. Lepas ambil beg, stroller semua kami terus pi cari atul.

Lepas jumpa, farah dan hubby minta izin nak bagi susu untuk medina dulu. Dalam flight dah terlepas waktu minum sebab medina tidur.  Sambil-sambil, atul briefing sikit apa aktiviti kami untuk hari tu.

Perjalanan dari Incheon International Airport nak ke Shinchon Hostel mengambil masa 1 jam dengan bas.  Dekat sini bus airport diaorang panggil limousine. Farah tak tahu lah cuma kat airport sini atau satu Korea panggil macam tu haha.

Lepas sejam kami sampai di hostel, check in bilik. Dapat bilik tingkat 6. Nasib baik lah ada lif. Kalau tak pancit lah nak dukung medina sambil panjat tangga. Hihi.

Atul bagi masa untuk rehat dalam 45 minit. Nak mandi boleh lah sebab perjalanan nak sampai dah dekat sehari. Kami mandikan medina dulu. Orang besar tak mandi takpe haha.

Dah siap-siap nak turun, hubby cek balik beg dia,

“Pasport ngan ara kan?”

“Eh, takde. Ara tak pegang.”

Masa ni memang berderau darah. Berdebar tok sah cakap. Habis kami punggah beg cari beg pasport kami.

Pasport kami bertiga ada dalam satu beg pasport kecil yang farah beli. Dalam tu ada 3 pasport, 3 kad pengenalan dan duit Korean won bernilai RM 2K.

Semua harta yang bawak ke Korea hilang.

Hubby lari turun kat ground floor nak cari di stroller kot-kot ada terselit. Stroller kami tinggal di lobi je, depan kaunter.

Farah dalam bilik sambung cari dalam beg. Kepala dah memang tak fokus. Medina masa ni tengah gembira berlari-lari dalam bilik. Kejap-kejap dia mai peluk farah. Rasa bersalah sangat sebab tak dapat nak layan dia dok main.

Masa ni farah fikir, mati la kami kena dok Korea, tak boleh balik Malaysia dah. Nak kena resign kerja lagi. Haha. Bila fikir balik macam malu pulak.

Farah cuba bertenang dan fikir balik bila kali terakhir nampak pasport tu.  Hubby naik balik lepas cari pasport kat stroller. Tak jumpa jugak.  Hubby dah bagitau atul pasal pasport hilang. Lepas tu kami turun bawah.

Bila farah fikir balik, baru lah farah ingat, akhir sekali farah yang pegang beg pasport tu lepas keluar imigresen. Farah hulur kat hubby masa nak bagi medina susu di airport. Lepas tu hubby simpan dalam beg galas dia. Kami tak buka beg tu sampai lah dalam bas waktu farah minta powerbank.

Dalam memori farah, farah tak ingat pun ada nampak beg pasport tu dalam bas. Tapi farah ingat hubby ada pesan jangan bagi medina main beg pasport tu takut hilang. Hehe.

Bila kami dah confirm kat mana beg tu hilang, atul telefon orang di airport untuk buat report. Bas yang kami naik tu memang bas airport. Jadi bila ada masalah, kami kena berurusan dengan airport bukan pihak bas untuk selesaikan. Mujurlah atul ingat bas yang kami naik tu pukul berapa, jadi boleh tahu bas yang mana satu mengikut jadual.

Lepas buat report, kami cuma boleh tunggu orang airport contact atul semula untuk maklumbalas. Tapi tak tahu bila akan dapat maklumbalas.

Sementara tu atul tanya kami, nak jalan-jalan atau nak rehat je. Farah jawab jalan je lah sebab kalau dok diam pun sama je. Kalau ikut itinerary kami akan ke Itaewon pagi tu.

Sampai kat Itaewon, atul bawa kami makan dulu. Rasanya farah je yang makan banyak haha. Medina meragam sebab mengantuk. Dalam flight waktu malam sebelumnya medina tak tidur sangat. Mungkin sebab tak selesa.

Lepas hubby dodoi medina, barulah hubby join kami makan. Tapi hubby pun makan berapa mulut je. Atul kata ni kali pertama dia makan tak habis hahaha. Punya lah bimbang kat kami. Kesian atul. Makanan yang tak habis kami bungkus, simpan untuk makan malam.

Lepas makan, kami ke Itaewon Mosque untuk solat. Sepanjang berjalan-jalan ni atul memang dengan telefon je. Telefon sana sini.

Farah dengan atul solat dulu, lepas tu baru lah hubby solat. Sujud lama-lama, doa minta jumpa balik beg pasport kami. Duit hilang pun tak pe lah. Asalkan dapat balik pasport dan kad pengenalan.  

Atul kata hari esoknya, pagi-pagi kami perlu ke Malaysia Embassy untuk buat laporan hilang pasport kalau tak jumpa jugak hari ni. Kami tak perlu risau untuk balik Malaysia kalau tak ada pasport. Embassy akan uruskan.

Lepas farah solat, farah pi kat hubby untuk ambil medina. Farah pesan kat hubby suruh solat hajat sekali. Tengok hubby nak senyum pun dah tak boleh. Muka dah tak ceria dah.

Sementara tunggu hubby siap solat, teman medina main stroller. Atul dok cakap telefon. Lepas tu atul datang kat farah dengan muka tenang,

“Ok kak….Pasport dah jumpa.”

Ya Allah masa ni rasa nak korek telinga kot-kot salah dengar. Nak menangis pun ade. Tak tahu nak cakap macam mana gembiranya dengar atul cakap dah jumpa.

Hubby siap solat, terus farah bagitau berita gembira. Masa ni baru lah muncul semula senyuman hubby ceewah. Hehe.
Itaewon Mosque. Waktu ni dah dapat berita gembira.
Untuk dapatkan balik pasport tu, kami kena ke airport dengan Shahirah. Shahirah ni pun tour guide juga. Dia ada telefon dan berurusan untuk dapatkan pasport kami. Sebelum pi airport kena pi jumpa shahirah dulu sebab dia tengah bawa guest jalan-jalan.
Kami ke Deoksugung Palace, jumpa shahirah di sana. Lepas ni naik teksi ke airport. Dari airport naik teksi lagi ke tempat parking bas.

Alhamdulillah.
Dapat balik beg pasport kami lengkap dengan pasport 3 orang, kad pengenalan dan duit semua sekali. Diaorang kata, kalau hilang kat Malaysia, memang tak jumpa balik dah.

Pasport kami jumpa balik dalam masa 6 jam lebih je. Farah ngan hubby tak tahu nak cakap macam mana betapa kami berterima kasih dengan atul dan shahirah sebab bertindak pantas.

Rasa bersalah juga dekat guest yang shahirah bawa. Sebab kami, jadual depa kacau huhu.


Apa-apa pun, ni pengalaman yang kami dapat masa melancong. Pengalaman pahit sekarang dah jadi manis hehe. Lain kali kena lebih alert. Terutama bila bawa budak, barang banyak sangat sampai terlepas pandang.



baca sini:

Bercuti di Korea || Day 1
Bercuti di Korea || Day 2
Bercuti di Korea || Day 3


Baca Selanjutnya »

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign