11 Jun 2016

BERSUNAT PEREMPUAN | SAKIT KE??

Assalamualaikum

Harini Medina dah 89 hari. Alhamdulillah harini Medina selamat bersunat. Akhirnya bersunat jua haha. Sebenarnya awal-awal lagi farah nak bawa medina bersunat. Masa belum habis pantang lagi. Tapi mertua farah tak kasi sebab masa tu medina masih kuning. Biarlah tunggu kuning habis dulu katanya. Mula-mula tu berdebat jugaklah dengan hubby sebab farah nak sunatkan awal. Alasannya takut sakit lepas bersunat, kalau buat masa kuning dia selalu tido jadi tak sakit sangat lah hahaha. Kolot sungguh ai ni.

Farah sebenarnya takut nak tengok medina kena sunat. Teringat masa tengah kuning,kena bawa medina ke hospital untuk ambik darah kat tangan. Kena cek TSH sebab ade prolong jaundice nurse cakap. Kat hospital cuma farah yang boleh masuk,hubby tak boleh. Masa doktor ambik darah farah tunggu luar bilik, boleh dengar medina nangis. Punya lah dok tahan air mata sebab tak mau orang kate manja sangat haha. Bila masuk keta, tengok tangan dia kena cucuk dua-dua belah. Ape lagi terus banjir la hehe. Tu belom masuk citer time nak vaksin dia. Hubby lah kena bawak sebab tak mau tengok kekeke.

Banyak kali dah sebelum ni hubby dok ajak pi sunat. Tapi farah banyak tangguh. Macam-macam dok bagi alasan.

"Abang pi sorang lah, tak mau ikut"

"Bawak mama la teman, tak sanggup nak tengok"

"Memang kena sunat ke? Tak sunat tak boleh?"

Hahaha. Tak betol ke hape kepala aku ni. Semalam lepas hubby kate nak pi sunat, terus tak de mood. Tak tido sampai kol 2.30 pagi. Bila hubby pujuk-pujuk baru la tido hehe. Pastu tak sedar nak bangun sahur. Mujur lah bangun pukul 5. Sempat jugak makan.
Kami pi kat Klinik Ummi untuk sunatkan medina. Dah biasa dengan doktor sana. Baik, lembut, pastu selalu bagi nasihat. 

Farah tak masuk lah dalam bilik sebab tak mau tengok. Jadi bila dah siap hubby cerita macam mana prosedur dia. Hubby kata doktor guna jarum yang macam guna masa ambil darah. Kejap je siap. Medina pon nangis masa tu je. Lepas tu cool watlek jek. Ummi dia yang melebih-lebih drama haha.

Berzaman tak pakai tudung bawal. serabai weh


Nampak tak betapa paranoid nya kita kat situ? Haha. Ape-ape pun syukur sebab dah settle. Serabut ai dok pikir bila nak settle.

Kenapa dalam islam kita bersunat/ berkhatan?

Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan. Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan. Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki. Kekotoran itu pula mampu menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami keradangan dan penyakit berjangkit berpunca daripada hubungan seks.
Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat (ihsan google)

Ape pengalaman korang bersunat anak sulung? Sape yang meragam? Anak/mak/bapak? hehe


5 comments:

  1. Hurmm kak huda haritu ingat nak sunatkan fateh ni mase baby sebab senang nak jaga. Tp abg ipie risau takut doc tpotong lebih. Hahaha. Nasiblaaa fateh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..baik sunat awal..nanti dah besar fateh boleh lari dah.. angah dulu kena pi dua kali sebab lari kekeke

      Delete
    2. Itulaaa. Kalau time baby kan sng dia dok tidooo je. Skrg kaki da dok x diam. Pasni lg la xdiam. Kalau dia lari, biar baba dia la yg kejar. Hahaha

      Delete
    3. Hahaha betol2. Kite tengok je biar baba dia kejar

      Delete
    4. Hahaha betol2. Kite tengok je biar baba dia kejar

      Delete

Terima kasih untuk yang sudi komen.
Boleh tinggalkan link blog korang sekali.
Nanti farah melawat blog korang.
\(^0^)/

You Might Like This

© 2015 Farah Sanusi . Designed by MaiGraphicDesign